Makin lama aku tgk makin blog aku ni terbiat sepi.. Hai, sedih plak ler gitu kan.. Bukan niat di hati, tapi takkanlah nak cerita merapu ajer ttg personal life kat sini when all the time this is supposed to be 'something' to the readers isn't it.. Furthermore, I have talked about myself so much ..
Ok..rahimi is getting married this weekend. So does pepsiti/azrin.. Tak lama lagi, makin bertambah org akan kawin. Esp. time cuti sekolah ni. Hmm, tekanan semakin hebat terasa. Tapi tak mengapalah, jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Biarlah Dia juga yg tentukan, sbb Dia pun tahu aku bukan org yg boleh meneruskan sesuatu utk menjadi milik aku kalau aku dah tak suka..
Al-Hamdulillah, lately kerja tak terlalu membebankan. Maybe I was said to be floated a while (post maybe ade, tapi tak confirm lagi.. Thus i can't feel excited too, because thou the post for me might be there but the responsibilities are a lot as well)..
By the way, I found out this article is quite interesting.. Ttg adab2 menerima tetamu. Tapi, kite rasa kalau ajak tetamu mesti sampai 3 kali. Sbb mana tahu the first 2 tu sebenarnyer diorang malu2 ajer. Kalau dah 3 kali masih menolak, usually saya tak pakse dah:).
Ok selamat membaca!!
===================
Desak tetamu makan tergolong perbuatan tercela
APABILA seseorang berziarah, mereka wajib melakukan empat perkara iaitu duduk di tempat yang ditentukan, rela dengan makanan yang disajikan, tidak berdiri kecuali selepas diizinkan dan mendoakan tuan rumah di waktu keluar.
Nabi Muhammad pernah bersabda mengenai kebaikan tuan rumah yang melayan tetamu dengan baik dalam hadis yang bermaksud: “Orang yang berpuasa berbuka di tempat kamu, orang soleh memakan makanan kamu dan malaikat mendoakan kalian serta turun rahmat kepada kalian.”
Namun, tetamu juga ada adab yang perlu diikuti ketika berziarah. Antaranya,
tidak boleh meminta sesuatu yang disukainya kepada tuan rumah kecuali garam dan air.
Mereka tidak boleh mencela makanan tuan rumah tetapi makan makanan yang
diberikan itu dan mengucapkan Alhamdulillah. Itulah sopan santunnya.
Pepatah mengatakan bahawa tetamu tidak boleh makan semua yang disukainya dan meminta yang dihidangkan kepadanya.
Jika di dalam satu jamuan ada orang yang lebih tua umurnya maka jangan
mendahuluinya. Dikatakan bahawa baris depan adalah untuk pemuda dan ia dimulai dengan orang yang tertua.
Diceritakan bahawa seorang bijak pernah diundang makan. Beliau berkata: “Saya setuju memenuhi undangan kamu dengan tiga syarat, pertama jangan memaksa diri, kedua jangan khianat dan ketiga jangan berbuat zalim.”
Orang yang mengundang bertanya: “Apa maksudnya memaksa diri?”
Jawab orang bijak itu: “Jika kamu memaksakan apa yang tidak ada pada kamu.”
Tanya beliau lagi: “Apa yang dimaksudkan dengan khianat?”
Jelasnya: “Jika kamu kikir dengan apa yang ada pada kamu hingga tidak kamu
hidangkan kepada tamu kamu itu.”
Tanya lagi orang yang mengundang: “Apa yang dimaksudkan dengan kezaliman?”
Jawabnya: “Jika kamu tidak memberi anak-anakmu, tetapi kamu berikan kepada
tetamu kamu.”
Orang bijak itu berkata: “Jika kamu mengundang orang untuk makan sedangkan jumlah mereka sedikit, maka jika kamu duduk bersama mereka, tidak mengapa sekiranya engkau melayan mereka. Ini kerana layananmu dalam jamuan itu terhadap mereka termasuk harga diri.
“Namun, jika mereka ramai jumlahnya, maka jangan duduk bersama dan layani mereka sendirian. Ini sebab menghormati tetamu itu adalah apabila kamu melayaninya sendirian.”
Turut disebutkan dalam firman Allah di dalam al-Quran mengenai tetamu Nabi
Ibrahim yang dimuliakan.
Menghormati mereka adalah dengan melayani mereka sendiri. Tuan rumah dianjurkan untuk mengatakan sekali-kali kepada tetamunya, ‘makanlah’ tanpa mendesak.
Jika kamu katakan demikian kepada tetamu, makannya akan lebih nyaman dan jangan mendesaknya kerana perbuatan itu tercela.
Jangan banyak berdiam diri di hadapan tetamu supaya mereka tidak gelisah dan
jangan meninggalkan mereka kerana perbuatan itu tidak sopan.
Jangan memarahi pelayan di hadapan tetamu kerana sebaik-baik penghormatan
untuknya adalah wajah yang berseri-seri dan perkataan yang bagus.
Jangan memberatkan tetamu ketika duduk bersama mereka kerana hal itu mengurangi nikmat makanan. Apabila mereka selesai dan minta izin, jangan dicegah kerana hal itu termasuk yang memberatkan mereka.
Muhammad bin Sirin berkata: “Janganlah memuliakan saudaramu dengan apa yang tidak disukainya.”
Diceritakan bahawa seorang bijak menjadi tetamu kepada seorang lelaki. Orang
bijak itu berkata: “Aku penuhi undangan kamu dengan tiga syarat iaitu jangan
memberi aku makanan beracun, jangan dudukkan bersama aku orang yang paling kamu cintai dan orang yang paling aku benci dan jangan mengurung aku di dalam penjara.
Orang yang mengundang itu menjawab: “Ya.”
Ketika orang bijak itu masuk, tuan rumah itu mendudukkan seorang anak kecil
bersamanya. Tatkala dihidangkan makanan kepadanya dan selesai makan, tetamu itu terus didesak supaya makan dan tidak mahu keluar.
Dia berkata: “Tinggallah sesaat!” Orang bijak itu berkata: “Engkau melanggar
semua syarat itu.”
Apabila sebahagian daripada orang hadir dan yang lain terlambat, maka yang hadir lebih berhak untuk didahulukan. Tuan rumah hendaknya tidak menghidangkan makanan sampai ia menghidangkan air supaya mereka mencuci tangan mereka kerana hal itu termasuk harga diri.
Jika ia ingin menghidangkan air untuk cuci tangan sebelum makan, kiasnya ialah
mulai dengan orang yang ada di akhir majlis dan menunda yang di depan, sedangkan kebajikan itu wujud pada akhir majlis.
Namun, orang lebih suka mendahulukan pemuka majlis sebelum makanan dan
menganggapnya termasuk kebajikan. Jika ia melakukan itu, maka tidak ada masalah dengannya.
Apabila mereka cuci tangan sebelum mereka makan, kiasnya adalah si pencuci tidak mengusap kedua tangannya dengan sapu tangan kerana ia membasuh kedua tangannya untuk menghindari sentuhan, sedangkan ia tidak menyentuh sesudah mencucinya.
Namun, orang lebih suka mengusap tangan dengan sapu tangan. Jika ia lakukan itu, maka tidak ada masalah dengannya.
Apabila mereka ingin membasuh tangan mereka sesudah makan, sebahagian ulama tidak suka mengosongkan bejana setiap kali. Mereka berpegangan pada khabar yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad dalam satu hadis yang bermaksud: “Penuhilah bejana dan jangan meniru kaum Majusi.”
Dalam riwayat lain disebutkan: “Kumpulkan air wuduk kamu, semoga Allah
menyatukan kalian.”
Ada yang mengatakan bahawa menuangkan isi bejana setiap kali mencuci tangan termasuk perbuatan kaum Ajam (Parsi dan Romawi). Sebahagian ulama mengatakan tidak ada masalah dengannya.
Perbuatan itu termasuk harga diri kerana lemak yang mengalir di dalam bejana
akan mengotori baju tetamu.
Pada zaman dulu, kebanyakan makanan adalah roti dan kurma atau makanan yang mengandungi sedikit lemak.
Sekarang mereka memakan pelbagai jenis makanan dan mengenai tangan mereka. Maka tidak mengapa apabila menuangkan bejana setiap kali mencuci tangan.
Makruh memandang makanan orang lain kerana hal itu menunjukkan perilaku yang buruk. Tamu tidak patut banyak menoleh ke tempat dari mana makanan itu didatangkan kerana hal itu makruh menurut ulama.
=====
No comments:
Post a Comment