Tuesday, December 23, 2008

Kasih Seluas Semesta 1

* Prelude *
Dah lama sebenarnya cerita ini terperam. Ingat nak share juga cerita pendek ni. Tak tahu la boleh faham ke tidak maksudnya, tapi ada la beberapa org yg komen (terima kasih) lebih baik (1) kalau 'elaborate' lebih sikit mungkin senang lagi nak faham, (2) kalau tulis buku boleh cerita panjang and boleh kupas lagi byk, (3) oklah..bolehlah..

Cerita ni biasa aje.. Takde la menarik sgt.. Nak komen jgn ler dalam2 sgt.. ok? saya budak baru belajar.. belum lagi bersedia utk dibelasah habis2an sbb cerita ini cuma suka2 personally tulis.. Rasa part last tu patut improve lagi...tapi tak sempat laaa ni..aisheh. *alasan lagi*

Apa2 pun terima kasih la buat yang memberi ilham.. Sbb dia asyik tak faham aje apa saya ckp, terfikir mungkin lebih faham kalau buat dlm bentuk cerita.. :p

Selamat membaca! (dan komen la sikit2 kalau baik hati ;) *wink* )

* Episod 1*

Kami duduk di situ, di atas jambatan kayu panjang merentasi bendang terbiar. Berlunjur kaki menghadap sungai kecil yang mengalir di tengah sawah bendang. Sudah lama orang di sini tidak menanam padi lagi, sawah itu sudah jadi tempat anak-anak bermain sahaja. Kadang-kadang Nek Yom yang punya banyak lembu dan kerbau itu melepaskan lembu dan kerbaunya berkubang di tepi sawah itu. Seringnya kami berkumpulan duduk di tengah-tengah jambatan memancing ikan dengan umpan cacing dan joran kayu-kayu mati. Seperti selalunya, ’kerjaya’ kami sekadar seronok kanak-kanak kerana pulangannya yang kadang-kadang tersangkut ikan puyu itu bagaikan menang anugerah antarabangsa.

Langit petang itu redup sekali. Nyaman. Mata saya sesekali mengerling kiri dan kanan kalau-kalau ada adik-adik yang menghendap perlahan-lahan di belakang. Mereka memang suka begitu. Mengejutkan orang dari belakang, kadang-kadang menolak jatuh ke dalam bendang yang sedikit berlopak.

Dalam diam, saya tercari-cari bicara apa perlu diisi antara kami. Gadis menginjak usia belasan tahun, apalah yang mampu difikir untuk bercerita. Usia kami agak jauh berbeza. Entah apa mimpi dia mengajak saya berjalan-jalan di petang hari ini.

”Tuhan itu di mana?”

..bersambung...

6 comments:

Anonymous said...

muahahaha .. bila replace kami dengan nama ko dan nama dia ..

bila replace nama kanak kanak / adik adik dengan kanak kanak riang cubicle sendat ..

bila replace lembu dan kerbau dengan ko dan pakcik tu ..

bila replace kubang sawah ngan meja aku ..

bila replace kumpul duduk di tengah

tetiba rasa macam kisah benar ..


har har har

Ummu Auni said...

ni cerita sebenar ke?
tergaru-garu

ieka said...

Presiden.. ini bukan cerita aku dan dia.. :P cerita ini tiada kena mengena dgn yg berada di penempatan meja sendat.. : ))

Aini
jalan cerita bukan cerita benar.. tapi suasana tu mmg benar..zaman kanak2 dulu. ada nama2 kat situ diabadikan sebagai kenangan zaman kanak2 :p

Anonymous said...

ko jangan baca blog aku ..nanti culture shock ...

ASaL said...

:) cerita untuk mengabdikan cinta dn orang2 tersayang
good story though

ieka said...

PKMS,
takde ape2 yg pelik pun kecuali you are seriously not well kot?

As,
sungguh..kata2 yg sering buat saya terkedu. :) maaf belum sempat lagi nak kembangkan jadi buku, tunggu org tu kasi satu buku dia yg baru dulu :p bila tu? :D