Monday, January 31, 2005

And I love you so..

Baiklah kawan2.

Oleh kerana seseorg telah mula bersuara (dan mengelakkan lebih byk suara didengari:P) saya pun dengan rela hati bercerita.. Ceritanya bermula begini..

Tiba2 saya mendapati saya ingin sekali mendengar lagu2 yg pernah saya 'simpan' dalam cd masa di MMU dulu, among those favourites songs i have. Mengingatkan satu persatu peristiwa yg berlaku dan kini usia saya sudahpun menjangkau 25 (Hijrah ler kot..thn masihi masih 24++:D) saya rasakan mungkin sebenarnyer saya telah melakukan byk kesilapan dan kesalahan dlm menafsir nilai2 dlm perhubungan & persahabatan yg saya jalin selama ini. mungkin kerana sifat saya yg agak keras hati, atau degil?

Apa2 pun, saya tetap merasakan bhw saya masih belum mampu utk mengubahsuai secantiknya blog ini. Itulah secara jujurnya pengakuan seorang zulaikha. hehe ha, gambar latar tu pun saya jumpa kat stesen tv indonesia kot.. ntahler mana2 saya merayau..

Aha, dan ini dia salah satu lagu tema yg pernah menjadi kesukaan saya... sebuah kisah yg pastinya akan membangkitkan ingatan/kenangan penghuni serta pengunjung setia bilik HB3-A-3008 ;) Oh, i miss those times when i have friends who will offered themselves to go here and there........ Utk semua, dr Don McLean, And I Love You So..

===





    And I love you so

    And I love you so
    The people ask me how
    How I've lived till now
    I tell them I don't know

    I guess they understand
    How lonely life has been
    But life began again
    The day you took my hand

    And yes, I know how lonely life can be
    The shadows follow me
    And the night won't set me free
    But I don't let the evening get me down
    Now that you're around me

    And you love me too
    Your thoughts are just for me
    You set my spirit free
    I'm happy that you do

    The book of life is brief
    And once a page is read
    All but love is dead
    That is my belief

    And yes, I know how lonely life can be
    The shadows follow me
    And the night won't set me free
    But I don't let the evening get me down
    Now that you're around me

    And I love you so
    The people ask me how
    How I've lived till now
    I tell them I don't know
    ====

    Tuesday, January 25, 2005

    New Look

    Salam buat semua.

    Sibuk.

    Perkataan yg tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Dan perkataan tu juga buat saya tak mampu utk update blog lagi sekarang:). Anyway, I've made some make-over to my blog and at last.. I'm done with it. hehehe

    So how is the new look?

    Any comment?

    Wednesday, January 19, 2005

    Eidul-Adh 1425H

    Salam buat semua.

    Sempena hari kebesaran Islam yang tinggal beberapa waktu sahaja ini, saya ingin mengucapkan
    Selamat Hari Raya Aidil-Adha.
    Maaf zahir batin atas segala salah silap terkasar bahasa & laku.

    Tahun ni sbb raya lepas dah raya kat Melaka masa 1st Hari Raya Aidilfitri, so 1st Raya Haji ni kenalah raya kat Lanchang, Pahang. Insha-Allah akan berada kat sana. Sesape rasa nak dtg raya kat Melaka tu leh la selepas hari itu yer! :p

    Rasanya saya tak sempat nak update esok. So, sebagai penutupan untuk minggu ini marilah kita berkongsi sedikit cerita pasal Korban dan Keperluannya. A very good to refresh diri kita. Sesiapa yang tak dapat menjalankan korban, masih byk ibadah lain yg boleh dibuat lagi pada hari yg sama, bersama2 Takbir, Tahlil & Tahmid. Allahu Akbar, Lailahaillah, Alhamdulillah.

    It is quite lengthy. Untuk rujukan bersama. :) Mungkin ada yang lebih arif boleh komen kalau ada mana2 yg perlu diperbetulkan. The original message was taken from here: [http://www.korbanaqiqah.com.my/soaljawab_k.html].

    Wallahu'alam.

    ===
    S: Apakah hukum melakukan ibadah Korban ?
    J: Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10,11,12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Hukum menyembelih haiwan korban pada hari raya eidul adha atau hari raya korban ke atas umatIslam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.

    Allah s.w.t berfirman;

    “Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”.
    Surah al-Kautsar:2

    Mengikut tafsiran ulama’ maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. Wallahua’lam

    S: Apakah kelebihan yang akan diperolehi dengan melaksanakan ibadah Korban ?
    J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang Allah ganjarkan dengan ganjaran yang amat besar, dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

    “Tak ada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (hari penyembelihan korban) yang lebih disukai Allah, selain dari menyembelih korban. Korban itu, di hari kiamat akan datang sebagai di hari penyembelihannya, yakni: dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bukunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Darah korban itu, sebelum
    jatuh di suatu tempat yang telah disediakan Allah. Kerana itu, bersenanglah
    dirimu dengan berkorban itu.”
    Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim. Wallahua’lam

    S: Adakah ibadah korban pernah dilakukan pada zaman nabi-nabi yang terdahulu dan bagaimana ia dilaksanakan ?
    J: Mengikut riwayat yang boleh kita perolehi amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam a.s. lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam, Secara ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;

    [1] Di zaman nabi Adam a.s, peristiwa Korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa Korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat:27. Maksud Ayat:

    “ Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: ‘ Aku pasti membunuhmu?’ Habil berkata: ‘ Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang
    bertakwa”.
    [2] Pada zaman Nabi Nuh a.s pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk Korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.

    [3] Manakala di zaman Nabi Ibrahim a.s, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat 103-107.

    [4] Di zaman Nabi Musa a.s., cara korban ialah dengan membahagi binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan sahaja dan sebahagian lagi disembelih.

    Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi,Rom dan bangsa Mesir kuno.Wallahua’lam

    S: Siapakah sebenarnya yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan Korban ?
    J: Menyembelih haiwan korban pada hari raya korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah s.a.w memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah; Maksud hadis

    “ Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah
    ia mendekati tempat solat kami.”
    Wallahua’lam

    S: Apakah jenis-jenis Ibadah Korban ?
    J: 1. Korban Sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niattaqarrub ( mendekatkan diri ) kepada Allah s.w.t. pada Hari Raya Eidhul Adha atau Hari Raya Haji.
    2. Korban Nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih korban, makawajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.Wallahua’lam

    S: Apakah dalil disyariatkan ibadah korban ?
    J: Dalil yang mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah s.w.t.; “

    Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”
    Surah al-Kautsar:2

    Maksud solat ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

    Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:

    “Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya,”

    Wallahua’lam

    S: Apakah yang dimaksudkan dengan korban Nazar ?
    J: Sebagai contohnya yang dinamakan korban nazar ialah apabila seseorang itu mengatakan bahawa jika dia mendapat apa yang dihajatinya dia akan menyembelih haiwan korban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.

    Bahkan Imam Nawawi menyatakan bahawa apabila telah terlewat hari yang ditentukan untuk penyembelihan korban dan ternyata saudara terlupa untuk menyembelih korban yang dinazarkan itu, maka wajiblah bagi orang yang bernazar tadi menyembelihnya ketika dia teringat, walaupun telah berlalu waktunya. Wallahua’lam

    S: Bolehkah seseorang itu memakan sedikit daripada daging korban nazarnya ?
    J: Jika korban yang lakukan atas niat menunaikan nazar , maka daging korban tersebut tidak boleh dimakan oleh orang yang berkorban. Maka semua daging korban tersebut hendaklah disedekahkan kepada mereka yang berhak menerimanya. Wallahua’lam

    S: Haiwan mana yang lebih utama disembelih sebagai korban, haiwan jantan atau betina?
    J: Para ulama’ berbeza pendapat tentang menentukan haiwan jantan atau betina yang lebih baik dijadikan korban, mengikut pendapat dalam mazhab imam Syafie haiwan jantan lebih baik dari haiwan betina. Kesimpulan yang boleh kita berikan ialah kedua-dua jantina samada jantan atau betina boleh disembelih sebagai haiwan korban. Wallahua’lam

    S: Apakah Hikmah Korban ?
    J: Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu, walaubagaimana pun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim a.s. dengan anaknya Nabi Ismail a.s., maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat kita simpulkan;

    1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
    2. Supaya menjauhkan diri orang yang berkorban dari sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya.
    3. Berkongsi merasakan nikmat Allah s.w.t dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
    4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar agama Islam iaitu berkorban.

    Wallahua’lam.

    S: Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu untuk ibadah korban ?
    J: Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau 7 bahagian bagi seekor lembu atau unta, ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi;“ Pada musim haji, Rasulullah s.a.w telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.” Hadis riwayat Muslim.

    Dalam sebuah hadis lain dari al-Barqani;“ Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Wallahua’lam.

    S: Bolehkah korban dilaksanakan bagi anak saya yang belum diaqiqahkan ?
    J: Korban bagi anak kecil adalah atas tanggungjawab ibubapanya seperti juga aqiqah, khususnya ibubapa yang mempunyai kelapangan dan kemampuan, jika seseorang itu berniat ingin membuat korban untuknya maka ia tidak menjadi masalah, akan tetapi jika didahulukan aqiqah adalah lebih baik, kerana aqiqah adalah suatu tuntutan kepada ibubapa terhadap anak tersebut, sedangkan korban pula adalah suatu sunnah sahaja. Wallahua’lam

    S: Apa yang perlu didahulukan untuk seorang anak kecil, korban atau aqiqah ?
    J: Bagi seorang anak kecil maka sudah tentu aqiqah perlu didahulukan daripada korban. Sebabnya ialah, pertama; kerana ibadah aqiqah adalah merupakan tanggungjawab ibubapanya yang perlu dilaksanakan seawal mungkin, kedua ; korban merupakan pengorbanan individu yang dituntut bagi mendapatkan ganjaran yang besar disisi Allah s.w.t. , sedangkan tuntutan tersebut belum terletak diatas diri anak tersebut kerana masih kecil dan tiada kemampuan sendiri.

    Walaubagaimanapun jika bertemu hari aqiqah anak saudara dengan hari raya korban, maka dibolehkab berniat sembelihan tersebut untuk aqiqah dan korban bagi anak tersebut. Wallahua’lam.

    S: Bilakah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban ?
    J: Tentang waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban ialah sejak khatib turun dari atas mimbar selesai daripada berkhutbah solat eidhul adha, sehingga terbenam matahari tanggal 13 Zulhijjah, jadi waktu menyembelih haiwan korban ada 4 hari.

    Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau selepas waktu itu, tidak sah korbannya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w; Maksudnya: “ Yang mula-mula kami lakukan pada hari kami ini (hari raya haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk keluarganya, tidak sedikitpun dikira sebagai korban.” Wallahua’lam.

    S: Bolehkah diberikan sebahagian daging korban atau kulit haiwan korban sebagai upah kepada tukang sembelih?
    J: Dalam hal ini Islam tidak membenarkan kita membayar upah kepada tukang sembelih haiwan korban dengan daging mahupun kulit haiwan korban tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber lain yang dimiliki. Ini bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w. dari Saidina Ali r.a.;“ Kami memberikan upah kepada orang yang menyembelih haiwan tersebut dari bahagian yang ada pada kami.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.Wallahua’lam.

    S: Bolehkah seseorang mewakilkan pihak tertentu melaksanakan korban bagi pihaknya di tempat lain ?
    J: Telah menjadi suatu amalan umat Islam dimana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak tertentu, samada pihak masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah al-Mukarramah pada musim haji. Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh umat Islam seluruhnya. Ini bertepatan dengan pendapat Sayid Al-Bakri di dalam kitabnya I’anatut Tolibin. Wallahu’alam.

    S: Bolehkah kita memakan daging haiwan korban kita sendiri ?
    J: Kita memang dibenarkan oleh agama untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban yang kita lakukan, dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda;“ Makanlah, buatlah jamuan untuk orang makan dan simpanlah sebahagian daging korban kamu.” Mengikut pendapat ulama’, kita dibolehkan memakan sepertiga dari daging korban tersebut.Wallahu’alam.

    S: Bolehkah kita menjual daging korban ?
    J: Hakikat dan tujuan korban ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t melalui ibadah korban dengan mengorbankan sesuatu untuk dirasai oleh orang lain, bukan mengorbankan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Jadi, menjual daging korban amat bertentangan dengan tujuan dan matlamat yang digariskan.

    Oleh itu, menjual daging haiwan korban adalah tidak dibolehkan. Kita hanya digalakkan memakan sebahagian daripada daging korban tersebut bagi mengambil keberkatan daripada ibadah korban tersebut. Wallahu’alam.

    S: Bolehkah seseorang menjual kulit haiwan korban ?
    J: Menjual kulit haiwan korban adalah dilarang oleh agama, kerana ia bertentangan dengan matlamat dan tujuan sebenar korban itu dianjurkan, dan ia juga bertepatan dengan sebuah hadis nabi s.a.w yang berbunyi;“ Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya.” Hadis riwayat Hakim.

    Walaubagaimanapun, menurut pendapat Imam Abu Hanifah kulit haiwan korban boleh dijual dan harganya disedekahkan atau dibelikan sesuatu keperluan rumahtangga. Wallahu’alam.

    S: Ada pandangan mengatakan bahawa kita mesti makan sebahagian daging korban yang kita sembelih, bolehkah kita sedekahkan semua daging sembelihan korban ?
    J: Memakan sebahagian daripada daging korban itu dibolehkan oleh agama untuk kita sama-sama merasa dan mendapat keberkatan dari ibadah tersebut, adapun jika seseorang ingin bersedekah dan memberikan semua daging korban tersebut kepada mereka yang layak menerimanya, maka ia amatlah baik sekali. Wallahu’alam.

    S: Adakah seseorang patut menyembelih sendiri haiwan korbannya ?
    J: Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu. Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi s.a.w telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor di antaranya beliau sendiri menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk menyembelihnya.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim. Wallahu’alam.

    S: Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain menyembelih haiwan korban bagi pihaknya ?
    J: Bagi menjawab pertanyaan di atas, maka disini kita kemukakan pandangan Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin, beliau menyatakan bahawa sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah, dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya di luar negeri. Wallahu’alam.

    S: Bolehkah seseorang berkorban dengan sekilo daging ?
    J: Untuk menjawab soalan tersebut, mari sama-sama kita renungi kisah Abdullah Ibnu Abbas r.a. Ayahnya (Abbas) yang merupakan paman Rasulullah s.a.w. adalah seorang jutawan. Namun Ibnu Abbas tidak berminat mengikut jejak ayahnya. Ketika Idhul Adha tiba, Ibnu Abbas hanya membeli daging untuk Korban kerana tidak memiliki persediaan wang untuk membeli haiwan korban. Melihat perkara tersebut para sahabat bertanya:“Apa yang engkau bawa wahai anak paman Rasulullah? Tanpa malu beliau menjawab: Inilah korban Ibnu Abbas hamba Allah yang miskin.”Wallahua’lam

    S: Apakah yang dinamakan korban wajib?
    J: Korban wajib ialah apabila seseorang membeli seekor kambing atau lembu atau unta dengan mengatakan bahawa ‘haiwan ini adalah untuk sembelihan korban’, atau ‘aku beli haiwan ini untuk korban’, maka adalah wajib beliau menyembelih haiwan tersebut sebagai korban pada hari raya korban.Wallahua’lam

    S: Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging korban ?
    J: Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling diutamakan ialah fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, kemudian fakir miskin dari kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak beragama Islam. Walau bagaimanapun kita disunatkan memakan jantung hati haiwan korban tersebut, kerana menurut riwayat Al-Baihaqi, “Rasulullah s.a.w memakan hati korbannya.”Dan Allah s.w.t juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Hajj: 28;Maksud ayat “ Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang sengsara lagi fakir.” Wallahu’alam.

    S: Bolehkah bersedekah sejumlah wang untuk mengantikan penyembelihan korban ?
    J: Terlaksananya korban adalah dengan berlakunya penyembelihan haiwan tertentu dan mengalirnya darah haiwan tersebut. Adapun perkara lain, seperti sunat seseorang itu memakan sebahagian daging korbannya, atau menyimpan sebahagian, atau bersedekah dengan sebahagiannya lagi adalah amalan sampingan dalam ibadah korban. Maka kita dapati bahawa bersedekah dengan sejumlah wang ataupun sejumlah daging yang dibeli bagi mengantikan sembelihan haiwan korban yang telah ditentukan adalah tidak menepati tuntutan ibadah korban itu sendiri, berbeza dengan zakat fitrah ia bertujuan mengurangkan bebanan orang-orang miskin. Wallahu’alam.

    S: Bolehkah niatkan korban bagi ibubapa yang telah meninggal dunia ?
    J: Orang yang telah meninggal dunia amat memerlukan kepada orang yang masih hidup, khususnya dari kalangan ahli keluarga bagi meneruskan amal kebajikan yang boleh menambah bekalan amal baik sebagai bekalan diakhirat nanti. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunat dilakukan demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada simati, maka berkorban bagi ibubapa boleh dilaksanakan mengikut pandangan mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali. Berdoalah kepada Allah s.w.t supaya menerima korban tersebut dan memberikan pahala kebajikannya kepada kedua ibubapa. Wallahu’alam.

    S: Bolehkah seseorang itu berniat untuk melaksanakan korban untuk anaknya yang telah meninggal dunia ?
    J: Korban seperti yang kita ketahui adalah sebahagian daripada konsep bersedekah dalam mencari keredhaan dan mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunnah dilakukan demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada simati, mengikut pandangan mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali terpulanglah kepada warisnya untuk melakukan amal kebajikan tersebut untuk anaknya, dan berdoa kepada Allah s.w.t supaya menerima korban tersebut dan memberikan pahala kepada anaknya. Wallahu’alam.

    S: Bolehkah orang kafir diberikan daging korban ?
    J: Matlamat dan tujuan kita dianjurkan berkorban adalah jelas, antara lain mensyukuri nikmat Allah s.w.t yang dikurniakan sepanjang tahun tersebut, dan memberikan orang lain sama-sama merasa nikmat Allah s.w.t, disamping merapatkan lagi ukhuwwah sesama ummat. Oleh itu pemberian daging korban kepada orang yang bukan Islam tidak bercanggah dengan mana-mana tujuan korban itu dianjurkan, maka mengikut pandangan mazhab Hanbali adalah dibenarkan kita memberikan daging korban sunat sebagai hadiah kepada orang bukan Islam, tetapi daging korban wajib tidak boleh kita berikan kepada orang bukan Islam. Wallahu’alam.

    S: Apakah hukum menjemput orang kafir untuk makan daging korban yang telah dimasak ?
    J: Seperti mana kita dibenarkan memberikan daging korban sunat kepada orang bukan Islam berdasarkan kepada pandangan mazhab Hanbali, maka menjemput mereka makan daging sembelihan korban sunat adalah dibolehkan asalkan ia mempunyai niat yang baik dan tidak bertentangan dengan tujuan dan matlamat murni korban itu sendiri, dan juga syaratnya ialah bukan daripada daging korban wajib. Wallahu’alam.

    S: Manakah yang lebih baik, samada korban seekor kambing atau satu bahagian lembu ?
    J: Dalam menentukan haiwan yang mana lebih baik untuk dijadikan sembelihan korban, Imam-imam mazhab berbeza pendapat, ini kerana banyak sumber dari hadis yang memberi isyarat akan kelebihan setiap haiwan yang dibolehkan untuk dijadikan sembelihan korban. Secara umumnya semua bersetuju manfaat penyembelihan korban tersebut akan lebih bererti jika dapat dinikmati oleh lebih ramai orang, maka kesimpulannya, haiwan mana yang lebih banyak dagingnya boleh dianggap lebih afdhal daripada haiwan yang lain tanpa kita menentukan jenisnya. Wallahu’alam.

    S: Bolehkah seekor kambing dikongsi untuk seisi keluarga bagi ibadah korban ?
    J: Tentang berkongsi seekor kambing bagi mewakili korban satu keluarga adalah menjadi amalan Rasulullah s.a.w dan para sahabat, dalam sebuah hadis Nabi s.a.w.;“ Pada zaman Rasulullah s.a.w. orang berkorban dengan seekor domba untuknya dan untuk keluarga seisi rumahnya. Mereka memakan dan mereka berikan orang lain sampai manusia merasa senang, sehingga mereka menjadi aseperti yang engkau lihat.” Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi. Apa yang perlu saya ingatkan disini ialah, ia tidak beerti seekor kambing boleh dijadikan korban untuk beberapa orang, atau dengan cara beramai-ramai berkongsi membeli seekor kambing untuk dijadikan korban. Maka dalam hal di atas, yang mendapat pahala itu hanyalah seorang sahaja, iaitu yang berkorban, sedangkan yang lainnya selamat dari sifat tercela, akan tetapi tidak mendapat pahala. Wallahua’lam.

    S: Bolehkah seseorang melaksanakan korban bagi orang lain tanpa pengetahuannya ?
    J: Melaksanakan korban memerlukan niat yang sengaja, dan disertai dengan rasa kepatuhan kepada Allah s.w.t. Seseorang yang berkorban perlu sedar yang ia sedang melaksanakan suatu tuntutan ibadah yang dinamakan korban. Manakala korban yang dilaksanakan oleh orang lain tanpa pengetahuan orang kedua, maka ia tidak memberikan kesempurnaan kepada perlaksanaan korban itu sendiri, oleh itu kita tidak boleh melaksanakan korban bagi orang lain melainkan dengan keizinannya, kecuali ahli keluarga. Wallahua’lam.

    S: Berkongsi wang dengan seorang kawan untuk membeli seekor kambing bagi tujuan korban, apakah hukumnya ?
    J: Islam telah meletakkan syarat bahawa seekor kambing boleh dijadikan haiwan sembelihan korban bagi satu kepala atau orang sahaja, manakala mereka yang telah membeli seekor kambing bagi tujuan korban dengan berkongsi wang, maka mereka hanya mendapat pahala perkongsian selagi mana pentembelihan belum berlaku kerana niat yang baik membeli seekor kambing bagi tujuan korban, akan tetapi selepas penyembelihan haiwan tersebut, pahala itu hanya untuk orang yang di atas namanya haiwan korban itu disembelih. Wallahua’lam.

    S: Bolehkah seseorang menyembelih seekor burung untuk korban kerana tiada kemampuan menyembelih lembu atau kambing ?
    J: Menyembelih haiwan korban tertentu seperti yang telah ditentukan oleh syara’ adalah wajib, kita tidak diberi pilihan bagi menyembelih haiwan lain, ia bertujuan mendapatkan ganjaran yang terbaik yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Walaubagaimanapun, apabila kita tiada kemampuan, maka kita disunatkan menyembelih sesuatu seperti ayam, burung, itik dan sebagainya bagi meraikan hari raya korban yang disambut. Wallahua’lam.

    S: Adakah seseorang yang sedang bermusafir dituntut melaksanakan korban ?
    J: Menurut pendapat semua mazhab ibadah korban juga dituntut ke atas orang yang bermusafir melaksanakan korban walau di mana mereka berada, ini telah ditunjukkan oleh “Rasulullah s.a.w yang mana baginda telah menyembelih seekor lembu korban di Mina untuk isteri-isterinya” ( Hadis Riwayat Bukhari & Muslim ). Bagaimanapun, mazhab Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang musafir tidak dituntut berkorban kerana akan membebankannya sepertimana mereka juga tidak dituntut bersolat jumaat ketika bermusafir. Wallahua’lam.

    S: Bolehkah seseorang itu mengambil 1 atau 2 bahagian di dalam seekor lembu korban dengan niat ingin mendapat daging sahaja ?
    J: Ibadah Korban hanya tercapai dengan berlakunya penyembelihan haiwan korban tertentu, pada hari-hari tertentu, dengan berlakunya tumpahan darah dari haiwan yang disembelih maka terlaksanalah ibadah korban. Maka sembelihan mestilah berlaku dengan niat yang satu iaitu korban. Akan tetapi ada pendapat di dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahawa berkongsi bahagian dalam seekor lembu korban dengan niat yang berbeza adalah dibenarkan, dan setiap orang mendapat hak masing-masing. Wallahua’lam.

    S: Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam ?
    J: Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah s.w.t, dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t disamping mendapat ganjaran lain yang telah Allah s.w.t janjikan. Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang diniatkan kepada selain Allah s.w.t, seperti korban yang dilakukan untuk memuja sesuatu, atau untuk tujuan ilmu hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan ganjaran yang disediakan, maka ia adalah dilarang oleh Islam. Wallahua’lam.

    S: Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah ?
    J: Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama’ mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, sepertimana jika bertemu hari jumaat dengan hari raya maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahu’alam.

    Rujukan:
    1. Al-Iqna’ Fi Halli Alfaz Abi Syuja’ – Khotib Syarbini
    2. Fiqh Islami – Wahbah Az-Zuhaili
    3. Fiqh As-Sunnah – Sayyid Sabiq
    4. Sirajul Wahhaj ‘Ala Matnil Minhaj Lil Imam Nawawi.
    5. Korban & Aqiqah – Haji Ahmad Fuad Said
    6. Panduan Aqiqah Khatan & Korban – Muhammad Isa Selamat


    Tuesday, January 18, 2005

    Al-hamdulillah

    [1]

    “Saya rasa saya nak ada baby lah.. ”

    Erks..a statement once made by a friend. I was astonished (terkejut, terkeliru, terkedu dan semua yg sewaktu dengannya) with that statement (erm inside the heart telling myself I do want one too for myself.. maybe not just one, a few of them :P ) . Well, itukan naluri semua orang, fitrah dan sunnatullah. Sedangkan haiwan dan tumbuhan pun mahukan zuriatnyer apatah lagi manusia kan.

    So, to my that dear friend an advise I could gave is the same advice Siti Zurina once told me:
    Kalau nak anak pun, at least cariklah bapa die dulu..

    Betullah tu kan.. :p

    [2]

    Hey, the above statement is not supposed to be the highlighted one. I think this one is better. :D At last, I got my brand new Sony Ericson K508i yesterday. Hehehe:D seronoknyer, al-Hamdulillah. I asked for a computer, a digicam and a nice handphone but I was given a handphone with camera, GPRS and Internet Connection. Al-Hamdulillah, still the praises goes to HIM for having this great life.

    Teringat tentang satu ayat yg tiba2 terbaca dlm al-Quran yg terjemahannya lebih kurang Allah SWT lebih mengetahui tentang apa yg kita perlukan dan mungkin sebenarnyer kalau kita diberikan lebih byk kita akan melakukan pembaziran dan berlebih2an. Betul juga kan..

    Last time (and actually the first time) I bought a Nokia 3310 handphone in my second year university: year 2000 (masa tu new release lagi kat Malaysia ni) the price was few bucks lesser from this new handphone. But now with almost the same price, dah byk dah perubahan yg berlaku: kamera, video, java games, colored screen, voice recorder etc etc. Cepatnyer perubahan teknologi kan (sbb tu cam terkial2 plak nak gune phone baru ni..hehe) . Ntah2 tak lama lagi adik2 kite kat IPT tu kate kite ni dah ketinggalan zaman..

    Hmm.. now I am wondering. What am I going to do with my other *3122* line number? Ehhe I was thinking of giving it to one of my siblings. But then, my brothers and sister are heavy-phone-users which means they have the possibilities (BIG one) to excessively use the line.

    And then, I think I would like to give it to my mother.. but then, the other brothers are actually always using my mother’s credit for themselves. It is undecided yet what to use with the number as I have no intention to terminate the line.

    So, can it be a good package? 2-in-1? Now to those who want to be my [bf] can have me [gf] and the phone line [free monthly rental fee]? How was it? Ahhaha

    Eish..sounds so desperate kan? Hahah Takdelah saya gurau je la.. I’m blushing myself.. No No No, I am not that desprate, thank you!:p

    [3]

    Err..I thought the above one is already the highlighted one. But this thing appeared early in this morning. I was being shooted. Bukan dengan boss, but dengan kamera. Wohooho knew it for so long already that I am not so good in front of the moving camera. Pagi2 tadi diorang nak buat training video for TM kot, and they decided to do the shooting at my place since ade beberapa workstation here mmg digunakan utk helpdesk. And one of the selected pelakon was me.

    But towards the end tu, one of the production member asked me that they want to focus the shooting on me and use my voice for the script. Terpakseler berlakon kejap. Penat jugaklah senyum, adalah dekat 2 jam jugak. Sambil sempat dimekap2..ekkee

    The payment yg dpt? Ntahlah..ada pengurus kitorang handlekan (baca: Pengurus Artis CCM cum Pengurus kat CCM juga). Dia ckp nak cuba dptkan utk kitorang. Tapi biasalah cenggini die bagi wang saguhati je. Lepasler kot nak makan pizza utk 4-5 org:P

    Ha oklah. Dah satu hari asyik tersenyum sampai tak larat nak senyum dah. Mmg pun betul, saya tak minat nak jadi pelakon. :P

    [4] Erm.. tak sempat lagi kasi pengisian la kali ni.. :( But I was so happy when I found out that someone’s offering her hands to help me updating this blogskin. Heheh Thanx a lot. I am not sure I could do it or not, but if u find out later that this blog suddenly seems to be hire-wired, you know what is ‘happening’ around.. ;)

    Friday, January 14, 2005

    My Birthday

    Erks.. It's 3 Zulhijjah 1425.. & It's my 25th (Hijrah) birthday.. Huhuhu Happy Birthday to me (aaarrggghh the pressure is suddenly rushing inside me). I'm another year older. :) Tiba2 teringat, my conversation with a friend few years back. I said I will get married by the age of 24, and if by the age of 25 i did not married yet, i will just grab anyone in front of me to marry me. Erm now it seems like i don't feel like *just grabbing* anyone out there to be the blacksheep of my hidden motive.. :) Tak baiklah kan main suka2 je tarik org sbb takut *tak laku*, nanti tak boleh dedicate myself to the life and responsibilities, kesian la plak kat *husband and kids*.

    I know i was once even gave warning to everyone not to ask me that *Death Question* for being tired of questions and questions. Tapi, al-Hamdulillah sekarang kalau org tanya dah boleh gelak jer. Time does strengthen myself. Moga2 dpt terus relax dgn situasi yg melanda. And sekarang ni yg mampu buat ialah main dengan *anak2 buah* a.k.a. anak kawan2.. ;)

    * Kite merancang, kite merancang dan kite merancang. tetapi Allah juga merancang dan ketentuan Allah SWT itu hanya Dia Yg Maha Mengetahui kan. Rasanya byk sungguh nikmat dan al-Hamdulillah ALlah masih pelihara lagi berada dlm kebaikan. Jadi tak salah la kalau kali ni terus bersabar dan bersabar, pasti ada sesuatu yg Dia nak tunjukkan sebenarnyer. Insha-Allah:) *

    Duh, nampaknya just around the corner akan join the late 20s. *Sigh* . Time flies soooo fast. *Tak seronoknya*. Rasanya kalau nak menikmati setiap kehidupan tu, macam taknak tidur jer. Kuang kuang kuang.. Masalahnyer pula tidur tu nikmattt esp. dgn 'wheather' kat my house sekarang yg keadaannya sejuk pukul 8.00 pagi sampai 4.00 petang sama aje (Kan siti kan;) ).

    Uhu, I guess with the above reason adeler org2 yg akan menggunakannya sebagai another *concrete evidence why I should open-table for them*. Erks, heran napa tetibe saya kena pressure buka meja ni.. ehhe *confuse mode jugakler ni:P*

    Cannot think much what to write today, I was on leave yesterday-went back to my father's hometown in Lanchang, Pahang as my grandfather is really sick. He is 76 years-old now. Sekarang tgh tunggu kot2 ada panggilan emergency (u know what i mean kan.. ). :)

    Cuma tetibe terasa nak buat Aina punya quiz on 12 Jan hari tu. Masa 1st buat tu tak sempat baca sgt main tekan je, sekali tgk sama ngan Aina (Sweetheart:P). Lps tu bile buat sekali lagi, tgk2 sayanyer result ialah:

    People like you becuase you're smart!
    What attracts people to you?

    brought to you by Quizilla

    Errm.. ye ker?? :))


    ====
    Another test, thanx to Aina (again:P)

    I am just soo contradic!! hahahah


    Contradiction
    F:

    Your Beauty lies
    in Contradiction. Controversial, unpredictable, and
    never what anyone expects.
    You appearance and your personality are two
    opposite things. Even your
    appearance sends different signals to different
    people. To some you may look
    innocent and sweet, to others you look mysterious
    and intimidating at the same
    time. No one ever knows what to expect with you.
    You are a little bit of
    everything all mixed together. You can be watching
    the football game with the
    guys one minute and the next out shopping at the
    mall. You seem to be almost a
    different person every time you meet someone, but
    at the same time you know
    exactly who you are and there is always that one
    thing that makes you you. You
    enjoy keeping people guessing and people love how
    completely unpredictable you
    are.



    Some Things
    That Represent You:



    Element:
    Fire, Water Animal: Chameleon Color:
    Dark Tones, Light
    Tones Song: Everything by Alanis Morriesette
    Expression:
    Half-smile



    Gemstone:
    Opal Mythological Creature: Gryphon,
    Half-breeds Planet: Mars Hair
    Color:
    Red Eye Color:
    Brown



    Quote:
    "Appearances can be deceiving."




    Where Does Your Beauty Lie? ..::Original Pictures Are Back! Detailed Results::..
    brought to you by Quizilla

    Wednesday, January 12, 2005

    Take A Break

    I met someone yesterday when the question that came out from her was : "Bila nak balik dr bercuti?". And I was, "ha?" . In which she replied, "yelah, kate bercuti dr buat blog kan".. hehe Oklah, since there is a request for me to share some info here so I'll break the -break-away-mode a while. Tak banyak nak ckp, some of you ma already received this while some may not. So to those who already received it, take it as a revision while to those who haven't its worth reading so.

    By the way, I apologize for my previous posting if it sounds like blamming people for what they did. Saya pun terlupa menyatakan tentang hakikat bahawa Nabi2 juga didatangkan ujian bukanlah untuk menghukum mereka tetapi untuk menguatkan jiwa mereka. As what was written in a poem in Mingguan Malaysia last week, we might see the disaster as terrible but for the muslims that dead maybe actually they are swimming in the river of paradise while the children that were dead are running here and there in the paradise waiting for their parents. Wallahualam. Memula dulu ada katekan maybe nak tulis something about this, tapi tak sempat. Dlm byk kejadian mmg ada pro and kontra cuma kdg2 kite nampak kdg2 tak nampak, hanya Allah yg Lebih Mengetahui. And I guess sebahagian apa yg saya nak tulis dah pun ditulis oleh the writer.

    So, this is a little bit late sharing. Quite lengthy, from Bro Hafiz Firdaus, a well-known writer in islamic books and also a pilot to MAS. Thanx to those who sent me the emails, this posting was also posted in Shelley's blog. Another copy & paste from her. :)

    ====
    Tuhan Terlepas Satu Hari?
    Oleh Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)

    "All aircraft this is Medan Control. We just had an earthquake. All systems seems to be normal and Medan airport is still open."

    Demikianlah kata-kata pengawal lalulintas udara pada lebih kurang pukul lapan setengah pagi pada 26 Disember 2004. Pada ketika itu penulis sedang berada pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara kawalan Medan Control dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Istanbul.

    Mengganggap ia hanyalah gempa bumi yang kecil, perkara tersebut terlepas daripada ingatan penulis sehingga esok hari ketika menontot BBC World News di bilik hotel di Istanbul. Jelas bahawa anggapan penulis adalah salah. Gempa bumi tersebut yang sebenarnya berpusat di dasar lautan di sebelah Barat kepulauan Sumatra sebenarnya telah melahirkan ombak besar "Tsunami" yang menghempas tebing hampir semua negara di sekeliling Lautan India. Malah ombak besar ini juga mencecah sehingga ke tebing negara Somalia di pantai Timur benua Afrika.

    Jumlah kehilangan nyawa amatlah besar sehingga mencapai lebih 100,000. Dalam suasana memikirkan kedahsyatan malapetaka tersebut, tiba-tiba talifon bimbit penulis berbunyi, menandakan ada sebuah SMS. Ia berbunyi:

    Al-Qur'an, surah Mayram, ayat 88-91: "Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah (Tsunami 26 Disember), serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak (Hari Natal 25 Disember)." Sila sebarkan kepada orang ramai.

    Penulis tersentak seketika. Dalam suasana manusia seluruh dunia sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa ombak besar, ada umat Islam yang sibuk mencari ayat sebagai "dalil" bagi peristiwa tersebut. Dalam suasana manusia seluruh dunia bergegas mensedekahkan harta membantu mangsa, ada umat Islam yang bergegas mencari ayat sebagai dalil untuk menjustifikasikan peristiwa tersebut.

    Penulis menjawab balik SMS tersebut:Tuhan menunggu lebih 1400 tahun untuk melaksanakan ayat-Nya. Namun apabila dilaksanakan, Tuhan terlepas satu hari! Sila sebarkan kepada orang ramai agar kita sama-sama ketawa.

    Sebenarnya SMS di atas bukanlah perkara yang terpencil. Ramai umat Islam yang memiliki sifat angkuh di dalam diri mereka di mana dengan keangkuhan tersebut mereka berkata "padan muka" kepada mana-mana kaum yang ditimpa musibah, sekalipun kaum tersebut seagama dengan mereka. Sebelum ini apabila berlaku banjir besar di Bangladesh, penulis pernah mendengar di antara umat Islam ada yang berkata: "Itulah azab Allah yang melanda. Orang Bangla tu banyak yang tak betul Islam mereka!" Apabila berlaku gempa bumi di bandar Bam di Iran yang mengorbankan puluhan ribu nyawa, ada di antara umat Islam yang berkata: "Azab Allah turun kerana mereka itu orang Syi'ah yang sesat!"

    Semua ini adalah penyakit umat Islam yang perlu diubati segera. Mencari-cari ayat bagi menjustifikasikan sesuatu musibah dan/atau menuduh sesuatu musibah adalah azab Allah kerana keburukan sesuatu kaum merupakan satu kesalahan yang amat besar. Ini kerana:

    1. Mereka menyalahgunakan ayat-ayat Allah dengan memaksa tafsirannya. Mereka tidak menjadikan al-Qur'an sebagai pemimpin, sebaliknya merekalah yang memimpin al-Qur'an agar secocok dengan apa yang mereka kehendaki.

    2. Mereka menuduh sekian-sekian kaum dengan sesuatu keburukan tanpa sebarang bukti yang kukuh di sebaliknya. Asalkan sesuatu kaum ditimpa musibah, mereka menuduh kaum tersebut sebagai telah melakukan keburukan.

    3. Mereka telah memperkatakan sesuatu terhadap Allah tanpa ilmu. Apabila mereka berkata "Itulah azab Allah", seolah-olah mereka mewakili Allah dalam menerangkan apa dan kenapa sesuatu musibah itu berlaku. Memang, semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Akan tetapi kehendak Allah dipenuhi dengan pelbagai sebab dan hikmah di sebaliknya, jauh berbeza dengan kehendak manusia.

    Untuk lebih mendalami poin ketiga di atas, perlu diketahui bahawa apabila sesuatu musibah melanda sesuatu kaum, ia memiliki beberapa kemungkinan di sebaliknya. Di antara kemungkinan tersebut adalah:

    1. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi mereka satu peringatan agar kembali kepada kebenaran.

    2. Allah mengasihi kaum tersebut dan musibah itu sebenarnya sesuatu yang baik bagi mereka dari pelbagai sudut lain yang hanya diketahui oleh Allah. Ini kerana manusia hanya mampu menilai sesuatu perkara secara zahir. Apa yang manusia pandang sebagai buruk mungkin sebenarnya baik di sisi Allah dan apa yang manusia pandang sebagai baik mungkin sebenarnya buruk di sisi Allah.

    3. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi mereka kehidupan akhirat yang mereka idam-idamkan. Musibah yang menimpa merupakan syahid kecil sebagai ganti kepada syahid besar yang diidam-idamkan oleh para mujahidin.

    4. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut sebagai penghapus kepada kesalahan yang mereka lakukan. Kadar musibah adalah selari dengan kadar dosa mereka. Namun selepas itu di Alam Barzakh dan seterusnya, kaum tersebut terbebas daripada apa-apa azab.

    5. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut sebagai azab yang membalas kesalahan yang mereka lakukan. Oleh kerana kadar kesalahan yang mereka lakukan adalah besar, maka azab tersebut berlanjutan sehingga ke Alam Barzakh dan seterusnya.

    6. Allah ingin menguatkan kaum tersebut, lalu diberikan musibah sebagai sesuatu yang dapat membina jatidiri mereka.

    7. Allah ingin menguji kaum yang terselamat daripada musibah, sama ada mereka mensyukuri keselamatan yang mereka peroleh atau bersifat angkuh terhadapnya. Sesiapa yang mensyukurinya maka dia lulus ujian, sesiapa yang bersikap angkuh maka dia gagal ujian.

    Apabila sesuau musibah menimpa sesuatu kaum yang lain, kita tidak dapat pastikan sama ada ia disebabkan oleh kemungkinan 1, 2, 3, 4, 5 atau 6 kerana semua ituadalah hak Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita juga tidak boleh berkata bahawa kemungkinan tersebut terhad kepada 7 yang tersenarai di atas sahaja. Apa yang pasti ialah kemungkinan yang ke-7 jatuh kepada kita yang terselamat daripada musibah, sama ada kita mensyukurinya atau bersikap angkuh terhadapnya.

    Mensyukuri yang dimaksudkan ialah bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa dia terselamat daripada musibah tersebut. Kesyukuran ini dilanjutkan kepada membantu kaum yang ditimpa musibah dengan apa jua cara yang boleh seperti bantuan kewangan, bantuan harta benda, bantuan kepakaran dan sebagainya.

    Keangkuhan yang dimaksudkan ialah bersifat angkuh kononnya dia dipenuhi dengan kebaikan sehingga menganggap Allah telah mengecualikan dia daripada ditimpa musibah. Keangkuhan ini dilanjutkan kepada menuduh bahawa kaum yang ditimpa musibah tersebut memang layak menerimanya kerana salah laku yang mereka perbuat. Bahkan ini mungkin dilanjutkan kepada mengemukakan ayat-ayat tertentu yang dipaksa tafsirannya agar menepati sebaik mungkin suasana musibah yang menimpa.

    Melalui penulisan yang ringkas ini penulis ingin mengajak diri penulis sendiri dan para pembaca sekalian agar menganalisa diri kita sendiri. Marilah kita berfikir, adakah kita tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur kepada Allah kerana terselamat daripada musibah? Sudahkah kita menterjemahkan kesyukuran tersebut kepada menghulurkan bantuan kepada mangsa yang ditimpa musibah?

    Marilah kita membanding diri kita dengan umat-umat daripada agama selain Islam. Dalam suasana kita berkata: "Itulah kaum yang diturunkan azab Allah", umat-umat agama lain berkata: "Itulah kaum yang sangat-sangat memerlukan pertolongan". Dalam suasana kita berkata: "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh kaum tersebut sehingga ditimpa musibah?", umat-umat agama lain berkata: "Apakah yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka?" Dalam suasana kita sibuk mencari ayat untuk menjustifikasikan musibah yang menimpa satu kaum, umat-umat agama lain sibuk mencari peralatan Search and Rescue untuk dibawa bersama dalam misi penyelamat.

    Sungguh, sangat berbeza sikap umat Islam berbanding umat-umat agama lain. Marilah dari saat ini kita berubah sikap. Berubah bukan sahaja ke tahap yang menyamai umat-umat lain tetapi melebihi mereka. Bukankah berlumba-lumba membuat kebaikan sesuatu yang dituntut oleh Islam:

    Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Baqarah 2:148]

    Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apayang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akanmemberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. [al-Maidah 5:48]

    ====

    Check out for volunteers to Acheh @ Siti/Iena Blog [http://zunnurain.blogspot.com]



    Monday, January 10, 2005

    Away

    I will be away from blogging for a while..due to hectic reporting period (week, month and yearly report) and due to.. The Da Vinci Code.. hehe Aida, thanx a lot. Halim dah pass kan kite buku dia. huargh, gile la die promote abis2an..dah 3 kali jumpa, 3-3 kali promote.. hehe kena baca ni

    ok..sampai jumpa lagi yer.. doakan saya kembali. Insya-ALlah:)

    Thursday, January 06, 2005

    Few Announcements

    Ok, frens. I have few annoucements to be made here:

    1) Received a lot of messages from friends who think they might want to have a blog but feel difficulties to maintain it, thus I've created a blog that can be shared with all. The link will be annouced later, have not finish the setup yet. Those interested may email me @ zueika@yahoo.com ok!

    2) I am going to change my phone number. Will be using my Corporate Line. Insya-Allah will update u all next week (tak sempat lagi nak tukar profail kat dlm intranet mail). Currently i already stated the number in my email. Those who later on have not received my new number, (for TM) pls check the intranet profail. Tgh fikir lagi whether nak guna no lama atau tak.. :p

    Oh, and the number ends with *8740*. (Siti, jgn marah ek:P, it was u who told me not to stole *him* from you this time)

    3) I am feeling soo sleepy, but have not finished a stack of worksss

    4) I think i am getting some flu and cough...

    5) Someone was strongly promoted me on the Da Vinci Code and SMSed me last nite to telling me that I can borrowed the book but seems like he did not turn up to lend me that book.

    6) I'm going to Singapore tomorrow!! will be on leave.

    7) Please miss me frens when i am not around!

    Bye all..

    Wednesday, January 05, 2005

    Hurtful Link

    Someone (or many-one) told me that my per posting in this blog is quite lengthy. Hump.. is that so? :D Usually, I type a bit at one time, and add up a little bit. In the evening (almost end of working hours) I will finish up the line and most of the time it will turned out to be a lot...

    Hmm.. I found out that most of the time i did not use the correct grammar; all the past and present tense mixed each other. Hopefully, you don't mind, maybe u can correct me as well. :) I just need to learn 'them' back, as a refresher. I also realized that I am currently facing frequent memory lost (i am so much so sorry if we were used to have good time together when once in time we meet again and i suddenly forget about you or totally forget about you.. ). Kalah Aida yg dah ada anak 2 gini ek.

    This happened to me several times. First time occured when I was in Pre-U : Unitele, Melaka when I totally lost my memory on a friend, i thought he was another new friend brought in by the group and that he was so good to know my name. After a few hours only to realize that actually I knew him, and we are friends! People said that I might facing amnesia (?) or something like that in the future... :

    Yesterday, one friend forwarded to me a link to website that says bad things about Islam and The Prophet Muhammad SAW. I don't just adore, I love him (I cannot evaluate how much, only God knows. May it be as much as possible). I believe every Muslim does feel the same. I just do not know why so many people hates Islam and relates all those bad things with religion: for if we want to count, there are a lot of bad things that were done by other people from other religions as well. Esp. the Zionis Jews. It hurts me, and it hurts a lot of Muslims also with such writtings. If you don't know, it will be better to ask a Muslim rather than just believe everything that you read.

    I discussed about this site with a friend. And I found something which indicates who is this person is all about, as he claims only fallacy:

    " ... Allah is the moon god.. (Allah adalah Tuhan Bulan-merujuk kepada Bulan sebagai Tuhan)

    Muhammad decided to proclaim that there was only one god and he selected Allah as that god, which is why the moon is a symbol of Islam. (Muhammad mengambil keputusan untuk mengistiharkan bahawa hanya ada satu Tuhan dan baginda memilih Allah sebagai Tuhan itu, atas dasar itulah bulan menjadi simbol utama dalam Islam)

    Muhammad expected Jews and Christians to accept his revelation with open minds. Early passages in the Quran speak admiringly of “the people of the Book.” These are the passages that Muslims in the West love to quote in their effort to prove that Islam is a tolerant religion. An example is Sura 5:82 which says, “You will find that those who are nearest in love to the believers [Muslims] are those who say, ‘We are Christians.’
    (Muhammad mengharapkan Yahudi dan Kristian untuk menerima perubahan yang dilakukannya dengan fikiran yang terbuka. Bahagian awal dalam al-Quran memuji "Ahli Kitab". Bahagian inilah yang sering digunakan oleh Muslim di Barat untuk menunjukkan ikthiat mereka dalam membuktikan bahawa Islam adalah agama yang bertoleransi. Contohnya dalan Surah 5:82 mengatakan, "Kamu akan melihat bahawa mereka yang paling dekat hatinya kepada orang yang beriman adalah mereka yang mengatakan 'Sesungguhnya kami ini adalah orang Nasrani')"


    [First] We Muslim do not specifically worship The God of Moon. Moon is just another creature created by The Creator. We worship The Creator of the creatures, which is Allah SWT. There is nothing to compare to The Almighty God, nothing in this entire world. Allah is One and the Only One.

    [Secondly] This person proclaimed himself as a good Christian. But somehow, i found out he might only proclaimed as he may not be a Christian. Why? He used a lot of quotes from The Bible (such as asked people in accordance to Bible not to lie and not to be a liar, but he himself did a lot of lies). The Prophet Muhammad SAW told us before to tell the truth eventhou it is hurtful. And all he tells us are lies, manipulater by having some info and close the other info. If he is true enough to use the quotes in Al-Quran and the Bible, why he did not take the whole sentence.

    [Thirdly] For the Muslims, if they want to quote something from alQuran, Allah asked the Muslims to take the whole sentence, not just a part of it. Consider this:

    "I love him and I wish to marry him soon. But when I found out that he only try to cheat me, my heart went off just like that."

    Will it be the same point if someone spreads the news that I want to 'marry' this guy? or is that supposed to be I do not want to marry this guy?

    From Surah 5:82 (Al-Maidah) the whole verse goes like this (sorry, i do not have the translation in English at the moment, will try to look and update this back):

    " A'uzubillahiminassyaitonirajim (Aku berlindung dengan ALlah dari Syaitan yg direjam)

    5:82
    Sesungguhnya kamu dapati orang2 yg paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yg beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

    Dan sesungguhnya kamu dapati yg paling dekat persahabatannya dgn org yg beriman ialah orang-orang yg berkata " Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (oran-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri. "


    And it was being clearly defined who are these people in the next verse in Al-Quran:

    5:83:
    Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan airmata disebabkan kebenaran (Al-Quran) yg telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yg menjadi saksi (atas kebenaran al-Quran dan kenabian Muhammad SAW)"

    .. that it was clearly mentioned if he really extensively study the Quran and the Bible he will found what was stated in the al-Quran: Surah Ali Imran 3: 64


    " Katakanlah(wahai Muhammad): "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada satu Kalimah yang bersamaan (tidak ada perselisihan) di antara kami dan kamu, bahawa tidak ada yang disembah kecuali Allah, dan tidak kita persekutukan-Nya dengan sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
    In which it says, in another verse that there is no obligation/force for the non-Muslim to be a Muslim (Sesungguhnya tiada paksaan dalam beragama (yakni memeluk Islam)).

    Since, this writter shows so much hatred towards Islam i guess we already knew who he is (a Zionis Jew pretending to be a good Christian, or simply someone who actually did not know anything about Islam but a liar).

    Thus, we came into the conclusion that it is much better for the people out there not to support this kind of effort. You do not have to forward it to other people, just let it be so it will die on its own. Simply vanished it from the entire world. Because this type of people will not be satisfied, though you hacked their pcs or server and try to delete those thing. And i have no intention to give the link or open the link after this. As what a friend said:

    araamy: jgn fwd bende2 salah ni.. walaupun nak bagitau yg tu salah
    araamy: cakap kat org2 tu.. kita tolong sebarkan sekali sebenarnye

    Muslims are muslim, whether you are Malay, CHinese, Indian, Arabs, Western, Japanesse, Orang Asli or whateva races you hold. But a Malay may not be what Islam is all about, so did the Arabs. Shall there is someone interested to know/ask more about Islam whether you are a Muslim or non-Muslim out there, insha-Allah by God willings, I am opening my hands for you. There are plenty of people over here that can help giving the answers and share it with you (although they do not show-off themselves, but I know you all are viewing my blog kan;) ).

    So, that's all folk for today...

    Tuesday, January 04, 2005

    Perhentian Perjalanan

    Perhentian Perjalanan

    Seret langkahku terhenti lagi
    Buat kesekalian kalinya
    Dalam jalur-jejak kehidupan ini
    Di hadapan persimpangan jalan bangunan berdiri
    Pada perhentian seketika dilalui
    Manguak nadi selari,
    Pegun akal menakuli,
    Dan jantung seakan terhenti.

    Kiranya perhentian ini sukar dimengerti
    Rupanya seakan pernah diamati
    Lewat musim perjalanan lalu
    Ruap lingkung semilir bayangan seperti pernah tersapa
    Sisir redup lembayung itu sepertinya pernah terteduh
    Musim-musim yang menghuni perhentian ini sepertinya pernah didiami

    Ah, ini mungkin mimpi Dee Javu ku
    Lihat, lihat sekeliling sepuasnya
    Atas Bawah Kiri Kanan Depan Belakang
    Tamannya tidak sama luas
    Tingginya tidak sama tegak
    Dalamnya tidak sama jejak
    Riaknya tidak sama melirik
    Laungnya tidak sama gema
    Lantainya tidak sama alun
    Dan Langitnya tidak sama biru

    Hati berdetik lagi
    Jarum saat pula berdetik pergi
    Kaki terpaku sendi
    Pancaindera memerhati teliti
    Dan waras akal datang dan pergi berlari-lari

    Akhirnya,
    Bibir yang diam terkatup, lidah pegun
    Mula mengorak senyum berlaga gigi
    Hembus nafas melepas lesu
    & Mata bersambung memandang jauh tak bertepi

    Tidak mengapa langkah bermula lagi
    Jika benar janji untuk diri
    Perhentian itu pasti bertemu lagi
    Kali ini tidak berbayang lagi
    Itukan jadi satu realiti!

    UIAM, 12.00pm
    2hb Nov, 2004

    =====

    So, tu lah antara yg aku buat dlm kelas Econs Siti Zurina (:P) . Hmm, maybe not as good as Hany's or Bro Cpol's (Siti's fren) , their's are **unspeakable by words** very nice. hehe. Karya sekarang ni tak sehebat dulu, byk baca byk selidik byk tgk perkataan baru and byk idea:)

    Uhu, I saw such a big obsession on Sami Yusuf on siti's blog tagboard/shoutbox. Kecoh ek? :) Sesekali, nak tergelak juga. Hai, kwn2 yg baca mesti geleng2 kepala je tgk perangai kami2 ni ek. Yesterday Abg Faizal forwardkan link kepada Website Allahyarham Kak Nuun. I think she did forwarded to me last time, cuma terlupa sbb byk sgt tgk kisah dunia. :) A lot to share there. Sape rajin lehlah pi lawat2 ek.

    This coming Friday, I'll be on leave. Nak pergi ke Singapore, mengikut rombongan meminang. :) Bukan saya yg meminang atau dipinang la, pinang utk org lain. Ada sesape suggest nice place to visit there? ;) .. Or..ade sesapa nak ikut? :D

    Monday, January 03, 2005

    Focus on {Problem vs Solution}

    Additonal to the posting.
    Ohh..lupe plak.. Actually, i want to post this instead the other one. NVM, share it with you all again:) Remember, chance is a gift for those who try!!

    ==

    Focus on Problems Vs Focus on Solutions

    This is so true and funny. And read the last part. Lighten up and enjoy what you have!

    1) When NASA began the launch of astronauts into space, they found out that the pens wouldn't work at zero gravity (Ink won't flow down to the writing surface). In order to solve this problem, it took them one decade and $12 million. They developed a pen that worked at zero gravity, upside down, underwater, in practically any surface including crystal and in a temperature range from below freezing to over 300 degrees C.

    And what did Russians do??
    The Russians used a Pencil!!!


    2) One of the most memorable case studies on Japanese management was the case of the empty soap box, which happened in one of Japan's biggest cosmetics companies. The company received a complaint that a consumer had bought a soap box that was empty. Immediately the authorities isolated the problem to the assembly line, which transported all the packaged boxes of soap to the delivery department. For some reason, one soap box went through the assembly line empty. Management asked its engineers to solve the problem.

    Post-haste, the engineers worked hard to devise an X-ray machine with high-resolution monitors manned by two people to watch all the soap boxes that passed through the line to make sure they were not empty. No doubt, they worked hard and they worked fast but they spent whoopee amount to do so.

    But when a rank-and-file employee in a small company was posed with the same problem, did not get into complications of X-rays, etc but instead came out with another solution. He bought a strong industrial electric fan and pointed it at the assembly line. He switched the fan on, and as each soap box passed the fan, it simply blew the empty boxes out of the line.

    Moral of the story:
    KISS (Keep It Simple, Stupid) i.e. always look for simple solutions. Devise the simplest possible solution that solves the problem :-) So, learn to focus on solutions not on problems.

    "If you look at what you do not have in life, you don't have anything."
    "If you look at what you have in life, you have everything."

    Each Other: One Year of Blogging

    Over the weekend, I felt so relax though on Sunday I was illegally smuggled into UIA MBA Economic for Business’ class to be the ‘watcher/pemerhati’. In the end, I turned out to be the tutor to one of the student. :p And yes, it is already in year 2005 (someone learnt how to make a candle-lite dinner yesterday kekek, but then I have to tell that someone we cannot be more than friends.. har har har).

    Happy belated birthday to Brother Ahsan. Abg Ahsan dah +7 ek? Wakakak tuanya brother ni:P so, kitorang adik2 ni tak lama lagi macam nak makan nasi minyak yer?;) A junior friend told me few days back regarding how to ensure/certify that someone is our Life Partner.. She said doa/du'a is important, and what did she did was ask Allah SWT if that person is the correct one for her lifetime pls make him approach her. Erk.. (something I never thought before) usually people told us to doa for if that person is the correct one, make clear path and close both of u nearer. And it turn out to be that someone was reciting doa like this, “Ya Allah, make Sami Yusoff mine and make him approach me”. I was.. stunning eyes rolling over the bed. Hahahah tak patut tak patut. Aku pun jeles cemni. Walau dlm keadaan terkedu. Uhuks!!

    Oh, forgot to welcome few friends who successfully starting their blogs/new blog’s friend: Abg Ahsan; Kak Saf (http://rinarif.blogspot.com) & Adik Ainul (http://ainul.blogdrive.com). Selamat datang ke dunia blogger dan selamat berkenalan.

    It has been 1-year of blogging (this is my 2nd forum. The first one let it be a secret, as it is not good for health hehe). Al-Hamdulillah, I am blogging still. We had bitter and sweet memories, being in up-and-down situations, talking-teasing-and-joking with each other, debate-war with each other thru our own blogs, and still support and encourage each other for life goes on. Thanx to the Junior Sifuu [Hate him so much for his blog's new skin, seems so cool.. :P dengki dengki] for introducing, attracting and competing with us (Me, My So-Long-Friend Siti , My X-Housemate Hany, My X-Sek. Ren. Skol Mate Mizie (thou with the fact he is currently too bz to update his blog) and ‘The Late Her that we miss so much’-Allahyarhamah Kak Qin in bloggings. And along the way I met all those good friends and wonderful friendship that had my link on their blogs (to name few) Aida, Aini, Shelley, Aina, Fizan, Chegu Jayzul, Faizal (Rollie) and not forgetten Asma/Semah. Thanx also for those who silently or visibly visiting my blog from time to time (I hope you don’t ask me to list their name here as it will drag this posting, I know some, and I appreciate that u all are seems to ‘appreciate’ my writings.. hehe thanx a lot), I am so touch with the support given. I had so much fun for writing and sharing knowledge, still having it and hope to have it in the future.

    So sempena dgn tahun baru, harap2 kita semua terus bersemangat meneruskan kehidupan hari ini. One nice article I received from few friends, important and it is good actually (Thanx to the writer, may Allah bless him/her for the knowledge shared). Those who have not read it yet, happy reading. Those who already received it before, have a nice day. To all, thanx for visiting, laughing, supporting and sharing my blog, and yes! Please do come back again. :)
    wasalam.
    ====

    PUNCA BADAN MENJADI LETIH

    Satu diantara perkara yang sering ditanya kepada saya oleh masyarakat dari masa ke semasa ialah mengapa badan mereka sering menjadi letih walaupun mereka merasakan tidur mereka mencukupi. Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memiliki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita.
    Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak diperolehi pada hari-hari bekerja.

    Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya. Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.

    Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.

    Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih. Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.

    Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam. Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan. Selama lebih kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di penuhi rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran. Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada pada mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur.

    Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur di waktu sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu. Lantas andaikata kita bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30 pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan. Kita mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segalah kebaikkan atau hasanah di dunia ataupun di akhirat. Masyaallah kita insan yang special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.

    Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita rosakkan di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang, tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih. Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang lima. Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia tidak melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormon kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.

    Justeru tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita hayati ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi golongan yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal di waktu sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara berlebihan pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulah formula kepada kerugian dan kehancuran. Semoga insyaallah kita menjadi insan yang berdisiplin dan kita juga insyaallah menjadi insan yang mengambil iktibar daripada ibadah yang dituntut oleh agama islam kita yang suci lagi murni insyaallah.
    Sedutan: Artikel dari Internet
    ===