Friday, March 26, 2010

The Ring

Siti & Insyirah, more than a year ago..time flies so fast huh..

Not a story of ghost or thriller or scare.. But somehow i feel good whenever i had the chance to talk to her. Have not heard from this Mak Yong for quite some times. Well, the ring this afternoon was really make me feel good.

Thanks dear friend. :)

Wednesday, March 03, 2010

Jangan marah2

Dah lama tak kongsi sgt apa dlm fikiran.. Mungkin minda bawah sedar saya sedikit bingung dgn perubahan yg berlaku dlm hidup, cuba menghadam setiap sesuatu .. hari2 adalah perkara baru utk saya belajar sesuatu, hari2 kdg2 terfikir betapakah lemahnya jiwa saya dan semangat saya... membandingkan diri dgn ramai rakan2 di sekeliling yg mampu membuat itu dan ini walau lebih sukar keadaan dari saya.. melihat jauh di sana sini kehidupan mereka yg lebih sukar, tetapi bukanlah masalah menghadapi kehidupan berbanding saya.. mungkin kdg2 keselesaan dan kemudahan mmg membuatkan kita tidak kuat menerima walau sikit2 dugaan.. dan saya anggap tekanan untuk menyiapkan kerja2 'sekolah' (thesis- walhal mini thesis sahaja ) , kerja2 pejabat hatta kerja2 rumah juga sebenarnya satu dugaan utk saya.. utk mengawal perasaan dan level of stress...

p/s: seorg rakan sekerja yg punya anak 3 lihat saya sangat kalut selalu.. katanya anak seorang mmg begitu.. ibu mertuanya pernah memberitahu dia bahawa anak seorg kalut, anak kedua masih kalut lagi, tetapi ke-3 sudah OK takde masalah.. jadi disuruhnya saya cepat2 ke no. 3 (oh nanti dulu..bukan di situ point saya).. point di sini nak tahu pendapat ibu2 yg sudah beranak 3 dan ke atas, benarkah penyataan itu? hehehe ramai ni leh jawab, Farrah, Najibah, Aida, Hani, Hany hehehehe...kalau en mudin nak jawab utk bakal ke-3 pon boleh...

Teringat lirik lagu Doa, "Tuhanku aku hilang bentuk, kembara di bumi asing...". Ya, dunia baru saya adalah dunia asing utk saya belajar membetuk kembali diri.. Dunia dahulu tak byk perlu saya kisahkan.. kerana saya seorg. Dunia saya 28 tahun.. kalau apa2 pun saya tulis saya hanya perlu fikirkan kesannya pada saya seorg.. tetapi kini kesannya berkait2 jadi perlu juga berhati2 menulis supaya bukanlah menjadi wasangka apatah lagi fitnah buat org lain :)

Hari ini saya tertarik dengan tajuk posting dalam saifulislam tentang "Siapa sepak kucing malang itu?" Ya sesekali bermuhasabah diri, juga mengingatkan diri tentang marah ini...

Dalam kerjaya juga sebenarnya tentang marah2 ini perlu elak.. sebab kemarahan yg bertali arus dan bertambah nilai dari satu tingkat ke satu tingkat ini bila sampai kepada yg akhir sekali menjadi lebih emotional berbanding rasional.. lantasnya kerja yg dibuat juga sudah tidak tahu antara yg waras atau kerana nak sedap/sejukkan hati bos yg membara.. tambah nilai marah? macamana tu? katakan Boss no 1 marah kepada bos no 2 tentang sesuatu laporan /prestasi/kerja etc. sbb yg perlu selesaikan ialah anak buah bos no 2, bos no. 2 yg sedang marah melepaskan geram pada anak buahnya. anak buahnya yg punya pembantu2 lain, terasa lebih2 lagi tercalar .. geram pada bos no 2 + marah bos no 1 + marah bos no 2 = marah kepada pembantu2.. bila semua kena tempiasnya, lantas kerana laporan perlu diperolehi dari unit lain.. maka pembantu2 ini bersama marah yg bertambah nilai itu marah pula unit lain.. akhirnya kerja dibuat dlm keadaan marah2 juga.. jumpa pelanggan juga dlm marah2.. jumpa vendor juga marah2.. jumpa org bank juga marah2..

Jadi pemimpin mmg bukanlah sesuatu yg senang.. selain dr fizikalnya hendaklah boleh diharap (bukan..bukan rupa paras maksud saya.. pancaindera yg lengkap dan akal yg baik itu laa).. emosi nya juga perlulah diimbangi.. saya juga bercakap utk mengingatkan saya tentang mereka2 yg bakal saya pimpin.. bukan shj di pejabat malah si kecil di rumah yg sedang meningkat dewasa (yg pastinya boleh shj bila2 menggugat kesabaran)..

Pesan utk hati saya, janganlah marah2..
Pesan utk jiwa saya, tenang2lah selalu
Pesan utk akal saya, lapangkanlah hati..
Pesan utk diri.. istigfar selalu.
Allahu'alam.

Allahuma yasir wala tu'asir Ya karim tammim bilkhair..

Tuesday, March 02, 2010

berubah

seseorang kawan membuat kenyataan begini kepada en suami..
"ika tu dah berubah. dulu brutal sket , sekarang dah ada anak dah jadi emotional "

apekah benar penyataan ini..
huargh huargh huargh..

ya buat kawan2 yg dah lama tak jumpa.. tiba2 i ternangis2 terharu peluk u all jangan la terkejut ku buang tabiat.. ahhaha

ok.. ok.. saya behave.. (dah lama tak buang tebiat rupanya ehhehe)

p/s: ku masih tak sempat nak update sgt blog ini... nampaknya cuti rehat dari jadi blogger tegar masih bersambung lagi.. adoi la bila nak habis buat thesis ni hahah