Dlm 4hb Pose ari tu..kite ada post satu isu pasal Wanita Dlm Haid & Puasa. So, thanx a lot to Ainurul, a friend of mine yg telah dapatkan lebih banyak info. Di sini kita paste balik ape yg die hantar dalam email Kroni_kite utk tatapan dan makluman semua. Jika tak dpt tgk tulisan Arabic tu, sila tukar encoding languange [View Encoding Arabic (Windows)]. OK.
Ainurul wrote:
Insyaallah, persoalan yang timbul dapat dipahami dengan lebih lanjut dengan membaca petikan ini.mmg byk khilaf dalam hal nih, ..perkara ini mmg terlalu byk yang telah disalah ertikan...wallaualam.
1) Sumber: Ahkam Online
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan : "Jika seseorang yang haidh suci ditengah hari, dengan erti darah tidak keluar lagi, maka dia dia digalakkan (mustahab) menahan diri pada baki (selebih) harinya, dan bukan di HARUSkan, dan ada dikalangan mazhab yang MEWAJIBKAN menahan diri keatasnya. Pandangan yang pertama tadi (yg mengatakan digalakkan sahaja) adalah benar" -[Fiqh al-Siyam, ms 460].
Kenyataan ini juga dikaitkan kepada semua keadaan dimana status uzur menjadi tidak uzur pada siang hari didalam bulan Ramadhan, seperti balik dari Musafir pada tengah hari, dimana status musafirnya telah luput. al-Qaradhawi mengatakan, ia cuma mustahab aje.... bukan harus dan bukan wajib. Dengan erti kata lain, dapat pahala jika Imsak. Imam al-Nawawi rh mengatakan bahawa :
فذهب جمهور العلماء إلى أنهم لا يلزمهم الإمساك لأنهم أفطروا بعذر . ولكنهم لا يفطرون جهراً أمام من لا يعرف عذرهم حتى لا يكون ذلك سبباً لإساءة الظن بهم .
"Jumhur ulama' berpendapat tidak harus mereka Imsak (menahan diri) kerana sesungguhnya mereka berbuka dengan keuzuran. Akan tetapi mereka tidaklah makan dibenarkan makan secara terbuka dihadapan mereka yang tidak tahu bahawa mereka ini uzur, agar ia tidak menyebabkan mereka bersangka buruk terhadap dia"- [Sila lihat al-Majmu' - 6/167, 6/168, 6/173].
Ibn Qudaamah didalam al-Mughni mengatakan:
فَأَمَّا مَنْ يُبَاحُ لَهُ الْفِطْرُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا , كَالْحَائِضِ وَالنُّفَسَاءِ وَالْمُسَافِرِ , وَالصَّبِيِّ , وَالْمَجْنُونِ , وَالْكَافِرِ , وَالْمَرِيضِ , إذَا زَالَتْ أَعْذَارُهُمْ فِي أَثْنَاءِ النَّهَارِ , فَطَهُرَتْ الْحَائِضُ وَالنُّفَسَاءُ , وَأَقَامَ الْمُسَافِرُ , وَبَلَغَ الصَّبِيُّ , وَأَفَاقَ الْمَجْنُونُ , وَأَسْلَمَ الْكَافِرُ , وَصَحَّ الْمَرِيضُ الْمُفْطِرُ , فَفِيهِمْ رِوَايَتَانِ ; إحْدَاهُمَا , يَلْزَمُهُمْ الْإِمْسَاكُ فِي بَقِيَّةِ الْيَوْمِ . وَهُوَ قَوْلُ أَبِي حَنِيفَةَ . . . وَالثَّانِيَةُ , لا يَلْزَمُهُمْ الإِمْسَاكُ . وَهُوَ قَوْلُ مَالِكٍ , وَالشَّافِعِيِّ . وَرُوِيَ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ أَنَّهُ قَالَ : مَنْ أَكَلَ أَوَّلَ النَّهَارِ فَلْيَأْكُلْ آخِرَهُ
"Mengenai mereka yang dibenarkan berbuka zahir dan batin pada permulaan hari, seperti wanita yang haidh, nifas, musafir, kanak-kanak kecil, orang gila, orang kafir dan mereka yang sakit, jika uzur berpuasa luput pada siang hari, dimana wanita yang datang haidh atau nifas menjadi suci, permusafiran telah tamat, kanak-kanak kecil menjadi baligh, orang gila jadi siuman, orang kafir memeluk agama Islam, orang sakit menjadi baik/pulih, maka terdapat 2 pandangan berkenaan dengan situasi ini ; salah satunya mengharuskan imsak/menahan diri dari baki harinya.
Ini adalah pandangan Abu Hanifah...... Pandangan yang kedua ialah, tidak harus Imsak. Ini adalah pandangan Malik dan al-Syafie. Dari riwayat Ibn Mas'ud sesungguhnya beliau berkata : 'Barangsiapa yang pada permulaan harinya makan/minum, maka dibenarkan makan di hujungnya juga"
Ibn Utsaimin rh. didalam bukunya di tanya oleh seseorang bahawa beliau (sh. Utsaimin ) pernah mengatakan mereka yang luput alasan uzurnya masih boleh berbuka, beliau menjawab :-
نعم ، ما سمعته من أني ذكرت أن الحائض إذا طهرت في أثناء اليوم لا يجب عليها الإمساك ، وكذلك المسافر إذا قدم ، فهذا صحيح عني ، وهو إحدى الروايتين عن الإمام أحمد رحمه الله وهو مذهب مالك والشافعي رحمهما الله
"Ya, apa yang anda dengar, bahawa saya berkata bahawa jika wanita yang didalam keadaan haidh menjadi bersih/suci pada hari siang tidak wajib baginya Imsak (menahan diri dari makan), dan begitulah hukumnya keatas musafir jika ia kembali dari permusafiran, maka ia sahih dari ku.
Bahawa terdapat 2 riwayat dari Imam Ahmad rh., dan ia juga pandangan Imam Malik rh dan Imam Al-Syafie rh" - [Fataawa al-Siyaam,ms. 102, e-booknya boleh didapati di web sitenya] Malah al-Hafiz Imam al-Nawawi mengatakan :
إذَا قَدِمَ الْمُسَافِرُ فِي أَثْنَاءِ نَهَارِ رَمَضَانَ وَهُوَ مُفْطِرٌ , فَوَجَدَ امْرَأَتَهُ قَدْ طَهُرَتْ فِي أَثْنَاءِ النَّهَارِ مِنْ حَيْضٍ أَوْ نِفَاسٍ أَوْ بَرَأَتْ مِنْ مَرَضٍ وَهِيَ مُفْطِرَةٌ فَلَهُ وَطْؤُهَا وَلا كَفَّارَةَ عَلَيْهِ عِنْدَنَا بِلا خِلَافٍ
"Jika seorang musafir yang pulang ke rumah diwaktu siang Ramadhan dan dia tidak berpuasa, dan mendapati isterinya bersih dari haidh dan nifas masa hari itu, atau sudah pulih dari sakit dan tidak berpuasa, maka dibenarkan dia mensetubuhi isterinya dan tidaklah ada kifarah baginya menurut pandangan kami" - [al-Majmu', 6/174].
Hukum berjima' dibulan Ramadhan ini tidak sama dengan scenario (yang dimaksudkan oleh Imam al-Nawawi) bagi mereka (suami dan isteri) yang luput uzur pada siang harinya dengan alasan uzur, bukannya orang yang berpuasa sengaja berbuka puasa kerana ingin melakukan jima' pada siang hari Ramadhan.
Begitulah serba sedikit mengenai hukum yang dikhilafkan ulama mengenai situasi luput uzur di siang hari Ramadhan. Jumhur berpendapat hanya mustahab/digalakkan imsak, dan bukannya harus atau wajib. WA. Persoalan2 lain blh rujuk di sini:
1. Fiqh Puasa[Haidh]
2. Lain2 Bab Mengenai Muslimah
source:
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=27696
wallaualam
No comments:
Post a Comment