Thursday, June 02, 2005

Program Cuti Sekolah di Masjid KLCC

Salam buat semua.
A short advertisement utk semua regarding program yg dianjurkan Masjid Al-Syakirin KLCC utk adik2 berumur 7-12 tahun yang sedang cuti sekolah. Forwarded email by a friend. Bolehlah diwarwakan pada sesiapa yg berminat. Wasalam.

===
Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah SWT.

Dimaklumkan di sini, Insya'Allah, Masjid Asy-Syakirin, KLCC, akan menganjurkan 2 Modul Program Remaja Sempena Cuti Persekolahan kali ini.

Maklumat Program Adalah seperti berikut:

Program 1 : Klinik Hafazan Al-Quran
Pimpinan Ustaz Ahmad Shazili Abdullah (Imam Besar Masjid Asy-Syakirin, KLCC).

Pengisian : Hafazan surah-surah juz 30 dan perbetulkan pembacaan Al-Quran Remaja.

Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh : 6 - 10 Jun 2005. (Jam 830 pagi - 430 petang) - Konsep Nursery.

Peserta : Berumur 7 - 12 tahun.
Yuran penyertaan sebanyak RM 50.00 seorang.

Kos ini adalah untuk menampung kos makan/minum remaja sebanyak 3 kali sehari.


Program 2 : Bengkel Smart Learning Smart Solat.
Pimpinan : Ustaz Riduan Mohd Noor dan Ustaz Nazri Chik.

Pengisian : Motivasi ke arah kesedaran remaja akan perancangan masa, kaedah pembelajaran dan tanggungjawab mendirikan solat.

Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh : 11 Jun 2005 - Sabtu. (Jam 830 pagi - 430 petang).
Peserta : Berumur 12 - 17 tahun.
Tarikh Tutup Pendaftaran : 10 hb Jun 2005.


Yuran penyertaan sebanyak RM 20.00 seorang. Kos ini adalah untuk menampung kos media/makan/minum remaja sehari. Kos Modul ditampung oleh pihak masjid.

Kepada ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka, bolehlah mendaftar melalui e-mail zakarial@klcc.com.my atau sms ke no. handphone 012-3938645 atau faxkan data peserta ke pejabat Masjid Asy-Syakirin - 03-23801293. Yuran penyertaan harap dapat diserahkan kepada pihak urusetia di Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada hari program. Sekiranya berlaku pembatalan penyertaan harap dapat dimaklumkan kepada Urusetia sehari sebelum hari program.

Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua, agar memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai. Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT. Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan kemaafan dipohon. Wassalam.

B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

No comments: