Tuesday, November 30, 2004

Kekalahan Buat Amerika

Hmm.. Sekadar mengisi kekosongan yg dah beberapa hari tak mampu utk diupdate. Article menarik utk dikongsi bersama. :)

==========

Kematian askar kekalahan buat Amerika
Oleh Isa Nikmat (orangmuda@bharian.com.my)

ALLAHYARHAM Yasser Arafat terus menjadi legenda perjuangan kemerdekaan anak Palestin. Walaupun isteri George W Bush berpandangan dunia akan melupakannya, Arafat bukan nama yang dibenci kerana pembunuhan, tetapi seluruh dunia simpati dan kasih terhadap beliau dan pribumi Palestin.

Malah, majoriti masyarakat dunia tidak ingat pun nama isteri Bush. Kenyataannya lebih dianggap merapu. Mungkin ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) juga perlukan beberapa saat hendak mengingati namanya. Ringkasnya, orang tidak peduli pun.

Hal yang pasti ialah masyarakat dunia risau dengan tindakan Bush. Kerana keputusan kerajaan pimpinannya, 1,214 keluarga AS kini menangisi kematian anak mereka yang berperang dalam pencerobohan di Iraq.

Malah, pentadbiran Bush terpaksa mencari jalan supaya dapat memerapkan berita beg mayat tenteranya tiba setiap hari di AS dari Iraq. Kepiluan keluarga tentera yang mati disejukkan dengan penganugerahan pingat, penghormatan dan kunjungan pegawai tinggi tentera ke rumah. Walaupun secara teknikal semua itu adalah `collateral damage' untuk Washington, kebanggaan dipupuk sebagai tanda mati untuk negara bagi mengalih perhatian keluarga daripada kesedihan.

Jika tidak, kebangkitan pelajar universiti dan seluruh masyarakat AS akan sekali lagi menghalang pentadbiran Rumah Putih daripada meratah Iraq, misi di Afghanistan, Iran, Syria dan sebarang negara pemilik petroleum dan uranium yang menjadi sasaran strategik.

AS tidak mampu menahan kebangkitan rakyatnya seperti mereka menghentikan misi ketenteraan di Vietnam. Namun, setakat mana Bush dan penasihatnya dapat membendung berita kematian. Kecederaan, trauma perang dan kematian sentiasa menghantui tenteranya di luar negara.

Kecederaan, trauma perang dan kematian adalah kekalahan buat AS, manakala bagi pejuang kemerdekaan, kematian adalah kemuncak kemenangan dalam peperangan. Apa lagi bagi kebanyakan masyarakat Asia Barat, tiap kematian mesti dibayar dengan satu nyawa.

Maka di mana penghujungnya kematian dan kekalahan buat Bush dan tenteranya? Setiap hari mereka menghitung kematian. Setiap kali Fallujah atau Tebing Gaza menangisi kematian, mereka boleh menjangkakan kebangkitan berganda pejuang kemerdekaan daripada kalangan anak Palestin, Iraq dan Afghanistan.

Menyedari atau berasa bahang budaya perjuangan dan kebangkitan kemerdekaan itu, bukan saja Bush dan Tel Aviv tidak senang duduk, malah seluruh rakyat AS kerisauan. Semua kepentingan AS dan sekutunya, khususnya Britain dan Australia terpaksa berjaga-jaga. Ketenteraman fikiran bukan lagi menyelimuti tidur atau pakaian waktu jaga mereka.

Sebab itu, kalau boleh setiap pelancong ke AS mahu ditelanjangkan ketika pemeriksaan imigresen. Setiap kedutaan mereka di luar negara terpaksa dilebarkan jarak selamat, dilaburkan belanja keselamatan dan dibantu kawalan oleh polis tempatan.

Di Britain, semakin mereka menyisih bangsa berketurunan Asia, bertambah terancam mereka terasa. Berita pasukan keselamatan membelasah teruk orang Asia disyaki melakukan jenayah lebih banyak menggugat ketenteraman awam.

Di Afghanistan, gerakan Taliban dan nasionalis kemerdekaan belum pernah terpadam. Sekali sekala aroma kehangatannya terpancar di bumi kaya petroleum itu.

Sementara itu, dunia lain terpaksa memastikan tiada bibit `keganasan' yang boleh mengundang campur tangan kuasa besar, manakala di Malaysia ada kelompok yang berasa dizalimi kerana dihukum disebabkan kesalahan sendiri atau suara songsang mereka tidak dibenarkan.

Di Fallujah, setiap lelaki berusia lebih 15 tahun dipastikan kematian oleh tentera AS. Kezaliman bermaharajalela di Tebing Gaza atau sebut saja sudut strategik dan kawasan subur Palestin.

Semuanya membibitkan kebangkitan lebih ramai pejuang menentang Bush. Rakyat AS sendiri menerima tempias besarnya. Walaupun sebahagian besarnya rakyat Islam yang sama terasa kesengsaraan saudara mereka, di Chile demonstrasi mencetuskan rusuhan sebagai bantahan terhadap Bush. Mereka sudah meluat.

Namun, bagi kebanyakan masyarakat dunia, pada zaman ini penentangan secara fizikal dan ketenteraan bukan lagi penyelesaiannya. Malah, pendekatan membentuk perikatan keamanan antarabangsa memberikan sinar harapan. Persidangan masyarakat bertamadun dunia oleh Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN Malaysia) awal tahun depan boleh membuahkan hasil agenda dunia ini. Setiap anak Malaysia dan warga dunia mempunyai tanggungjawab menjayakannya.

Biarlah Bush, Condolezza Rice dan penasihat mereka mencari rasional untuk memenuhi agenda penguasaan dunia Tel Aviv. Berapa ramai lagi harus mati untuk dasar luar amalan Bush? Ketika pejuang mencapai kemuncak jihad mereka, tiap hari AS menghadapi kematian tenteranya. Tiap hari kematian adalah kekalahan buat AS. Mampukah Bush mengurus perspektif dunia menerusi perang saraf dan media massa?
Sumber : Berita harian Online

Friday, November 26, 2004

Hari Raya Open Table

Mentang2 boss takde hari ni, rasa relaks sangat ari ni. ehhe. Tgh hari tadi we just had our CCM (division) Hari Raya Open House. Now, around 4 o'clock majlis sambutan hari raya utk ibu pejabat telekom malaysia. Kat lobby menara tu tgh sibuk ngan pelbagai juadah yg disediakan.. hmm.. tapi dah kenyang makan tadi, tak rasa nak sambung lagi.

Al-Hamdulillah, masih rasa nikmat kenyang dalam suasana aman damai. Lately ni seringkali terfikirkan ttg saudara2 sesama Islam kita yg berada dalam kemelut perang dan ditentang hebat. Sedang bergembira di pagi raya Aidilfitri 1 SYawal tu, dapat msg dari seorg sahabat di Fallujah 1,000 orang muslim telah terkorban. Sedang kite bergelak ketawa ni, mungkin ada yg sedang bertarung utk satu nyawa dan satu kehidupan. Sana terlalu byk kesukaran, kat sini ade pula org yg tiba2 menjadi depressed (akuler tu.. :D). Allahu Akbar.. I'm speechless when talking about this.

Oklah, pengakhiran minggu ni. Hanya nak inform kepada pengguna2 Maybank2U, maybank akan charge kite effectively by 20/12/2004 untuk penggunaan ke atas Maybank2U. Check here for more info.

Thursday, November 25, 2004

Secrets of the Opposite Sex

Lack of communication skills and always lead to misunderstand.

I think i am moving towards this. :) It seems hard for me to do the way of thinking while I was still in the studying's time. Everything seems to be more complicated, actually I make it seems complicated to myself. I am learning back something I have been forgotten :Learn to relax, take a deep breath and not take hard on small matters.

Please pray for me, for ALlah let me always be in control of myself. :)

So, here i am. Came accross a nice article for me, and to share it with all of you. The tittle, it does not mean between , boyfriend & girlfriend, or husband & wife only but wider perspective to friends, sisters & brothers, daugther/mother and father/son, and even between boss and subordinates. Have a nice day.


Secrets of the Opposite Sex

Many jokes, problems, and conversations revolve around the communications differences between men and women. Women are often teased for "gabbing," "nagging," and "chattering on about nothing." Men are often accused of "not listening," "not paying attention," or "dominating conversation" when conversing with a woman. These problems occur because neither gender is reading the others nonverbal and verbal listening cues correctly.

During conversation, women tend to give nonverbal communications feedback such as nodding and smiling as well as verbal feedback like "I know what you mean" or "uh, huh" or "right...exactly" which lets the speaker know he or she is making sense. Men, on the other hand, tend to stay silent when listening and don't give much nonverbal feedback to the speaker because they are concentrating on what the speaker is saying and feel they are being polite. These differences in listening styles often cause difficulty in communications between men and women.

When a man is speaking with a woman, he often misreads the woman's listening cues to mean he should continue speaking, not that he is simply making sense and therefore men continue talking and often dominate conversation. Women, in turn, often misread the quiet listening cues of the man to mean that he is bored with the conversation or that she is not making sense. Therefore, women often cut their part of the conversation short, repeat things they already stated, or ask the man they are speaking with if he understands what is being said. This causes many men to feel that they are being nagged or that the woman is unsure of herself and what she is saying.

To help make mixed gender conversations work more smoothly, men should try to give more nonverbal or verbal listening feedback to female speakers. Men should also realize that the verbal and nonverbal listen cues given to them by the women the are speaking with mean only that the woman understands what is being said, not that the man should continue talking and dominate the conversation. Women should learn not to be concerned if the men they are talking to aren't giving the listening cues they are accustomed to. Usually, if the male listener is quite, he is listening. So, ladies, don't ask him if he understands what is being said.

===

Tuesday, November 23, 2004

Catatan Perjalanan Nov 2004

Pulang dari bercuti, mula bekerja hari ini...

Mula

Catatan Perjalanan November 2004
Syawal 1425H

Kite sememangnya tak mampu
Untuk memenangi hati semua orang
Dan kadang2 sukar juga untuk
Memenangi hati sendiri

Mungkin pada satu masa
Tiba-tiba satu hari
Kita rasa kita telah hilang kawalan ke atas hidup kita
Segala-galanya seolah-olah tidak menjadi seperti apa
Yang kite harapkan

Untuk kesekian kalinya
Aku kecewa lagi
Sudah tewaskah aku dengan kehidupan ini...?

Akhir

...


Tuesday, November 09, 2004

Selamat Hari Raya

OK, hari ni saya akan habis bekerja utk Ramadhan 1425H ni by 5.00 pm. I thought dptlah buat something special for all of you, but seems like time is so limited.

So utk semua, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah dan silap Ok. Kire 0-0 la lepas ni. Jemputlah dtg ke rumah lepas hari rabu, 4 syawal. RUmah saya kat Melaka la OK.

So, ni map rumah saya. Sesape ade kelapangan mehler dtg. MAP

Salam Sayang buat semua, sampai berjumpa lagi. Muahhs!

The 26th Day: Yehoo.. Abis keje daa

Yes, today is going to be my last working day before hari raya leave. Erm dalam seronok2 nak balik kampung ni, ada tanggungjawab yg terselit.. Berat juga ni.. isk, baru rasa nak seronok.. Apa yg seronok ek pasal raya ni? Sbb kalau fikir2kan, kite semua mmgler selalu juga jumpa ahli keluarga.. Apa ek.. :-? Hmm..agaknyer sbb thn ni dah besar, so semua yg kecik2 kena dtg salam, minta maap. Kalau tak, takdeler duit raya.. Gitu, bolehlah buli diorang sket.. heh heh heh.. >:)

Mmm pagi ni aku sibuk nak nyiapkan sebahagian lagi kad raya. Isk, tak nyempat2la nak tulis. Kalau tak sempat, lenlain tu aku kasi e-card je ler jawabnyer. :)) Dlm kesibukan semalam, aku terbaca satu tulisan dr saudara Zaafarani Zafirul. Terasa macam, mungkin juga betul kata2 dia tu. Seringkali kita rasa nak buat baik, tapi bile dah ada depan mata cara dan jalan tu..kite just abaikan ajer.. bukan kepada org lain sahaja, malah diri sendiri pun seringkali terperangkap dalam keadaan begitu.. hmm sementara waktu utk pagi ni sebelum kite updatekan lagi entry hari ini.. just a moment to share a short morning story from Bro Zaafarani Zafirul:

====
SUDAH SEDEMIKIAN KERASKAH HATI INI?

Di dalam perjalanan menuju kepejabat, aku terlelap menikmati sejuknya udara dalam bas. Seketika aku seperti terlihat dalam kesamaran mataku susuk tubuh seorang ibu setengah umur berdiri tidak jauh dari tempat dudukku. Tetapi, rasa ngantuk dan lelahku mengalahkan niat baik untuk memberikan tempat duduk untuk ibu tersebut.

Turun dari bas, baru lah sisi baik hati ini bergumam; " Andai aku berikan tempat duduk kepada ibu tadi, mungkin pagi hari ini keberkahan dapat kuraih ".

" Siapa tahu redha Allah untuk ku di hari ini dari doa dan terima kasih ibu itu jika saja kuberikan tempat dudukku ... "

" Ah.......kenapa baru kemudian diri ini menyesal? "

Semalam dalam perjalanan pulang dengan kereta api, duduk diepanku seorang lelaki tua berusia lewat 50an. Muncul seorang penjual air minuman, dan dia segera menggamit untuk membeli.
Tangan kirinya memegang secawan air minuman sementara tangan satunya meraba-raba sakunya. Sesaat dia memperhatikan beberapa keping yang ia mampu raih dari bahagian terdalam sakunya, ternyata.. dia mengembalikan secawan air minuman yang sudah digenggamnya kepada penjual air sambil menahan rasa hausnya.

Aku yang sedari tadi di depan lelaki tua itu hanya dapat menjadikan serangkaian adegan itu sebagai tontonan. Tidak ada tawaran kebaikan keluar dari mulut ini untuk membelikannya air minuman, meski di sakuku terdapat sejumlah wang yang bahkan dapat untuk membeli lebih dari secawan air! Bayangkan, cuma RM1.00 yang diperlukan lelaki tua itu.... tetapi hati ini tak juga tergerak?

Kelmarin, sebelum Isyak, juga dalam perjalanan pulang. Hanya berjarak 200 meter dari pejabat, aku melihat pemandangan yang menyentuh hati. Di pinggir jalan, satu keluarga sedang menikmati juadah kecil berbuka puasa mereka. Suami, isteri beserta dua anaknya itu tetap lahap meski yang mereka nikmati hanya sebungkus kuih entah pemberian siapa. Sempat langkah ini terhenti setelah tujuh atau delapan langkah melepasi mereka, sempat pula aku berfikir untuk menghampiri keluarga itu untuk sekedar mengajak mereka makan. Tapi ... bayangan ingin segera bertemu anak-anakku di rumah mengalihkan langkahku untuk meneruskan perjalanan.

Padahal, dengan wang yang aku miliki saat itu, sepuluh bungkus nasi goreng pun dapat aku belikan. Apalagi jumlah mereka hanya empat orang. Dan kalau pun harus tergesa-gesa, namun semestinya aku masih boleh memberikan sejumlah wang untuk makan mereka malam itu, atau
juga untuk sahur esok hari. Ahhhh, kenapa kaki ini justeru meneruskan langkah sekadar untuk memburu kucupan anak-anakku sebelum mereka tidur?

Selepas sahur, aku cuba renungi semua perjalanan hidup ini. Tak terasa, hari demi hari di bulan Ramadhan mulai berlalu. Bulan yang seharusnya menjadikan kita lebih dekat kepada Allah dan sesama manusia, melatih kita untuk mampu mengendalikan diri dan mempertajam kepekaan sosial.... ternyata belum berbekas pada diri ini.

Ya Allah, sudah sedemikian keraskah hati ini? Sehingga tanpa rasa berdosa kulepaskan begitu banyak kesempatan berbuat baik. Bukankah selama ini aku selalu berdoa agar Engkau memberikanku kemudahan untuk berbuat baik terhadap sesama? Tetapi ketika Engkau berikan jalan itu, aku malah melepaskannya.

Berikan kesempatan itu lagi untukku, Ya Allah...
====

Monday, November 08, 2004

The 25th Day: Systemic Thinking

It was such a highly intellectual week : that was what i felt after came back from Brother Fazrul's Systemic Thinking course last week at Segamat. Despite of the ala-kadar accommodation, thigh schedule and the group-cooked food, but I feel that the course was quite inspired and fulfilling my soul. Though we (Siti & I) joined in the middle of the course but at least now I quite understand what Fazrul is trying to say in his book: Pemikiran Sistemik that I bought November, last year. Before this it seems to be quite difficult for me to complete my reading on his book, but now I guess I got some ideas and will try to finish it. Walaupun mencabar tahap intelektual tertinggi that I have, I am proud to say that i could stay awake for the entire part. heh Al-Hamdulillah, i am not that bad jugakla kan:P

It is great to be around great people. But dalam masa yg sama, amazed juga dgn apa yg this young brother can achieved at the same age of mine. Terasa diri sedikit terkebelakang dlm mengejar apa yg pernah diimpikan masa masih belajar dahulu. But then, he read a lot and I read just a little. He watch TV at a very minimal I guess, but for me TV is important after a long busy day at work. Hehe what a contra, and yet I wish to be like him- able to do what oneself wants to do. I just do not know where and how to start everything.. In the end, I let go everything..

He is not the only one, yet he is another example yg boleh diambil kira. Di kala ramai rakan2 lain yg berjaya meletakkan diri mereka lebih baik dr kebanyakkan org, dan ada yg telah mengorak langkah lebih jauh..Terfikir pula adakah aku ni sebenarnyer mensia-siakan masa selama beberapa thn kebelakangan ni.. Terasa rendah jugalah diri bila berhadapan dengan mereka2 yg hebat & berilmu ini - esp. yg sama2 dlm perjuangan dulu…

By the way, on my way back to Melaka (from Segamat) on last saturday– while waiting for my parents to pick me up at the bus station I found out a few moments before azan maghrib the sky was sooo beautiful, with rainbow some more. I can’t tell by words how beautiful it is, but really I never saw something as beautiful as it is. Pity I don’t have any camera with me, else I might share the view with all of you. Subhanallah, kalau dunia pun Allah boleh tunjuk sesekali apa itu kecantikan dan keindahan, ntah macamana rupanya syurga yg berlipat kali ganda indah dari dunia itu..
Apa2 pun, moga Allah sentiasa lindungi aku dan hati kawan-kawanku. Dan moga Allah terus memberi petunjuk kepada kita semua, memberi keampunanNya yg tidka pernah putus dan memelihara kita dari terpesong dari jalannya. Insya-Allah.

Thursday, November 04, 2004

Aminkanlah Doa Ini

Assalamualaikum wbt.
Received this email. Maybe boleh smapaikan pesanan ni kepada kawan2 yg lain. Dari siapa saya tak dpt nak kenal pasti, dah byk diforwardkan. Moga2 doa kita dimakbulkan Allah SWT.

Hanya perlu sedikit usaha
Aminkanlah Doa ini dan jangan putuskan e-mai l ini...
Al Fatihah kepada yang baru terkorban di Tak Bai, selatan Siam dan sudahi doa dibawah dengan selawat kpd Nabi s.a.w.

Saya setuju mengambil cara ini sebagai satu qaedah untuk untuk memohon kepada Allah menurunkan bantuan dan pertolongan kepada umat Islam yang tertindas dan teraniaya oleh musuh musuh Allah. Untuk menjadikan lebih berkat dan berkesan dahulukan dengan niat yang ikhlas, pasrah kepada Allah dan membaca Al-Fatihah sekali dengan niat Allah segerakan mengangkat hajat kita dengan kaifiat dan karamah Al-Fatihah yang dibaca secara tartil.

Kalau rantai e-mail ini sambung menyambung sehingga ke 100 orang bermakna 100 Fatihah telah dibaca untuk tujuan dan niat yang satu.. Amin

Al-Fatihah......
"Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam, Selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan serata pelusuk dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu.

Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka. Satu-padukanlah hati kami untuk menghancurkan musuh-musuh-Mu. ... wasallAllahu 'ala saidina muhammad, wa 'ala muhammad ... Amin, ya Rabbal A'lamin.

Ingat lagi tak isu ni?

Dlm 4hb Pose ari tu..kite ada post satu isu pasal Wanita Dlm Haid & Puasa. So, thanx a lot to Ainurul, a friend of mine yg telah dapatkan lebih banyak info. Di sini kita paste balik ape yg die hantar dalam email Kroni_kite utk tatapan dan makluman semua. Jika tak dpt tgk tulisan Arabic tu, sila tukar encoding languange [View Encoding Arabic (Windows)]. OK.

Ainurul wrote:
Insyaallah, persoalan yang timbul dapat dipahami dengan lebih lanjut dengan membaca petikan ini.mmg byk khilaf dalam hal nih, ..perkara ini mmg terlalu byk yang telah disalah ertikan...wallaualam.

1) Sumber: Ahkam Online

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan : "Jika seseorang yang haidh suci ditengah hari, dengan erti darah tidak keluar lagi, maka dia dia digalakkan (mustahab) menahan diri pada baki (selebih) harinya, dan bukan di HARUSkan, dan ada dikalangan mazhab yang MEWAJIBKAN menahan diri keatasnya. Pandangan yang pertama tadi (yg mengatakan digalakkan sahaja) adalah benar" -[Fiqh al-Siyam, ms 460].

Kenyataan ini juga dikaitkan kepada semua keadaan dimana status uzur menjadi tidak uzur pada siang hari didalam bulan Ramadhan, seperti balik dari Musafir pada tengah hari, dimana status musafirnya telah luput. al-Qaradhawi mengatakan, ia cuma mustahab aje.... bukan harus dan bukan wajib. Dengan erti kata lain, dapat pahala jika Imsak. Imam al-Nawawi rh mengatakan bahawa :

فذهب جمهور العلماء إلى أنهم لا يلزمهم الإمساك لأنهم أفطروا بعذر . ولكنهم لا يفطرون جهراً أمام من لا يعرف عذرهم حتى لا يكون ذلك سبباً لإساءة الظن بهم .
"Jumhur ulama' berpendapat tidak harus mereka Imsak (menahan diri) kerana sesungguhnya mereka berbuka dengan keuzuran. Akan tetapi mereka tidaklah makan dibenarkan makan secara terbuka dihadapan mereka yang tidak tahu bahawa mereka ini uzur, agar ia tidak menyebabkan mereka bersangka buruk terhadap dia"- [Sila lihat al-Majmu' - 6/167, 6/168, 6/173].

Ibn Qudaamah didalam al-Mughni mengatakan:

فَأَمَّا مَنْ يُبَاحُ لَهُ الْفِطْرُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا , كَالْحَائِضِ وَالنُّفَسَاءِ وَالْمُسَافِرِ , وَالصَّبِيِّ , وَالْمَجْنُونِ , وَالْكَافِرِ , وَالْمَرِيضِ , إذَا زَالَتْ أَعْذَارُهُمْ فِي أَثْنَاءِ النَّهَارِ , فَطَهُرَتْ الْحَائِضُ وَالنُّفَسَاءُ , وَأَقَامَ الْمُسَافِرُ , وَبَلَغَ الصَّبِيُّ , وَأَفَاقَ الْمَجْنُونُ , وَأَسْلَمَ الْكَافِرُ , وَصَحَّ الْمَرِيضُ الْمُفْطِرُ , فَفِيهِمْ رِوَايَتَانِ ; إحْدَاهُمَا , يَلْزَمُهُمْ الْإِمْسَاكُ فِي بَقِيَّةِ الْيَوْمِ . وَهُوَ قَوْلُ أَبِي حَنِيفَةَ . . . وَالثَّانِيَةُ , لا يَلْزَمُهُمْ الإِمْسَاكُ . وَهُوَ قَوْلُ مَالِكٍ , وَالشَّافِعِيِّ . وَرُوِيَ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ أَنَّهُ قَالَ : مَنْ أَكَلَ أَوَّلَ النَّهَارِ فَلْيَأْكُلْ آخِرَهُ
"Mengenai mereka yang dibenarkan berbuka zahir dan batin pada permulaan hari, seperti wanita yang haidh, nifas, musafir, kanak-kanak kecil, orang gila, orang kafir dan mereka yang sakit, jika uzur berpuasa luput pada siang hari, dimana wanita yang datang haidh atau nifas menjadi suci, permusafiran telah tamat, kanak-kanak kecil menjadi baligh, orang gila jadi siuman, orang kafir memeluk agama Islam, orang sakit menjadi baik/pulih, maka terdapat 2 pandangan berkenaan dengan situasi ini ; salah satunya mengharuskan imsak/menahan diri dari baki harinya.

Ini adalah pandangan Abu Hanifah...... Pandangan yang kedua ialah, tidak harus Imsak. Ini adalah pandangan Malik dan al-Syafie. Dari riwayat Ibn Mas'ud sesungguhnya beliau berkata : 'Barangsiapa yang pada permulaan harinya makan/minum, maka dibenarkan makan di hujungnya juga"

Ibn Utsaimin rh. didalam bukunya di tanya oleh seseorang bahawa beliau (sh. Utsaimin ) pernah mengatakan mereka yang luput alasan uzurnya masih boleh berbuka, beliau menjawab :-
نعم ، ما سمعته من أني ذكرت أن الحائض إذا طهرت في أثناء اليوم لا يجب عليها الإمساك ، وكذلك المسافر إذا قدم ، فهذا صحيح عني ، وهو إحدى الروايتين عن الإمام أحمد رحمه الله وهو مذهب مالك والشافعي رحمهما الله
"Ya, apa yang anda dengar, bahawa saya berkata bahawa jika wanita yang didalam keadaan haidh menjadi bersih/suci pada hari siang tidak wajib baginya Imsak (menahan diri dari makan), dan begitulah hukumnya keatas musafir jika ia kembali dari permusafiran, maka ia sahih dari ku.

Bahawa terdapat 2 riwayat dari Imam Ahmad rh., dan ia juga pandangan Imam Malik rh dan Imam Al-Syafie rh" - [Fataawa al-Siyaam,ms. 102, e-booknya boleh didapati di web sitenya] Malah al-Hafiz Imam al-Nawawi mengatakan :
إذَا قَدِمَ الْمُسَافِرُ فِي أَثْنَاءِ نَهَارِ رَمَضَانَ وَهُوَ مُفْطِرٌ , فَوَجَدَ امْرَأَتَهُ قَدْ طَهُرَتْ فِي أَثْنَاءِ النَّهَارِ مِنْ حَيْضٍ أَوْ نِفَاسٍ أَوْ بَرَأَتْ مِنْ مَرَضٍ وَهِيَ مُفْطِرَةٌ فَلَهُ وَطْؤُهَا وَلا كَفَّارَةَ عَلَيْهِ عِنْدَنَا بِلا خِلَافٍ
"Jika seorang musafir yang pulang ke rumah diwaktu siang Ramadhan dan dia tidak berpuasa, dan mendapati isterinya bersih dari haidh dan nifas masa hari itu, atau sudah pulih dari sakit dan tidak berpuasa, maka dibenarkan dia mensetubuhi isterinya dan tidaklah ada kifarah baginya menurut pandangan kami" - [al-Majmu', 6/174].

Hukum berjima' dibulan Ramadhan ini tidak sama dengan scenario (yang dimaksudkan oleh Imam al-Nawawi) bagi mereka (suami dan isteri) yang luput uzur pada siang harinya dengan alasan uzur, bukannya orang yang berpuasa sengaja berbuka puasa kerana ingin melakukan jima' pada siang hari Ramadhan.

Begitulah serba sedikit mengenai hukum yang dikhilafkan ulama mengenai situasi luput uzur di siang hari Ramadhan. Jumhur berpendapat hanya mustahab/digalakkan imsak, dan bukannya harus atau wajib. WA. Persoalan2 lain blh rujuk di sini:
1. Fiqh Puasa[Haidh]

2. Lain2 Bab Mengenai Muslimah

source:
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=27696

wallaualam

Ramadhan 21: MY Imagination

I had a strange dream last few days. It's really a science fiction, now is that I am into it. It was really funny i guess.

Well, the story goes like this. I came from another planet/dimension that actually have a diplomatic relationship with human on earth. As part of the diplomatic relationship, we were sending people (rakyat marhein) from our dimension to learn and live with human. Among them were high ranking officers that took vows not to break any of our secret. Kire2 cam aku ni dr secret intelligence la.. But then, these certain officers telah berpaling tadah and ada buat allies ngan several penduduk bumi. Rancangan mereka ini akan merbahayakan kedudukan my dimension and boleh melakukan kerosakan di muka bumi. I was being sent to identify those officers, and brought back all of our citizens from the earth. TOld u before, since we have a diplomatic relationship with people on Earth (cerite ni berlatarkan Malaysia ok:P) we had to go to a big free space i.e. KLIA in order for our dimension ship mendarat (lebih kurangla.. since the ship/plane tidak mendarat tapi terapung2 kat udara). But we are using a different type of ticket and pintu masuk.

At the same time, we are not supposed to use any of our dimension stuff kat atas bumi. I was given a limited period of time, managed to identified those bad people and loyal officers. SInce we were quite late (aku lupe nape shuttle bus yg patut amik kitorang lambat..jem kot?:D), we were not managed to get everyone on the plane. Ok, i was the highest ranking officer at the moment, reporting to our ketua at my dimension using a sofistikated and technology wise system-so i decided to leave those bad officers dekat bumi. Only certain of them will be brought back for soalsiasat.. and the imagination goes on and on samapai aku terjaga.

Seperti biasa, alat2 canggih yg berada dlm satu2 filem. Aku ada satu alat yg bentuknya besar sikit dr pen, macam laser pointer. Bile tekan button, ape yg keluar? Jeng jeng jeng, space shuttle di udara yg akan wujud dlm bentuk Mutlak (since diekeluar macam cahaya) dan boleh masuk ke dalamnya. ANd i had this shoes yg boleh mengurangkan tekanan grafiti dr bumi dan menyebabkan kite naik ke udara. Then, di sisi kasut tu ade speed button yg akan memcepatkan perjalanan.

By the way, i am not so into Star Wars.. Superman/Smallville pun takdeler sgt-dah lama berkurangan.. paling2 pun The Charms, tapis ekarang dah takde and mimpi aku pun takde kaitan pasal magic.. and i don't wish to be someone who is not from Earth. aku tak tauler awat mimpi jadi gitu..canggih tak mimpi aku? :P
===
Balik ke dunia nyata.. Bush menang lagi? hmm..not so different than my expectation. Sebabnya, i think Kerry don't have so much karisma in himself. I even heard that he is more or less the same. Ni ada kwn kasi link utk share. Tengok2 lah sikit.. APa yg boleh kite buat ngan diorang? Sedih sungguh melihat saudara sesama Islam kita terlalu hebat dugaan dan tekanan yg mereka hadapi.. Terlalu..sedangkan kita masih aman damai di sini.. Allah, entah sampai bile keamanan yg ada pada kita. Moga ALlah tak timpakan bala di sini...

PROTECTOR OR PREDATOR
Adbusters magazine takes an uncompromising look at the legacy of 163 US military interventions overseas from 1801 onwards. Check it out at
====
Petang ni nak berangkat ke Segamat, menemankan kawan ke satu program dan sambil curi2 belajar. :) Minggu ni nampaknya akan menjadi minggu yg sibuk. Balik dr segamat sabtu nanti, ahad ade majlis berbuka puasa dengan kawan2 lama (Ex-TIKL). Alahai, terlupa pula dgn temujanji nak berbuka di rumah seorg kenalan di SHah ALam.. Puasa makin nak tamat.. Amalan kurang, majlis makan tak terpenuh..hmmm.. Jgnlah kelak jadi aku org yg rugi..
Oklah.. sesape rasa nak kasi komen esp pasal bab cerite kat atas tu..tulis ler.. sesape rasa nak cerite lanjut, meh tepon kite. Telepon takleh call out lagi sekarang, malaih la nak gi bayo dulu.. Duit nak pakai utk raya dulu..hehe lagipun tak urgent sgt. bioler sesekali org plak cari kite, dr kite selalu cari org.. eheeheh..take care all.. till then.
wasalam.

Tuesday, November 02, 2004

Ramadhan 19: makan lagi

I was on MC yesterday due to food poisoning/salah makan. The day before i went to eat at a restaurant. Siti was rite, the food was nothing extraordinary..only the number of food was quite a lot. I was vomitted 4 times in 2 hours, and doctor advised me not to fast. So that will be the first time i did not fast due to illness, and the first time i took MC this year. Ingatkan boleh la buat hatrick no medical leave..tapi tak berjaya pula tahun ni:D. Hmm, terasa la juga hikmahnya bila org sakit dikecualikan drpd berpuasa..

Then today, i am having another buffet dekat luar. Hhuhu makan lagi. Hopefully kali ni tak sakit2 lagi perut ku. Thank God that I have siti to follow-up and cofirmed with everyone on the list.

Hmm..by the way, last buka puasa gathering with my fellow friends made me almost totally lost.. when almost all of them talking about their babies, unborn babies and master classes.. i was trapped in the middle, as i have nothing to share on the topics.. huhuh they are so advance.. terasa sedikit janggal, tapi takpelah.. kena belajar juga biasa2kan diri part2 ni:p bak kate my cousin, "mmg patutler kak zue tertekan.. " hahahah

erm...cukuplah kot utk kali ni.. will come back later.. i am still waiting for someone who promised to bring us makan kat The Ship ni.. hehehe bile ek diknon?:p