Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap & salah
Jangan disimpan di dalam hati
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai saya antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Musafir lalu pulang ke permastautinan…
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak (orang) baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan……………
:)
10 comments:
ko nak gi mana pulak nih ika? kajang ka?
Wake me up when November End.
Hamba maafkan ;)
Antara tersurat dan yang di siratkan/tersurat :P.
Assalamualaikum, 'ka. Apa khabar?
Semalam orang dari kau punya 'sister company', TMNet, datang betulkan sambungan Internet aku yang dah dua minggu terputus. Semester baru pun baru mula, kalut sikit nak faham subjek-subjek baru macam Economics dan Finance. Aku bab duit ni lemah sikit, lambat faham.
Dulu kau ada cakap nak pinjam buku aku, Bird By Bird. Boleh, cuma aku sekarang sibuk sikit. Kalau betul-betul nak, hubungi aku dan kita bincanglah macamana nak jumpa. Aku biasanya kurang sibuk hari pada hari Jumaat-Ahad.
Buku yang satu, Psychology of Everyday Things, aku pinjam dari perpustakaan UIA. Bukan aku punya. Buku ini sangat menarik bagi mereka minat tentang senireka (design). Penulisnya, Douglas Norman, memilih untuk menerangkan tentang semua konsep, masalah serta contoh dalam tajuk ini dengan gaya yang bersahaja dan mudah untuk difahami. Jarang sekali orang dari bidang akademia yang akan menulis dengan cara ini. Aku boleh emelkan satu bab dari buku ini iaitu bab terakhir. Insya-Allah, bacalah dan lihat dengan sendiri apa yang aku maksudkan.
Selain daripada yang tadi, aku ucapkan semoga berjaya dalam apa dikerjakan, untuk dunia atau akhirat. Dan terima kasih kerana sekali-sekala datang menjengah ke weblog buruk hamba.
Mizie.. If Kajang, hari2 jumpa ko.. ahhaha nak gi ke hujung bulan kot.. takpun nak jumpa org2 kripton, atau tempat yg harry potter belajar;)
aina,
tak 'bangun2' lagi ke?:P
faizal,
insha-Allah. nanti aku jumpa ko yer. bolehlah emailkan. if aku rasa berminat, nanti i'll search for the book.
tikot,
awat ler i tag your board tak kuar2 tulisan aku hehe.
i'll be waiting for your latest news, but until that moment, i will presume nothing will happen hehe.
ko tengah pening ke tengah demam ika? panadol... latest news ape?
rahimi....
:D (tanda aku tak leh reveal anything hehe)
ika dah nak kawen ke???? waaa...
waaaa rahimi..speculation tu
bukanlah.. jodoh aku belum sampai lagi..:P
ehek ehek, aku gelak jek rahimi baca speculation ko hehe.
Post a Comment