Wednesday, May 05, 2004

Pagi..

Salam buat semua..

Pagi ini kite semua masuk ofis ramai2. Setelah beberapa hari bercuti, lama betul kan. Sesekali seronok juga rasa cuti lama2 ni. The last holidays/weekends mmg agak memenatkan. Penuh dengan aktiviti2, akhirnya yesterday aku demam. Al-Hamdulillah, pagi ni dah ok sket dah walaupun tidur tak berapa lena. Well, let see what i have went thru last holidays..

30hb April I went back to my father's hometown in Lanchang, Pahang. Ada some sort of kenduri kecil. Yg seronoknyer, first time in my life dpt makan lauk gulai daging kancil. Rasa die macam ayam hutan yg dibakar, tapi kena masak lebih lama dr ayam biasa sbb daging die agak lama nak empuk. Rasa kancil lebih sedap dr ayam biasa.. Org yg jual tu dah siap sembelih dan bakar sekali daging kancil tu. So, cuma tinggal nak potong kecik2 je ler.. Saiz kancil tu selepas dibakar adalah macam saiz itik dewasa. Teringat pernah sekali makan daging arnab, rasa daging arnab pun sedap tapi kena masak lama betul. Kite tak masak pun, tolong makan je sbb macam takut sket nak tgk kancil tu disiang2... ehehe Kalau tgk dlm kuali lagi rasa *gulp* sbb nampak mata kancil tu memandang2 ke arah kite: ))

Ok, then.. 2hb pagi aku dah balik ke KL.. Samapi rumah pukul 2, terus rush tukar baju dan siap2 utk kenduri kawin seorg senior kat SM Tmn Melawati dulu, ex-PRS di Dewan Petronas, dekat ngan Uniten. I joined PRS when I was in Tmn Melawati. Qualified already to be known as PRS (pembimbing rakan sebaya) but never able to formally practise them because one week before hari perlantikkan PRS i went to Teknik KL, Cheras. Balik2 tu aku terus 'pengsan' seharian.

Esoknya, 3hb aku pergi ke perak pulak. Rahimi kawin. Seronoknyer kat sana sbb boleh main2 ngan anak aida, amni (harap2 tak silaplah nama die ek.. sbb asyik terkompius amna ke amni). Since kitorang antara kwn2 yg terawal sampai, lama jugaklah nak tunggu pengantin makan dan dtg jumpa kitorang plak lepas tu. Sampai ke kL adalah dlm pukul 5. 30 petang. Nasib baik ada adik boleh tolong amikkan kat stesen lrt.. Kalau tak, nak tunggu bas boleh tertidur kat stesen tu...

Petang tu aku dah rasa badan lain macam. Tiba2 dpt berita, bonda seorg sahabat -Semah meninggal dunia waktu zohor. Innalillahi wainnallilahi rajiun. Al-Fatihah utk allahyarham hajah patimah. Semah anak bongsu, tgh pregnant waktu ni. Baru je jumpa die kat perak, sure lepas tu kelam kabut nak balik ke Melaka pula. Al-Hamdulillah, aku masih ada ibu lagi. Ntah bila pula Allah akan ambil dia, masa tu aku pun tak tahu samada aku telah bersedia atau tidak. Moga2 Allah masih berikan aku masa dan peluang utk buat dia bahagia.. Aminn..

4hb, aku demam. Berjalan tak berhenti2 agaknya. Semua kerja rasa tak kena jer sepjg hari. Aku ingat aku just sakit biasa2 ajer, rupenyer mmg betul2 demam. Patutlah rasa bdn sengal2 and asyik nak tidur jer. Mak ngan abah pulak dah balik kampung sampai 16hb nanti. Hai, manja betul anak die seorang ni. Dlm pd tu masih buat apa2 yg patut kat rumah tu, maklumlah duduk ngan adik bujang 3 org.. susah sket. Kalau adik perempuan senang kite nak minta tolong. Adik2 lelaki ni, kalau die dah boleh tolong basuh pinggan yg digunakan sendiri tu dah cukup baik lah.. AL-Hamdulillah, hari ni dah boleh bekerja semula.

By the way, nak tanya sket la pada akak2, abang2 atau bakal parents atau parents sendiri.. Kalau ade ape2 tips utk lembutkan hati adik2 lelaki supaya senang nak dgr ckp? Susah juga nak jaga adik2 lelaki yg tgh membesar ni kan... wokieh, i'll get back to you later.. nak siapkan typing ni pun dekat 3 jam.. bye all..

No comments: