Tuesday, July 27, 2004

Tanya Sama Itu Hud-Hud

Lepas PHSM (Pontianak Harum Sundal Malam) yg ambil puisi raja ali haji, kini satu lagi plak epik/mitos/lagenda terkenal tanah melayu PGL (Puteri Gunung Ledang) nak ditayangkan. hehehe nampaknyer ade org dah chop tajuk entry ni. Tapi, takpelah sekadar nak masukkan juga:

Hang Tuah: Kanda lupa cinta dinda seagung maya
Gusti Putri: Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?
Hang Tuah: Masih kecil berbanding cinta dinda!
Gusti Putri: Tapi kanda ke mari juga
Hang Tuah: Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga

p/s: Gusti Putri ialah Puteri Gunung Ledang.. jgn marah.. :p

Sekadar pertanyaan, sebenarnyer puteri gunung ledang tu mmg kekasih hang tuah ke? kenapa tak pernah tau dlm mana2 hikayat sebelum ni.. and puteri gunung ledang tu hanya mitos je ler semata2 ek? tapi, kenapaler tiapkali pi dok kat gunung ledang (esp. kat air terjun atas tu) bagi sesiapa yg perasan ade rasa yg sket 'aneh' kat situ?
mm mmg ada khabar angin kate hang tuah lepas bunuh jebat lari masuk hutan gunung ledang dan kemudian tak ditemui langsung.. cumanya kebenarannya, tak tahula..takde sape yg dpt memastikan..

kan best kalau org dpt selesaikan apa yg terbuku di hati dan bermain di fikiran..?? takkan aku nak tanya pada hud-hud plak kan.. ;)

Saturday, July 24, 2004

Cuti lagi

Pagi tadi hujan lebat.. hampir2 je aku nak amik urgent leave bila tiba2 teringat hari ni byk janji utk hantar macam2 report kat org. In the end, dgn rasa malas aku pun bergeraklah utk pergi kerja.

Hmm..keje kalau cerite tak pernah habis, tak pernah juga tak sibuk dan tak pernah selesai2.. Cuma tekanan aku rasa, agak kurang dibandingkan dgn dulu. Maybe i have some free space for myself and i was not being 'indirectly tortured' for doing the works. AL-Hamdulillah, itu je lah dpt aku ckp buat masa ni. Tak tahuler esok lusa tetibe bosses buat hal plak.

Esok ade seorg lagi sedara kawin. So sekarang kena pulang dahulu. Balik kampung. Tak byk boleh cerite, sekadar ucapkan selamat berehat di hujung minggu utk semua.

Sampai jumpa lagi...

Wednesday, July 21, 2004

IMAM

Al-Hamdulillah in the end I was able to  have a complete phone, internet connection and pass card to move in and out from the office. And in the end as well, my profile has been updated (by the help of ITD Helpdesk of course). I thought I would have some time yesterday to update my blog but seems like I was having a forever-never-ending meeting. Have it ever happened to you before? You were having an important meeting; when u thought u want to come earlier than usual but it turns out to be late. U awaken 15 minutes earlier than usual time, and hope that u could went to the office at least 10 minutes earlier than usual, but the bus suddenly did not turn up at usual time, u turn out to be late, your bosses already headed to the meeting while u were just came into the office and the food u order for the meeting was not there at the moment everyone was already there. Well, that was what really happen yesterday, but I tried to calm myself. Dlm hati keep on berdoa hanya Allah sahaja yg tahu jgnlah mereka bising2. The day before the meeting I was being scolded by a manager for wrongly communicated things (it was not my fault due to adhoc meeting and changed in the agenda, but maybe it was my mistakes of not knowing how to communicate the changing agenda to other people) ; and the day after really in the very morning the superior /head of that manager sent email to my GM by including all the messages we delivered to each other telling him about what was happen and consult her to arrange things properly. Takpelah, cabaran dlm kerjaya. Kalau dok BC jaga centre usually that is what will be happened, everyone will blames u this and that. As one friend said, life can gives you a hundred reasons to cry but still u can give life a thousand reasons to smile. Apa2 pun, mungkin this is part of ujian Allah untuk menguji kesabaran.
 
 
O, I forget to tell you all that I read a book written by Abdullah Hussain: Imam, the winner of Hadiah Novel Nasional 1992/94. A great stuff not just for a hobby or leisure time, but knowledgeable! It is not just a novel about life, but more than that. As the judge comment, each episode has two functions: I learnt a lot from this book. Thou the story was mainly about the life of an Imam Masjid, perjuangan dan pembaharuan yg dibuatnya really make sense and it will be great if other Imams in Malaysia (secara khususnya) or all the Muslim leaders/imams as the whole mempraktikkan apa2 yg diperkatakan. Good also for the muslim leaders in the community, state or even national, as I believe most of us think just like him. and maybe it is good also for us, rakyat marhain biasa muslim and non muslim– boleh membuka minda dan pandangan kita ttg Islam..
 
Dunia itu penjara org mukmin. Bila kita terasa utk melakukan sesuatu perubahan ke arah kebaikan dan mengangkat martabat Islam kita pasti akan berhadapan dengan pelbagai halangan-samada drpd yg bukan islam sehinggalah kepada islam, dr sekecil2 peranan dlm masyarakat sehinggalah kepada pemimpin atau pihak yg berkuasa. Tapi bila nak buat jahat, takdelah susah sgt kan. Itulah ujian. Bak kata Haji Mihad (dlm novel Imam ni lah), perubahan itu penuh like dan cabaran; tetapi perubahan itu sendiri tidak dapt ditahan2. Perubahan itu laksana cahaya yang terkurung yang akan mencari jalan merembas keluar melalui rongga atau retak seseni apa sekalipun.
 
Oklah, my boss sits very near to me (we don’t have real place currently, so we sit at the same cubicle). And die pun dah tegur pasal dok naip tak henti2.. takut keje tak siap:D Sampai jumpa lagi, take care all..

Thursday, July 15, 2004

Pindah Lagi

Ok, two offices within half a month. Yesterday, i had a meeting with the new GM. First time seing her after TelCo Reorg. I'm going to leave Brickfields' office heading for Menara Telekom within this week. This week is gonna be my last day in Brickfields.

Back to workd. Sorry as i do not have much time to talk today. Will update u when time's allow me to do so. Take care all.

Tuesday, July 13, 2004

Welcoming Back

Lama aku menghilang.. Beberapa sebab antaranya setup tempat baru dan availability of the pc menyebabkan aku hampir tak sempat nak menyentuh isu baru. Apa2 pun al-Hamdulillah, at last i have my pc back. Tak kisahlah apa pun yg telah berlaku, hingga aku terpakse ambil urgent leave cuma yg penting Allah dah lembutkan hati seseorg utk benarkan aku ambil pc.

Well, tempat baru really feel like in winter season. Bezanya, aku tak pakai baju cukup tebal jer lagi. Last time i bought a long jacket/blazer macam dlm cerite winter sonata yg U-jin pakai . Kat bkt mahkamah tak boleh pakai sbb agak panas, tapi kat sini hari2 kena pakai. Oklah, tak perlu pergi jauh kalau terasa nak bergaya dengan fesyen musim sejuk. ehhe cumanya, kejap je aku kat sini. tak lama lagi mungkin dah dpt arahan utk pindah ke menara plak.. makin jauh perjalanan waktu pagi aku, and makin lambatler nak sampai ke ofis.. isk, punch card merah bakal mewarnai hidup aku la nampaknyer...

utk teman2, maapler yer. cik ekonomi tak dpt ler nak komen ape2 lagi ttg dunia luar sekarang. 'dunia dlm' ni masih tak dpt nak stabilize lagi. insya-Allah tak lama lagi kalau dah berjaya stabilize everything i will be back. Ibarat kate my new boss, we are going to be very busy at least for the first 6 months. 6 MONTHS? meaning until end of the year? :)) but for sure, this year is going to be a busy one for me...

mm cepat betul masa berlalu. mungkin ada antara kita yg sudah risau ttg hari muka, terfikir betapa ramai yg telah menemui jalan kehidupan masing2, mungkin tak penah penat utk berfikir ttg kawan2 yg dah kawin + beranak pinak sedangkan diri masih tak berjumpa sesiapa. Atau alternatif yg paling mudah, lupakan sahaja yg lain (mcm dlm iklan pencuci baju daia). teruskan kehidupan, tak perlu fikir apa2 dah.. i am currently practising that. jgn ditanya lagi pasal cinta, kawin, tunang, calon etc etc. I am tired of that already. At the age of 24? yeah, that is right. We don't ask ppl bila nak dpt degree, master, phD, bila nak bukak bisnes, jadi kaya etc etc kan. We just said kalau ade rezeki, insya-Allah tak kemana. So does in this matter..

Mungkin ada betulnya, dah terlalu ramai yg sibuk mengira bintang di langit, dan terlalu ramai membukit-bukit berkejar-kejaran mencari gunung tertinggi nak menggapai bintang2 yg bersinar utk jadikan itu milik mereka. aku masih rasa biarlah, cahaya bulan aku tetap dpt juga. sinar bintang masih mampu aku kagumi. yg pasti, pasir di bumi dpt aku rasa kasar dan seleraknya.. air di kaki masih dpt aku rasa sejuknya. laut di situ masih aku rasa masinnya, sungai yg mengalir masih aku rasa tawarnya. cukuplah itu buat sementara waktu ini utkku.

melalut pula. hari ni sempat aku curi sedikit masa aku hari ni utk stay kat ofis yg terpencil ni. nasib baik hujan, so masih ade beberapa org kat ofis. sekejap lagi waktu utk aku pulang.. so itulah, takde ape2 nak cerite. sekadar teringat, tak lama lagi dah masuk rejab, syaaban..lepas tu ramadhan semula. teringat ttg lailatulqadar. masanya mungkin dah tiba utk perbaiki amal diri sendiri kalau mmg malam itu yg dicari. Doa buat semua, moga Allah pertemukan kalian dgn malam tersebut. Insya-Allah.

~Hidup yg perit mengajar aku erti CintaNya~