Back to the blog.. I thought I would like to spend the long Friday break to update my blog. It turned out to be a break for games. Dah bosan sebenarnyer dgn digital games ni, tapi macam ade satu kuasa yg membuatkan kite nak terus main dan main dan main ek.. hehe By the way, a friend of mine forwarded a link to this game.. Sesapa rasa nak lawan boleh je, beat my point: distance 1367 .. If you can beat me, maybe bolehlah kite keluar minum. I belanja u minum teh tarik kat kedai mamak.. ehhe so here’s the link:
http://www.hurtwood.demon.co.uk/Fun/copter.swf
Few days back, I read an article about Qadaniah/Ahmadiah.. He was actually started with good intention, but end up as pengakhiran yg buruk.. Sebahagian manusia ada yg diberikan kelebihan di atas sebahagian yg lain.. Bila ianya berkaitan dengan sesuatu yg ghaib/tidak kelihatan/intangible, maka kalau tidak berhati2, iman tak kukuh mungkin diri sendiri yg akan musnah atau sesat. Kerana dlm dunia seperti itu, kdg2 kelihatannya seperti ilusi, seperti bayang, angin yg bertiup ..penuh muslihat, terlalu mudah utk memerangkap mereka yg bersifat manusiawi yg sudah biasa hidup di dunia ‘kasar’. Itulah yg aku belajar selama ini. Maybe this guy was given a gift from Allah SWT to see something that other human cannot see. Cumanya, kadang2 bila dah mendapat anguerah, ada org lupe diri. Bila disanjung, mereka tak ingat Allah SWT, Rabb yg menjadikan segalanya dengan hanya berkata, Kun Faya Kun. Lantas, syaitan dan iblis pasti dtg menggoda menunjukkan dunia yg cukup indah. Afraid if suddenly one day I was given this gift from Allah but later on tersilap arah, tersilap memilih org kepercayaan.. Moga2 aku bukan dlm kalangan manusia2 yg menzalimi diri sendiri –rugi dunia akhirat. Ah, sedangkan dunia dan isinya yg ada sekarang ni pun kdg2 aku tak mampu utk bertahan, apa lagi pula dengan ‘dunia’ yg satu lagi… Nauzubillahi minzalik..
Semalam dpt berita kak syiqin dan abg faizal selamat menimang cahayamata pertama, baby boy.. Al-Hamdulillah. Seorg lagi lahir di dunia. Melihat perwatakan Kak Qin dan Abg Faizal, serta family mereka…tentu baby boy ini akan diberi pendidikan yg baik. Sedikit cemburu melihat mereka punya kemampuan terutamanya dr segi ilmu dunia akhirat utk didik anak2 mereka.. Insya-Allah, menjadi org yg berguna kepada agama dan ibu bapa dia..
In the end, kite pernah kecoh pasal roti Gardenia hari tu sekejap kan.. Well, someone forwarded to me this email/letter from the management of Gardenia. For further information and clarification, you may contact the respective personal. For me, insya-Allah I still believe that we can eat the products. Lepas ni bolehlah kite makan roti gardenia balik.. yer! J
Wasalam.
=========
SURAT LAYANG MENGENAI ROTI GARDENIA
Tuan -Tuan / Puan - Puan yang dimuliakan
SURAT LAYANG MENGENAI GARDENIA
Assalamualaikum w.b.k.t.
Kami menyedari bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab telah atau sedang mengedarkan surat layang bertujuan mengajak pengguna-pengguna Islam agar tidak membeli produk kami. Surat-surat tersebut turut dihantar kepada masjid-masjid di seluruh Semenanjung. Kes-kes di mana surat layang tersebut difax kepada pekedai dan peniaga Islam juga telah mula dikesan. Yang terbaru, ianya disampaikan melalui e- mel. Bagaimanapun, sekiranya pihak Tuan belum atau tidak menerimanya sama sekali, surat kami ini sekurang-kurangnya dapat memberi maklumat- maklumat penting berkenaan perniagaan syarikat kami.
Sekiranya pihak Tuan memang telah menerima surat laying tersebut, kerjasama pihak tuan amat dihargai dalam memberi kami kesempatan dan ruang bagi membuat penjelasan terhadap kekeliruan yang mungkin telah ditimbulkannya.
Memetik dari artikel yang sudah agak lama diterbitkan dalam akhbar perniagaan berbahasa Inggeris di Singapura, The Edge, penulis dalam surat layangnya telah membuat terjemahan yang salah lagi mengelirukan pembaca bagi menimbulkan persepsi yang buruk terhadap perniagaan syarikat kami di Semenanjung Malaysia ini.
Sehubungan itu, kami dengan ini menegaskan bahawa syarikat Gardenia di Semenanjung Malaysia iaitu Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (selepas ini disebut `GBKL'), adalah bebas dan berdikari dari segi operasi dan kewangannya daripada syarikat-syarikat Gardenia atau syarikat- syarikat pemegang sebahagian sahamnya di Singapura atau di tempat- tempat lain.
Kami juga ingin menjelaskan bahawa GBKL:
- Telah beroperasi semenjak 1985. Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) pula semenjak 2001 telah memiliki sebahagian besar saham GBKL selebihnya.
- Mengilang roti dan kek snek semata-mata.
- Diiktiraf sebagai pengeluar produk halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak pensijilan halal mula-mula dikuatkuasakan.
- Diuruskan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan kira-kira 60% dari keseluruhan kakitangannya adalah beragama Islam. Setelah hampir 20 tahun, syarikat ini sudah lama sepenuhnya berdikari (independent) dari segi pembiayaan perniagaan dan pengendalian operasinya.
- Dengan komitmen yang padu terhadap pembuatan produk-produk yang terjamin halal dan bermutu tinggi, pengguna-pengguna berbagai kaum dan lapisan masyarakat telah memberi sokongan yang berterusan terhadap perkembangan dan kemajuan syarikat sehingga ke tahap hari ini.
- Sentiasa memastikan produk-produknya memenuhi ciri-ciri halal dengan:
· pemilihan dan penetapan pembekal secara ketat;
· penggunaan bahan-bahan mentah dan proses pengeluaran yang menepati ciri-ciri yang ditetapkan;
· penghantaran produk-produk dengan kenderaan-kenderaan milik sendiri yang khas menghantar produk-produk sendiri sahaja;
· mempastikan tiada makanan dari luar dibawa masuk ke kilang dengan menyediakan makanan percuma kepada kakitangan.
- Kami juga mempunyai Jawatankuasa Halal dalaman yang terdiri dari kakitangan-kakitangan Islam yang kanan seperti berikut:
Nama : Rosli Mohd Nor
Jawatan :Pengawal Sumber Manusia & Hal Ehwal Am (Controller - HR&GA)
No. Telefon :012-3820122
Nama :Hazlinah Harun
Jawatan: Pengurus Pemasaran (Marketing Manager)
No. Telefon :012-3255583
Nama : Azmy Roslin
Jawatan :Pengurus Jaminan Mutu (QA Manager)
No. Telefon :012-2688681
Dalam waktu pejabat mereka juga boleh dihubungi di No. telefon 03- 55423228 dan No. fax 03-55423213.
- Mengamalkan dasar pintu terbuka dengan membenarkan pelawat-pelawat berkumpulan masuk dan melihat lebih dekat proses pengeluaran roti di kilang kami. Kami mengambil kesempatan ini menjemput tuan-tuan AJK dan pegawai masjid, JKKK, guru-guru dan murid-murid sekolah, persatuan kaum ibu atau persatuan belia setempat dan sebagainya untuk datang melawat dan sama-sama melihat sendiri operasi pengilangan roti kami. Untuk tujuan tersebut sila hubungi Cik Hazlinah Harun, Pengurus Pemasaran kami seperti di atas.
Isu dan penyebaran surat layang tersebut sebenarnya telah kami rujuk sendiri kepada ibu pejabat JAKIM di Putrajaya kerana selain ianya mengelirukan pengguna-pengguna Islam, penulisan dan penyebaran surat layang merupakan perbuatan keji yang dilarang oleh agama. Kami telah membuat surat penjelasan bertarikh 28 April 2004 dan berjumpa dengan pegawai-pegawai kanannya pada 29 April 2004. Pihak JAKIM sendiri tidak mempunyai sebarang keraguan atas pensijilan halal kami yang berada di bawah bidang kuasa mereka.
Pihak kami juga telah merujukkan isu ini kepada Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia kerana isu ini menyentuh pengguna-pengguna Islam secara khusus.
Adalah diharapkan melalui surat kami ini, sebarang kekeliruan yang mungkin ditimbulkan oleh surat layang berkenaan dapat diperbetulkan. Diharapkan juga sebarang keraguan yang ditimbulkan oleh surat tersebut terhadap syarikat kami dapat dihindari dengan pertimbangan rasional dan kebijaksanaan semua pihak. Penerangan dari pihak Tuan kepada pihak-pihak lain dalam isu ini amat dihargai dalam menangani usaha yang jelas merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap kami.
Jazakallah.
Yang benar
GARDENIA BAKERIES (KL) SDN BHD
AZMY ROSLIN
PENGURUS JAMINAN MUTU
No comments:
Post a Comment