Beberapa kali cubaan untuk mengupdatekan blog tidak berjaya. Harap2 kali ini akan berjaya. Ok, nampaknyer ade org yg dah berjaya nak dibelanja minum the tarik sbb berjaya pecahkan rekod sampai 1700++. Eheh no problem, kalau sampai kl jgn lupe kasi tau..
Aku takde idea yg cukup byk utk berceloteh lately due to time constraints utk mengadap mende lain and i don;t get the feeling to update the blog frequently anymore... ape2 pun aku cuba jugaklah utk beristiqamah sbb aku takmo ade sesuatu yg tidak digunakan, in the end membazirkan usaha2 yg pernah dibuat sebelum ni..
Anyway, sempena dengan re-organization of Telekom Malaysia, i received my transfer letter already. Will be transferred to a new unit, new bosses but still in the same division. So this time i think aku nak berlatih balik skill yg lama ditinggalkan-mengulas keadaan ekonomi.. ntahler, mampu ke tidak tak tahula.. cuma ini jangkaan seorg pemerhati amatur.. mungkin sangat2 meleset, mungkin kebetulan terbetul.. Mungkin agak sedikit berbeza dr laporan semasa.. apa2 pun, i am not into any politic motives. Ini hanyalah pendapat peribadi keh. Kalau nak lebih tepat boleh buat rujukan kat http://www.bnm.gov.my, laman rasmi bank negara malaysia.
Well, i guess if you could see currently harga saham Telekom & TNB meningkat. So keadaan pasaran nampaknye masih stabil. But, adekah perkara ni menunjukkan keadaan sebenar Malaysia? I am not sure about that as well.. Kalau ikutkan statistic, berlaku peningkatan dlm keseluruhan export negara, but kadar hutang luar negara juga meningkat.. Kadar pengeluaran kasar negara juga meningkat, kadar unemployed masih di bawah paras 5%. Kalau ikutkan unemployement rate ni, kire malaysia dah setanding negara maju.. jadi mari kite lihat dgn lebih mendalam..
Index Pengeluar meningkat, which means adenya peningkatan cost pengeluaran. This will also increase the price of materials in the service.. So, harga barang naik.. While at the same time, the index pengguna menunjukkan pengurangan, which indicates that kemampuan rakyat utk membeli menurun.. So, org akan kurang membeli.. Barang ada, tapi org tak boleh beli.. Utk membuatkan org ramai lebih mempunyai wang, kerajaan kena buat sesuatu. Oleh itu, jalan termudah ialah turunkan kadar % penyimpanan di KWSP. Sbb itu juga rasanyer interest rate di bank menurun, sbb nak suruh ramai org meminjam.. Kalau ikut teori belajar dulu, lebih baik pinjam duit dr bank dan belanjakan drpd simpan.. hehe ni teori je ler, kalau boleh ikut mmg best laaa..
Tapi dr segi realiti hidup plak aku dgr byk rumah tak boleh dijual, byk org masih takde keje, byk org susah lagi etc etc.. Masa yg sama, kos kehidupan makin meningkat, everything you have to pay.. jenayah meningkat, ketakutan meningkat, kebebasan terikat.. pembangunan tak seimbang. harga yg perlu dibayar utk pembangunan kadang2 terlalu besar.. tapi itu kan realiti.. aaa penat plak aku nak berfikir.. apa2 pun aku ade sedikit cadangan yg mungkin tak best pun atau dah difikirkan pun oleh mereka2 yg berkuasa.. Apa kate utk menangani perkara2 ekonomi dan sosial sekarang kite buat gini:
1) Mengkaji keseluruhan silibus pendidikan negara dan silibus bakal pendidik negara supaya sifat dan sikap generasi muda ialah suka dengan ilmu dan pelajaran. SIlibus juga perlu meliputi keseluruhan nilai2 agama/moral, ethic, dan ketepatan data. Tidak memberikan pandangan yg berbelit2, fakta tidak jelas ataupun fakta yg diputarbelit. Termasuklah silibus2 utk program khidmat negara. Kalau Malaysia kate nak maju tidak ikut acuan barat, silibus pun kenalah fokus bukan kepada cerite2 ttg kehebatan barat semata2 kan.. Tapi sekarang ni, cuba bukak buku sejarah dunia.. Cerite sapa yg banyak..?
2) Meningkatkan kadar pembayaran Income Tax (heh aku suke betul bab ni) utk sara diri seorg dr RM600.00 sebulan ke RM800.00 sebulan. Alasan, org yg keje kl ni mana boleh hidup dengan RM600.00 sebulan... Begitu juga utk kadar pembayaran gaji terendah ialah RM800.00 sebulan di Kuala Lumpur..
3) Membuat usahasama dengan syarikat2 luar negara yg beroperasi di Malaysia dengan syarat... let say kena hirer at least 40-60% rakyat malaysia dicampurkan dengan pelbagai kaum + usia (bukan limited to certain kaum & usia yg berpengalaman sahaja), serta hirer juga young2 graduates utk memberi mereka pengalaman berkeja..
SOalan yg terakhir sebenarnyer ni.. kepada semua.. Apa agama rasmi Malaysia yg sebenarnyer ek? Islam? Anda pasti ke? hehe jawabler sendiri.. aku dah cukup penat berfikir hari ini.. wasalam..
No comments:
Post a Comment