(gambar hiasan)
Pagi tadi sewaktu melintas jalan menuju ke LRT, saya hampir2 'accident'. Sebuah motor tiba2 memecut di waktu saya hampir tiba ke hujung jalan, bilamana motor di hadapannya sudah pun berhenti/memperlahankan enjin.
Apalagi, hampir berlaga kami. Saya terkena di bahu, nasib baik ada lemak-lemak yang melindungi tidak ada apa2 berlaku pada saya. Motor tersebut terjatuh dan terbalik..
Sedikit sakit di bahu dan belakang lengan kiri, tapi saya berlalu pergi sahaja. Sudahlah orang sangat ramai sewaktu itu, saya tidak tahu apa yang berlaku kepada si pembawa motor itu.
Setakat ini, kecederaan luar tidak ada. Tetapi kecederaan dalaman dan kecederaan-kecederaan yang lain tidak dapat dikenalpasti.. huhuhuh
Bersalahkah saya pergi begitu sahaja...
[2] Penyeluk Saku
Jiwa masih berdebar-debar di dalam sewaktu menaiki LRT. Sampai di Ampang Park, tiba2 seorang pakcik di belakang saya menjerit "Hoi!" Lepas itu diikuti suara seorang perempuan "sH*t!" dan kemudian orang bergegas keluar diikuti suara pakcik itu sekali lagi "cepat! Cepat!" . Rupanya seorang lelaki telah membuka beg perempuan itu, dan mengeluarkan dompet dari beg tangannya. Saya yang masih terpinga2 kerana kejadian awal, jadi sedikit tergamam dengan kejadian kemudian. Orang ramai terpinga2 juga.
Tidak tahu apa jadi pada perempuan itu, tapi saya berharap dia sempat mengejar si penyeluk saku itu , mendapatkan balik purse tangannya serta penyeluk saku itu ditangkap polis..
Macam-macam hari ini..
1 comment:
aduh....dahsyat betul
nak sgt mengejar dunia, sampai lupa akhirat
Post a Comment