Selected World Oil Price (US$/barrel)
Entah la..saya pun tak pasti kenapa tiba2 sibuk menganalisa perkara2 sebegini.. Mungkin sebab statistik dan data tidak pernah menipu, jadinya apabila perkataan2 itu tak serupa seperti 'rupa parasnya', dengan mekap warna yang pelik2, saya jadi semakin keliru. Dan untuk meluruskan kekeliruan saya (juga kerana minat pada nombor dan graf), saya cuba berkongsi pula apakah teori ini betul..terpakai..dan ternyata benar.
Oh ya..sejak beberapa minggu yang lalu saya memantau harga minyak dunia hampir setiap hari..
Berdasarkan 2 postings saya yang terdahulu, saya kira kesimpulan yang saya perolehi ialah:
1. Sekiranya tanya subsidi 30sen seliter, harga minyak mentah yang sudah diproses pada 30% operational cost, kita sudah sepatutnya menikmati harga RM1.50/seliter.
2. Maka kalau kerajaan masih berpegang pada janji untuk mengekal subsidi pada 30sen, harga minyak sepatutnya pada RM1.20 seliter.
3. Rakyat Malaysia telah membayar lebih sekurang-kurangnya 50sen bagi setiap liter minyak petrol.
4. Tanpa subsidi untuk minyak 30sen seliter, kerajaan telahpun menjimatkan duit subsidi sekurangnya sebanyak RM212 juta seminggu (kira la sendiri dr assumption Mari Belajar Kira2 ya!)..
5. Kalau sudah 2 bulan, bererti penjimatan total sekurang2nya RM1.7billion.
6. Tidak ditambah dengan harga tambahan 50sen - 60sen yang terlebih bayar, tak mungkin semuanya diambil pengusaha minyak kan...
Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku?
Mungkinkah kerana ini?
Source: Bank Negara website; dated: 04-12-08
Jika dilihat betul2, sejak beberapa bulan ini perbelanjaan kerajaan pusat melebihi pendapatan, kecuali pada bulan 10.
Jadinya..tak salahlah kalau ada yang bertanya ke mana perginya semua itu..
Dan juga tidaklah mustahil jika orang berkata kita masih susah di negeri sendiri.
Sekarang bukan lagi isu "Jangan fikir apa yang
tapi..
"Jangan fikir apa yang rakyat boleh beri kepada kita (baca: kerajaan), tapi apa yang kita (baca: kerajaan) boleh beri kepada rakyat"
Entahlah.. saya masih lagi berfikir, bukankah doa orang yg teraniaya dan dizalimi itu sgt makbul dan kita ini semua sebenarnya sudah dizalimi pemerintah jikalau begini....
No comments:
Post a Comment