Kisahnya..
Orang kata kadang2 kita merancang, tetapi sebaliknya yang berlaku. Seharusnya saya menjemput dengan lebih awal, niat di hati juga ingin sendiri menjemput. Mungkin kerana cerita kami ini sendiri adalah kes2 tersembunyi, ramai yang terkejut dan menahan utk bertanya cerita kami.
Luang waktu saya sering kali sedikit terlari. Di saat2 akhir ramai yang tidak sempat berjemput. Walaubagaiamanapun kalau ada kawan2 yang membaca blog ini, tapi tidak sempat mendapat jemputan saya atau ada mengenali kawan2 yang tidak sempat saya berjumpa.. Maaf dipinta..
Untuk itu, dengan seikhlas hati saya ingin menjemput ke majlis perkahwinan saya pada 3hb Januari 2009, di Dewan Sekolah Menengah Sri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka. Bermula dari 11.30 pagi - 4.00 ptg. Kalau datang selepas itu, boleh sahaja ke rumah keluarga berdekatan dewan itu.
Silalah datang kalau berkesempatan hadir ke Majlis saya..
Utk peta, boleh rujuk di sini.. http://jemputankami.blogspot.com
Salam hormat buat semua.
A journal about life from personal perspectives, ideas and dimensions with hope to share and exchange knowledge. Agree and disagree are parts of life, hence a proper attitude is always welcome here.
Wednesday, December 31, 2008
Sunday, December 28, 2008
Kasih Seluas Semesta 4
p/s: ada ke org baca pjg2 ni? he he he
”Dalam dunia ini adakah orang yang punya kasih sayang macam itu akak?”, soalan saya kelihatannya sangat lurus, naif sedikit. Ahh.. adik yang baru menginjak umur belasan tahun.
”Ada.. Kasihnya juga seluas semesta. Tidak terjangkau masa kasihnya itu”, kata Kakak.
Wah, hati saya sudah melonjak. Siapakah itu?
”Dia pun sayangkan saya jugakah akak?”, soal saya lagi.
”Tentu sekali”, jawab Kakak.
”Oh siapa dia? Saya pernah jumpa dia ke akak?”, bertalu-talu soalan keluar dari mulut saya.
Kakak sudah tersenyum. ”Tidak, belum pernah lagi. Dia pun belum pernah bertemu adik lagi”.
Hairan sungguh saya. Siapakah ini yang kasihnya seluas semesta, namun belum pernah bersua muka.
Kakak menyambung, ” Manusia sering kali berkasih pada sesuatu yang seluas perasaan mereka sahaja. Jadinya kasih itu terbatas untuk satu dimensi dan waktu tertentu. Kadang-kadang kasih itu bersukat pula dengan waktu, bila habis waktu kasih pun hilang atau beralih arah”.
Saya dengar. Walaupun sukar sedikit difahami kali ini, saya sudah berfikir Kakak mungkin sebenarnya ahli falsafah yang duduk di ceruk kampung. Mungkin Kakak ini seorang penulis, atau Kakak sangat suka membaca lantas menceduk ilmu-ilmu dari buku-buku yang dibacanya.
”Saya selalu bagi ayam-ayam nenek makan. Lama-lama saya sayang ayam-ayam nenek itu. Hari itu, nenek ambil beberapa ekor ayam disembelih untuk masak. Saya rasa sedih sangat. Mula-mula saya tak nak makan tapi sebab lapar saya makan juga ayam itu”, cerita saya pada Kakak.
Kakak hanya tergelak mendengar cerita saya.
Kakak bercerita pula. ”Manusia ini apabila sayang, mereka sering mahukan apa yang mereka sayang menjadi milik mutlak mereka. Mereka kata mereka bukakan hati untuk apa yang mereka sayang itu. Tapi hakikatnya mereka mahukan apa yang disayang mengikut kata hati mereka. Apabila yang disayang itu tidak mengikut seperti kemahuan atau kehendak mereka, mereka jadi kecewa lantas hati menderita dan sakit. Mereka jadi marah dan benci pada kesayangan mereka”.
Terlintas di fikiran saya, Kakak putus kasihkah? Tiba-tiba berbicara soal hati pula dengan saya.

Saturday, December 27, 2008
Kasih Seluas Semesta 3
p/s: Langit ke-7 di sini kebetulan sahaja ok..
Ah..soalan retorik lagi kah? Saya berfikir. Hempas pulas memerah minda. Gadis muda seperti ini, tidak banyak boleh dikatakan.
Imaginasi saya sudah mula berputar. Bermula tentang sungai dan laut. Betapa dalamnya dasar laut itu, saya membayangkan jaraknya sampai ke gunung paling tinggi, lalu ke atas menuju langit sejauh mata memandang.
Kemudian melihat bendang yang luas, hutan yang menghijau, ladang bunga yang berwarna-warni dan padang ragut hijau yang luas. Membayangkan pula saya berputar-putar di tengah-tengah padang pasir yang kelihatan bagaikan lembaran kain sutera yang besar. Luasnya alam tidak terkata.
Minda saya menerawang lagi. Pergi ke bulan, bintang, lantas menerokai angkasaraya dengan galaksi-galaksi, planet-planet dan matahari besar bersinar. Saya cuba menjelajah alam gelap yang cukup luas itu. Sudah berapa tingkat langitkah ini? Fikir saya. Jauh sungguh ingin sampai ke langit ke-tujuh.
”Adik, sudah sampai ke mana?”, Kakak bertanya. Tersenyum. Mungkin Kakak sudah tahu saya sudah sampai ke langit tingkat yang entah berapa.
Saya juga senyum. Tersimpul.
”Jauhnya jarak kalau kita ingin mencari Tuhan ya akak”, giliran saya bertanya. ”Macamana kita nak tahu kalau Tuhan itu dengar atau nampak kita, akak?” Soal saya lagi.
Kakak menarik nafas. Memandang langit. Matanya tidak berkedip, seolah-olah sedang berbicara pada langit.
Kakak memandang wajah saya. ”Pernah tak adik fikir sesuatu di dalam hati, dan kemudian dengan sungguh-sungguh berdoa supaya Tuhan memberikannya kepada adik. Tiba-tiba adik mendapatnya?”. Saya cuba berfikir, minggu lalu saya sangat teringin makan sambal udang yang besar. Tetapi tidak sampai hati memberitahu kepada nenek, tidak mahu orang tua itu susah-payah mencarinya. Saya simpan senyap-senyap. Petang itu, nenek pulang dari pasar membeli udang besar. Kata nenek, dia tiba-tiba terasa hendak ke pasar dan melihat udang yang baru dinaikkan tergerak hatinya ingin membeli. Dalam hati saya sempat berkata ”terima kasih Tuhan”.
”Tuhan memberitahu kepada kita, jarak antara Dia dan kita sangat dekat. Sehinggakan lebih dekat dari apa yang kita sangkakan. Dia sentiasa bersama kita selagi mana kita mengingatiNya. Itu semua kerana kasihNya pada kita sebagai hambaNya. Kerana kasih itu, Dia memberikan kita seluruh alam ini sebagai tanda penghargaan terhadap apa yang dikasihiNya, juga supaya yang dikasihiNya itu melihat tanda kewujudan Dia pula”.
Saya cuba menghubung-kaitkan kata-kata Kakak dan hidup saya. Mungkin apabila emak memeluk saya dan menyapu kepala saya, saya terasa kasihnya emak. Juga apabila emak memberitahu dia sayangkan saya, dan memberi sesuatu yang istimewa untuk saya, saya terasa sayangnya emak pada saya. Tentu juga saya sangat suka setiap kali berbual dengan emak dan dia mendengar apa yang saya katakan, saya terasa sangat dihargai.

Kasih Seluas Semesta 2
~~Sambungan dari cerita terdahulu~~
p/s: Penggali Kubur, kisah ini tiada kena mengena cerita sensasi tahun 2008 ok :p
Ah..soalan retorik lagi kah?

Terkejut saya mendengar kata itu tiba-tiba. Saya berhenti menghayun kaki, lantas menoleh.
”Kenapa akak cakap macam tu?”, Soal saya.
”Dalam alQuran kan ada memberitahu tentang bukti-bukti kewujudan Tuhan pada alam kita ini. Siang dan malam yang silih berganti, bintang, bulan dan matahari yang timbul dan tenggelam, tentang angin, hujan dan kilat yang membawa berita gembira dan bimbang...”, terang Kakak.
Saya diam. Teringat pada buku tafsir alQuran yang jarang-jarang diselak itu. Teringat juga pada Tok Ayah, orang tua di kampung kami yang juga menjadi imam surau tua itu dan mengajar kami anak-anak kecil mengaji setiap hari selepas maghrib. Beberapa hari lepas saya sudah beralih mengaji ke Surah Al-An’aam. Tok Ayah bercerita sedikit. Katanya Surah ini bererti Surah Binatang Ternakan. Dalam Surah ini banyak bercerita tentang kekuasaaan Allah melalui penciptaan-penciptaanNya. Saya diam sahaja, mengangguk-angguk apabila Tok Ayah berpesan, ”Nanti rajin-rajin baca maksud dalam Surah ini ya”.
”Jadinya...”, sambung Kakak, ”Bila kita membaca tentang kerajaan bumi dan langit Tuhan itu jaraknya sangat jauh entah berjuta-juta tahun perjalanan. Tentulah dalam keadaan fikiran manusia biasa Tuhan itu sangat jauh, kan?”

..bersambung...
Tuesday, December 23, 2008
Kasih Seluas Semesta 1
* Prelude *
Dah lama sebenarnya cerita ini terperam. Ingat nak share juga cerita pendek ni. Tak tahu la boleh faham ke tidak maksudnya, tapi ada la beberapa org yg komen (terima kasih) lebih baik (1) kalau 'elaborate' lebih sikit mungkin senang lagi nak faham, (2) kalau tulis buku boleh cerita panjang and boleh kupas lagi byk, (3) oklah..bolehlah..
Cerita ni biasa aje.. Takde la menarik sgt.. Nak komen jgn ler dalam2 sgt.. ok? saya budak baru belajar.. belum lagi bersedia utk dibelasah habis2an sbb cerita ini cuma suka2 personally tulis.. Rasa part last tu patut improve lagi...tapi tak sempat laaa ni..aisheh. *alasan lagi*
Apa2 pun terima kasih la buat yang memberi ilham.. Sbb dia asyik tak faham aje apa saya ckp, terfikir mungkin lebih faham kalau buat dlm bentuk cerita.. :p
Selamat membaca! (dan komen la sikit2 kalau baik hati ;) *wink* )
* Episod 1*
Kami duduk di situ, di atas jambatan kayu panjang merentasi bendang terbiar. Berlunjur kaki menghadap sungai kecil yang mengalir di tengah sawah bendang. Sudah lama orang di sini tidak menanam padi lagi, sawah itu sudah jadi tempat anak-anak bermain sahaja. Kadang-kadang Nek Yom yang punya banyak lembu dan kerbau itu melepaskan lembu dan kerbaunya berkubang di tepi sawah itu. Seringnya kami berkumpulan duduk di tengah-tengah jambatan memancing ikan dengan umpan cacing dan joran kayu-kayu mati. Seperti selalunya, ’kerjaya’ kami sekadar seronok kanak-kanak kerana pulangannya yang kadang-kadang tersangkut ikan puyu itu bagaikan menang anugerah antarabangsa.
Langit petang itu redup sekali. Nyaman. Mata saya sesekali mengerling kiri dan kanan kalau-kalau ada adik-adik yang menghendap perlahan-lahan di belakang. Mereka memang suka begitu. Mengejutkan orang dari belakang, kadang-kadang menolak jatuh ke dalam bendang yang sedikit berlopak.
Dalam diam, saya tercari-cari bicara apa perlu diisi antara kami. Gadis menginjak usia belasan tahun, apalah yang mampu difikir untuk bercerita. Usia kami agak jauh berbeza. Entah apa mimpi dia mengajak saya berjalan-jalan di petang hari ini.
”Tuhan itu di mana?”

Thursday, December 11, 2008
Thursday, December 04, 2008
Benarkah begitu
Selected World Oil Price (US$/barrel)
Entah la..saya pun tak pasti kenapa tiba2 sibuk menganalisa perkara2 sebegini.. Mungkin sebab statistik dan data tidak pernah menipu, jadinya apabila perkataan2 itu tak serupa seperti 'rupa parasnya', dengan mekap warna yang pelik2, saya jadi semakin keliru. Dan untuk meluruskan kekeliruan saya (juga kerana minat pada nombor dan graf), saya cuba berkongsi pula apakah teori ini betul..terpakai..dan ternyata benar.
Oh ya..sejak beberapa minggu yang lalu saya memantau harga minyak dunia hampir setiap hari..
Berdasarkan 2 postings saya yang terdahulu, saya kira kesimpulan yang saya perolehi ialah:
1. Sekiranya tanya subsidi 30sen seliter, harga minyak mentah yang sudah diproses pada 30% operational cost, kita sudah sepatutnya menikmati harga RM1.50/seliter.
2. Maka kalau kerajaan masih berpegang pada janji untuk mengekal subsidi pada 30sen, harga minyak sepatutnya pada RM1.20 seliter.
3. Rakyat Malaysia telah membayar lebih sekurang-kurangnya 50sen bagi setiap liter minyak petrol.
4. Tanpa subsidi untuk minyak 30sen seliter, kerajaan telahpun menjimatkan duit subsidi sekurangnya sebanyak RM212 juta seminggu (kira la sendiri dr assumption Mari Belajar Kira2 ya!)..
5. Kalau sudah 2 bulan, bererti penjimatan total sekurang2nya RM1.7billion.
6. Tidak ditambah dengan harga tambahan 50sen - 60sen yang terlebih bayar, tak mungkin semuanya diambil pengusaha minyak kan...
Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku?
Mungkinkah kerana ini?
Source: Bank Negara website; dated: 04-12-08
Jika dilihat betul2, sejak beberapa bulan ini perbelanjaan kerajaan pusat melebihi pendapatan, kecuali pada bulan 10.
Jadinya..tak salahlah kalau ada yang bertanya ke mana perginya semua itu..
Dan juga tidaklah mustahil jika orang berkata kita masih susah di negeri sendiri.
Sekarang bukan lagi isu "Jangan fikir apa yang
tapi..
"Jangan fikir apa yang rakyat boleh beri kepada kita (baca: kerajaan), tapi apa yang kita (baca: kerajaan) boleh beri kepada rakyat"
Entahlah.. saya masih lagi berfikir, bukankah doa orang yg teraniaya dan dizalimi itu sgt makbul dan kita ini semua sebenarnya sudah dizalimi pemerintah jikalau begini....
Subscribe to:
Posts (Atom)