{1} Siapa Sarah?
Puas sudah saya berfikir, siapa Sarah? Puas juga saya berteka-teki, bertanya kepada empunya cerita . Tapi masih belum bertemu jawapan.. Kucing, katanya bukan. Haiwan peliharaan, juga bukan.. Manusia? Lelaki atau perempuan belum ditentukan.. Saya fikir2 si penglipur lara ini dimensinya selalu berbeza, pasti sesuatu yang jauh melangkaui kebiasaan. :p
Boleh awak bantu saya? :D
{2} Lawatan Perdana
Osmet saya (baca: teman serumah) memanggilnya Incik J. Saya kira, ada juga yang memangilnya Mr. P. Sejak akhir2 ini saya lihat Incik J ini sering kali singgah di tempat saya. Aduhh, sukar juga saya kira sebabnya tidak tentu arah kalau dia datang melawat. Sudahlah begitu, datangnya beramai-ramai pula. Lepas satu, satu yang datang. Saya pusing kepala selalu.
Sudahnya hari Ahad yang lalu, dia datang lagi. Kali ini satu sahaja, tapi kerana tidak pernah menerima kunjungan yang begitu saya rasa terseksa. Amat! Sudahlah merah-merah warnanya. Makin hari, dia mengambil tempat yang makin luas, makin besar. Sudah bermacam-macam saya lakukan, namun dia masih di situ. Pulak begitu, dia kelihatan sangat nyata.. Semua yang lalu di sisi saya akan menegur tentang dia.
Uhuhuhuhu... apa patut saya lakukan sekarang?
Dia duduk bermukim di atas hidung.. taknak hilang2.. : ((
Incik Jerawat, cepatlah pergi!!
{3} Mimpikah saya?
Pelik.. tapi benar.
Sejak dua hari ini, saya lihat network kami membenarkan access ke semua laman. Pelik, tapi benar2 saya melihatnya. Wahh apa sudah jadi? Mereka terlepas tengok kah..atau mereka mmg sudah melepaskan untuk ditengok?
Apa2 pun.. yaaa saya akan berusaha untuk kerja dengan baik juga walaupun dugaan yang menarik itu banyak di depan mata.. Dugaan, dugaan..
6 comments:
Ya ke? Tak perasan pun. Saya di Exchange ni sama juga, banyak tak boleh masuk.
tak try pergi pakar ke untuk encik J tu?
sekarang dah perasan, kan mudin:p
aini, takyahler kot.. satu je.. part lain tak affected sgt. bukan kena selalu pun..hehheheh
Encik J awak sudah pergi belum
:)
ieka, jawab tag aku tau
As,
sudah..tapi masih ada kesan.. :p
Aini
halamak..cemana nak jawab tag ni.. hahahahha
Post a Comment