Taiping.. Hujan setiap hari, selalunya di waktu petang..
Di sini lembah, kelilingnya gunung dan bukit.. Memang jauh dari kesibukan kota.. Memang juga bagaikan tak terasa tekanan pergi dan balik dari bekerja.
Sambil menyelam minum air. Sambil datang bekerja, saya ambil kesempatan untuk menikmati apa yg ada di hadapan. Sekejap lagi baru sampai waktu saya ke depan bercakap dan berkongsi apa yang saya ketahui. Harap2 mereka faham, dan saya lancar menunjukkan apa yg patut.
Pengalaman menjadi orang yang berdiri di depan, bercakap, mengajar dan melihat muka-muka mereka yang belajar walaupun untuk seketika banyak membuatkan saya lebih menghargai mereka yang berkongsi ilmu di hadapan – samada cikgu, pensyarah, penceramah, speaker etc.
Kenapa?
Sebab saya sudah rasa betapa penatnya perlu melihat nota pelajaran, menunjukkan apa yang berada di skrin hadapan, bercakap dengan suara yang audien boleh dengari, memerah otak mengingat apa yang telah dipelajari untuk diajarkan dan kemudian berjalan kepada mereka kalau2 ada soalan yang mereka tidak faham dan tidak dapat jawab yang perlu saya tunjukkan di skrin. Dalam pada itu perlu menjeling2 wajah2 audien kalau2 sebenarnya mereka faham, atau tidak.. saya tercepat, atau mereka sudah hilang tumpuan. Perlu menjadi lebih kreatif bagaimana tidak membuatkan mereka tertidur ketika saya mengajar. Perlu fikirkan supaya fokus mereka tertumpu dan semangat mereka tak bercelaru.
3 jam bercakap memang penat. Seharian mengendalikannya buat rasa ‘flat’. Bila di depan memang tak terasa, bila duduk sahaja tetibe rasa nak minta org angkat balik ke bilik… Tapi ada kepuasannya, bila orang faham apa kite cakap, orang suka apa kite ajar, dan orang datang kepada kite di akhir kelas mengucapkan terima kasih. Lebih buat kite senyum, kalau borang ‘evaluation for trainer’ tunjuk kite dapat markah cemerlang. ;)
Untuk itu saya sudah berkata kepada diri, supaya di lain kali lebih memberi perhatian tentang apa yang diperkatakan orang di depan saya. Supaya cuba untuk tidak tertidur, atau terlayang fikiran.. Supaya cuba untuk tidak bercakap byk dengan orang lain, silent-mode kan handphone.. Supaya untuk lebih fokus tentang apa yang cuba disampaikan.. walaupun orang yg di depan saya tak suka, saya tak dapat tangkap ayat2nya, tak handsome, tak cantik, monotonous, atau topiknyer mcm dah berada di episod 4 sebuah cerita dan saya tak pernah tgk pun episod 1-3 cerita itu.. Insha-Allah.
Terima kasih untuk mereka yang pernah mengajar saya, menunjukkan kepada saya, berkongsi ilmu dengan saya..samada cikgu2 saya, pensyarah2 saya, teman2 saya, cikgu2-tak-formal saya dan anda juga pembaca2 yg selalu ke sini, memberi komen2 bernas, berkongsi blog dengan saya.. (Mungkin sebenarnyer saya patut tulis ini 16 Mei yang lalu, tapi takpelah..jasa org yg berkongsi ilmu saya kenang sepanjang hayat.. :) )
BTW, selamat hari lahir untuk mereka2 yang berada di sekeliling saya. Untuk Amiir dan Muhammad, juga untuk sahabat Siti Zurina. Juga untuk mereka2 yang saya mungkin terlupa nama2nya. Moga rahmat Allah SWT selalu untuk kalian.
Ops.. masa saya dah tiba untuk jadi 'cikgu'. Jumpa lagi!
6 comments:
jangan marah bila mana ada yang nakal dan tertidur
barangkali ianya refleks pada kita
yang pernah duduk di kerusi mereka
satu masa dahulu ;)
cayalah ieka dah jadi trainer, boleh practice ler jadi cam Bro Hafiz, Bro Shah
bestnye ayat2 k.ika...boleh tulis novel ni?? so bile lagi mo dating-datingan ngn k.ika ngn abg shah?
mek\sih hip hip hurrY ON BEH\;LF \;MIIIR D\ MUH\;MM\;D
As,
tak marah pun..saya cikgu yg baik :P ahah perasan betul... alaa jgn ckp gitu, baru belajar nak mengajar...belum lagi boleh capai cara Bro Hafiz or Bro Shah tu.. jauh lagi.. :)
Hainey,
Akak buat buku awak nak beli ke? ahhaha ala, setakat tulis sikit2 tu bolehlah.. :) time kasih utk cikgu2 BM saya gitu, and time kasih utk kementerian pendidikan sbb kalau takde subjek BM/Bi kat sek saya takdeler belajar tu bebetul..
jumpa2 tu insha-Allah nanti akak contact ek.. and insha-Allah try to link u back nanti:P
biar jauh
tapi itu jalan yang ditempuh
hehehe, tak lama lagi
Ika,
Syukran :)
Biler mau dating nih? Aku nak pi Sabah Sarawak 26 - 30 june ni, kang tak sempat nak dating karang, nk tgk camner rupa org pakai skirt ngan stokin tebal, mesti cun! :P
Post a Comment