Tuesday, February 22, 2005

In responsd to Aina & Semah posting

I was about to put a comment there when I found out that my comment became so lengthy. Then, I decided to post it here instead. This is a response to Aina’s & Semah’s writing on “Those were the days”..

Semah dear,
You were rite. Repetition in life sometimes is not that excited anymore. Well, suprises (hopes, miracles, prays whateva name u gave it) are what makes the life fun and worth waiting for.

Aina dear,
Rasanya everyone feels like what you feel bila kawan baik berkahwin. :) Aku pun rasa macam tu, kdg2 terfikir ish tak baik plak sbb macam envy atau berperasaan tak baguih utk kwn baik sendiri. But then, teringat pesan Rasulullah SAW bhw tidak sempurna iman sehingga kita mengasihi saudara kita sebagaimana kita mengasihi diri sendiri. Bila sahabat bertanya, bagaimana yg dikatakan mengasihi saudara itu.. Bilamana apa yg kita mahukan utk diri kita, itu juga yg kita mahukan utk dia. Wallahu’alam.

If you feel alone and leftout, i felt (or still feeling? :D) it too. Since my two very best-and-close buddies zmn kanak2 dulu dah settled down (not mentioning that their parents who knew me well did asked me whenever we met with the question: Erma dah kawin dan dapat anak pun, Baytee pun dah kawin. Zulaikha ni bila pula?), and another countless numbersss of friends masa kat MMU yg rapat2 dulu dah happily settled down, plus another once-upon-a-time headache(s) married younger sister– it seems like i don't have friends anymore to hang around. The pressure was so high, until I even announced in my blog whoever ask me the question I am going to *kill* that person.

Luckily, as time passed by I managed to control all the pressure and be on the track again. Hopefully, I did what I said just now. Although I have to admit that I seems to transferring myself into becoming a sensitive someone who can be touched and hurt so easily..duh~~ :P. Sbb tu bila baca tulisan korang, aku terasa cam nak menitiskan airmata. Not that i miss those old days only, but the most of all is that I am missing all of you who have coloured my life with wonderful, unexplainable-by-words experiences, missing all of you so much. :)

But then, still as I told before, there are a lot of surprises in life. You will never knew which chocolates** will be in your hands every time you pull out your hands from the box – and then if only you want to pull it out. The Almighty Lord knows the best for us, ibarat kata Semah once you get married you have to think a lot before make any decision.. and maybe the fact that we are actually cannot think that LOT the reason we are not married anymore:D

My advise is…….. I am not good in advising people but do what you pleased is the best. Still, I myself am waiting for the miracles to happen;)

P/s: Aku ckp kat mak aku, kalau tahun depan aku tak kawin juga aku nak amik anak angkat jer… (and of course after all the arguments given plus the hadeeth plus what Rasulullah SAW did for the orphans were ‘serving into my mother’s plate’ ßI established my own quote: )) ).

After all, I am a psycho-someone juga kan kenkwn.. ahhaha

** Taken from the quote: Life is like a box of chocolate, either it is sweet, bitter, semi-bitter, semi-sweet, white or black choc, you will never knew what you get.

Monday, February 21, 2005

An AIs Catering Corporation


I'm speechless.

I was bloghoping when I found quite an interesting blog wrote by a Datin (err.. believe it or not it is up to you), in which she kept her daily life stories inside there. From the tons of comments received, i believe she is somehow popular on the net. Alas, reading her posting in English made me felt like i haven't 'speak' English for years coz i found new words and i found new phrases and i also found out i am heavily using my English-Malay dictionary. he he he

But, what captured my attention the most is that is it proper to announce your life here to the people out there (on the net), not to mention that you may come to a number of strangers not one, or few but maybe a lot actually? Another points to ponder is that whether if u are having a wonderful, excellent life or one entire bad (or worst) nigthmares, will people appreciate the experiences, or pitty on you, or just turn on the fire that burn you up-and-down, in-and-out? Again, remembered what Mizie once mentioned to me.. You are a victim of your own audiences.. hehe at least, after his long silence in blogging world (err.. are you being hold as the victim? or are you trying to hold yourself not to be the victim? :P)

OK. I am considering to open a catering business as we (Ms A, Ms I, Ms I and another Ms I) were successfully made a so-called wonderful dishes and pudings (ok, i am not trying to brag myself, but this comment is also available in a friend's blog, Read: Hany's one:P).

But then i am reconsidering with the facts that all of us were almost so worn-out after the preparation for around 20 ppls meals, nak pk utk 200 ppl or 2000 ppl? hahah larat ke gue...

Wonder what we cooked over there? ehehe We did yummy Nasi TOmato (1st time ni:D), red-hot-and-spicy ayam masak merah, colourful-mouth watering triffle puding, salad telur masin-ala2 kerabu jugaklah, jelatah-acar nenas + timun, a wonder-for-what chicken soup and refreshing orange juice. Hooray!!

And, after all these things, I am proud to say I am successfully innovating and manipulating the usage of technology by after someone's son by confusing and amusing him with motion picture of short video(s). ahhaha To the mother, you know what i mean and you did appreciated it didn't you:P heheh

Wishing again and again all over the time that I will be granted much knowledge and countless opputunities to attend ilm' gaths. Still, at most time I was caught into something else-more important (so self-fish isn;t it) matters when the oppurtunities arrived. Not to let the oppurtunity for those who as ambitious as i am (err ye ke? hehe) and have high determination to stick themselves, I advertised them here :

1. Oppurtunity to learn how to educate the young generation (who knows, the experience can be used for your future children) and makes $$ MONEY $$ some more. Join ADinDa or just read thru it and if you are interested or bump into someone interested, do contact the owner or me myself!

personal p/s: Now i am doing my task as the so-called marketing manager. Pls do not sack me! Share dua-puluh-percent ok? heheh

2. Looking around you, have you ever noticed that today's youngsters are facing difficulties in adjusting and maintaining their lifes as an excellent-positive attitude person with strong knowledge-and-practise for the benefits of life herein and life hereafter without drolling off the peer pressureS, and the environment pressure (too many false promises for fantastic, glamorous, wonderful life that you got nothing-to-do-but-to-enjoy-your-life-to-the-fullest dream)???

And not suprisingly if those adolescents are among your sisters, brothers, cousins, nieces, nephews, your siblings' friends, your friends' siblings or some day children of your own.

Maybe we can learn something from over here:Taken from Sis Ainul's msg:

Tarikh : 26 Feb 2005
Masa : 8 am - 4 pm
Tempat : Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya
Bayaran : RM 5
Barisan Panel:
1] Dr. Sidek Baba (UIAM)
2] Ann Wan Seng (Pendakwah Bebas)
3] En Azizudin Ahmad (Setiausaha ABIM)
4] Puan Ainon Mohd (Pengarang PTS)

This seminar will be conducted in Malay, you may just go there and no need to book first.

And, if you have chance to share this with your other fellow friends, we appreciate it so.

Duh, better put this 'byk ckp punya org' to a stop. The 'alarm' is ringing, showing that it's already Maghrib prayer time, it's getting darker and i am absolutely LATE for home!

till then, bye..

Friday, February 18, 2005

Respond on posting for 10 Muharram 1426

al-Hamdulillah, somebody gave response to my earlier posting on "10 Muharram 1426H". Thanx a lot bro AFMZ. So, here goes the 'conversation' between us:

Me : Maksudnyer yg diperbolehkan dan sunat hanyalah Puasa shj?
Me : Yg lain tu perlulah diketepikan. begitu yer?
Bro : Yang lain tu pun boleh buat cuma jangan disandarkan kepada fadilat fadilat tu lah

And nilah posting untuk dikongsi bersama2. Insha-Allah menambah ilmu masing:)


Puasa 'Asyura' dan Taasuaa' (صيام عاشوراء وتاسوعاء)
oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi
terjemahan oleh kamin (al-ahkam.net)

'Asyura' : adalah hari yang ke 10 di dalam bulan Muharam, dan Taasuaa' : adalah hari ke 9 darinya, kelihatan dari kumpulan khabaran bahawa hari Asyura' telah dikenali di sisi kaum Quraish di masa Jahiliyah, dan dikenali sebagai hari raya orang Yahudi. Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda :

من شاء صامه، ومن شاء تركه
"Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" - [Mutafaq a'laih].

Telah berkata Ibn Abbas : tatkala Nabi saw sampai (iaitu di Madinah) maka beliau telah melihat kaum Yahudi berpuasa 'Asyura', maka baginda bersabda :

"ما هذا؟"، قالوا: هذا يوم صالح، نجّى الله فيه موسى وبني إسرائيل من
عدوهم،فصامه موسى، فقال: "أنا أحق بموسى منكم" فصامه وأمر بصيامه

"Apa ini", maka mereka menjawab : Hari ini merupakan hari keselamatan, Allah swt menyelamatkan Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Musa, Maka baginda bersabda :'Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu'. Maka beliau berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa". -[Mutafaq a'laih].

Maka Nabi saw telah memfardukan puasa pada perintah dan keazamannya, sehingga dia menghantar orang memberitahu kepada manusia agar melakukan puasa pada siangnya, walaupun mereka telah makan.

Tatkala difardukan puasa pada bulan Ramadhan maka di hapuskan kefarduan ini (puasa 'Asyura), kembalilah ia menjadi mustahab (sunat) berpuasa sahaja.

Dari Abu Qatadah, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :

صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية "
Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].

Nabi saw telah memberi perhatian keatas syahsiah (kepribadian) Islamiyah khususnya didalam segala hal, supaya orang Islam memiliki keutuhan dari yang lain, beliau menganjurkan agar berpuasa pada hari yang ke 9, iaitu bersama hari 10, agar dapat membezakan diantara puasa mereka dan puasa ahli kitab.

Dari Ibn Abbas berkata : Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura', dan memerintahkan berpuasa, maka mereka berkata :-

يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى! فقال: "فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع" قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم "'Ya Rasulullah, sesungguhnya hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani!' Maka baginda bersabda :'Maka jika kalau tiba tahun hadapan insyaallah kami akan berpuasa hari ke 9'. Maka dia berkata : Maka tidak datang tahun hadapan sehinggalah Rasulullah saw wafat." -[Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud].

Tidak didatangkan apa2 perkara didalam hari 'Asyura' melainkan berpuasa, dan terdapat beberapa orang melakukan perkara seperti berhias, mandi, memakai celak, membelanjakan keluarga, menjadikannya musim atau perayaan dengan menyembelih binatang sembelihan, dan manusia meluaskan lagi. Kesemua ini tidak ada asalnya didalam agama Allah, tidak ada sebarang dalil yang sahih.

Ia kelihatan seperti reaksi perbuatan orang2 syiah yang mengambil hari tersebut sebagai hari bersedih dan berkabung, mereka memukul2 dada, menyepak2 pipi mereka, mengoyak2kan pakaian mereka, mengingatkan mereka tragedi syahid yang dizalim, Hussien bin Ali ra.

Kedua2nya tidak benar, dan kita tidak menghadapi bid'ah dengan bid'ah, dan tidak menghadapi penyelewengan dengan perkara yang sama juga, tetapi dengan cara kembali keseluruhannya keatas apa yang disyariatkan Allah dan Rasulnya.

Berkata Imam Ibn Qayyim :

أحاديث الاكتحال يوم عاشوراء، والتزين، والتوسعة والصلاة فيه، وغير ذلك من فضائل، لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء، غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل.
"Hadith2 mengenai penggunaan celak pada hari 'Asyura', mencantikkan diri, membelanja keluarga, bersolat, dan lain2 yang mempunyai fadhilat, Tidak sahih apa2 mengenainya, dan tidak satu hadith pun, dan tidak datang dari Nabi saw apa-apa darinya, selain dari hadith2 puasanya, dan menganggapnya batil"

dan misalnya :
{من وسَّع على عياله يوم عاشوراء، وسع الله عليه سائر سنته}"Barangsiapa yang melapangkan (berbelanja) keatas keluarganya pada hari 'Asyura', Allah swt akan melapangkannya sepanjang tahun", maka berkata Imam Ahmad : Hadith ini tidak sah.

Mengenai hadith memakai celak, berhias dan berwangi-wangian : maka ia adalah dari pembikinan pendusta, dan orang2 yang lain mengambilnya dijadikan hari tersebut sebagai hari penderitaan dan dukacita, kedua2 golongan ini merupakan ahli bid'ah dan mereka terkeluar dari al-sunnah.

Ahli al-sunnah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Nabi saw dengan berpuasa, dan mengelak dari Syaitan yang mengarahkan kepada bid'ah. (al-Manar al Munif didalam Sahih da Dha'if, Dar al-Qalam, Beirut, ditahqiq oleh Abu Ghuddah, ms 111-113).

Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah telah ditanya : berkenaan dengan amalan manusia di Hari 'Asyura' mengenai celak, mandi, bersolek, bersalaman (berjabat tangan), memasak biji-bijian, menunjukkan kegembiraan, dan yang lain2 dari syara', apakah ia datang dari Nabi saw dengan hadith yang sahih atau tidak? Jika tidak datang dari hadith yang sahih apa2 mengenainya, apakah mereka melakukannya merupakan bid'ah atau tidak? Begitu juga yang dilakukan oleh kumpulan yang lain seperti menyakiti diri, bersedih dan berhaus-hausan, mengoyak2kan baju, Apakah perkara begitu ada asalnya atau Tidak?

Beliau menjawab : Segala pujian bagi Allah yang memerintah sekelian alam, tidak datang apa2 dari hadith Nabi saw , dan tidak juga datang dari para sahabatnya, dan tidak disunatkan dari Imam2 Islam yang empat, dan tidak selain darinya, dan tidak ada didalam riwayat oleh pencatat2 kitab rujukan sesuatu mengenai hal sedemikian, tidak dari Nabi saw, tidak dari sahabat, tidak dari tabiin, tidak dari buku Shahih, tidak dari Sunan, tidak dari masanid, tidak diketahui apa2 mengenai hadith2 ini dari abad2 yang penting.

Akan tetapi yang ada ialah hadith yang diriwayatkan kepada {من اكتحل يوم عاشوراء لم يرمد من ذلك العام، ومن اغتسل يوم عاشوراء لم يمرض ذلك العام}"sesiapa pada hari 'Asyura' memakai celak maka dia tidak merasa pedih mata sepanjang tahun, dan barangsiapa yang mandi pada hari 'Asyura' tidak akan sakit sepanjang tahun", dan contoh2 yang serupa dengannya.

Mereka meriwayatkan kelebihan (Fadhaa'il) menunaikan solat di hari 'Asyura', dan mereka meriwayatkan pada Hai 'Asyura' Adam bertaubat, berlabuhnya kapal di Bukit Judi, Yusuf kembali kepada Ya'kub, Ibrahim terselamat dari Api, Penyembelihan Kibas (Nabi Ismail) dan sebagainya.

Diriwayatkan didalam hadith maudhu' (palsu) bahawa Nabi saw sesunguhnya :

من وسع على أهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر السنة "Barangsiapa yang melapangkan kaum keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun".
Semua riwayat mengenai Nabi saw (di dalam hal ini) adalah dusta, akan tetapi diketahui akan riwayat Sufyan bin Uyainah dari Ibrahim bin Muhammad bin Muntasyir, dari ayahnya berkata :

{بلغنا أنه من وسع على أهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته}

"Telah sampai kepadaku seseungguhnya barangsiapa yang melapangkan ahli keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkan sepanjang tahun" -[Majmu' Fatawa, Syiekh
al-Islam Ibn Taimiyah, 25/229,300].

Syiekh al-Islam mengingatkan : bahawa al-Hussein ra ketika dibunuh secara zalim, beliau syahid dan dimuliakan Allah dengannya dan dipertemukan dengan ahli baitnya yang suci, dan dihina kepada mereka yang zalim dan menyerangnya, dan akan menyertai kumpulan orang2 yang jahat dikalangan manusia.

Ada kumplan yang menjadi Jahiliyyah yang zalim : atau atheist, munafik, dan kumpulan2 yang sesat melampau, yang mana ketaatnyanya kepada ahlu al-bait, mengambil hari 'Asyura' sebagai hari pemakaman, kesedihan dan meratap, menzahirkan syiar Jahiliyyah seperti menampar pipi, mengoyak2kan baju, meratap2 seperti kaum Jahiliyyah.

Bagi menghadapi kaum2 ini, mereka melawan keta'asuban kepada Hussein dan ahlu al-bait. Dan bagi mereka yang jahil yang menghadapi kemusnahan (fasad) dengan kefasadan, pembohongan dengan pembohongan, kejahatan dengan kejahatan, bid'ah dengan bid'ah, mereka memaparkan kebahgiaan dan kegembiraan didalam upacara di Hari 'Asyura', seperti bercelak, bersolek, melapangkan ahli keluarga, memasak masakan yang diluar kebiasaan, dsb, sebagaimana dilakukanpada hari Eid dan perayaan. Mereka menjadikan hari 'Asyura sebagaimana musim menyambut hari Raya dan perkahwinan, sementara golongan yang lain mengambil sebagai hari kematian dan berada didalam keadaan kesedihan. Semua kumpulan2 ini salah dan terkeluar dari sunnah. [Majmu' fataawa 25/307-310].

Petikan dari buku : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, . Fiqh al-Shiyaam : Taisir al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3. Beirut : Muassasah al-Risaalah, 2001. ms 142-145.

10 Muharram 1426

Erks..tiba2 di sekeliling kita ditimbulkan banyak sungguh desas-desus tentang hari asyura dan 10 muharram. ada org suruh puasa, suruh buat itu ini... Mm ape sebenarnyer yer tentang 10 Muharram ni sampai semua org bercerita sok sek sok sek.. :) So sekadar refresh our memory, here the copy and paste from this blog:

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. Wallahu A'lam.


Ok fine. Dah tahu tentang sejarah 10 Muharram. Hmm, banyak juga yer kisah2 menarik dalam sejarah Islam pada tanggal ni. So, apa yg kita boleh buat?

(Another copy & paste from a friend's email)


Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Sabtu, 19 Februari, 2005)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala" ( Sebelum waktu Subuh )

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Bagaimanapun, maaflah kerana kesahihannya tidak dapat saya rujuk semula. Sbb cthnya no. 12 tu if mmg telah ditakdirkan ajal sesorg, tetaplah ia pergi walaupun membaca apa2 sekali pun kan. Sudah termaktub dlm firmanNya bhw apabila tiba masa anak Adam itu tidaklah cepat dan tidaklah lambat walau sesaat sekalipun. Wallahu 'alam.

Thursday, February 17, 2005


" Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati , jika aku rindu , rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..."

++ Berjalan2 di blog sahabat2 saya, terjumpa plak kat blog seorang brader ni. Nampaknyer, he even he is not the original writer. Ntahlah, rasanya ramai yg pernah ada.. silap2 saya penah posting mende ni.. Tapi tujuan posting? Saje je refresh hati..

++ Life goes on...

Tuesday, February 15, 2005

Last Saturday, another friend was married. Quite happening jugak, bak kata Aina akhirnya kawin juga si Ain ni. so congrates to Pn Nuur Ain and her husband Mr Zul. Nak tgk gambar bleh pi kat Aina's Fotopages. Perginya dengan Aina yg fetched me @ Highway Ayer Keroh on her way from JB. Baliknya dengan Najibah yg sudah sarat & her husband & siti zurina. Kat sana jumpa lagi sekali dengan Amni, anak si Aida. hehehe Baiknyelah anak ko ek aida:) .

From the Sat. to SUnday evening, my cousin came to my house asked my help for her final year thesis. Hmm teringat plak masa buat thesis dulu, the tense is all around. Hehe my cousin almost bergaduh besar dengan her fiance. Nasib baik at last dpt settle dgn aman jugak.

My hands are really tight right now. Tapi ada hati plak nak join biznes kelas tuisyen Adinda.. ahhahah. Ade seorang adik tu rajin betul cari duit yer, tambah bersemangat sbb nak kawin. Baguslah:) Dah nampak 'hala tuju'. Akak ni kabur lagi, tapi bab duit ni mmg best kan:p

Aaaa aku dah pening.

Tuesday, February 08, 2005

Thn Baru / Hijrah / Cuti


Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yg teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban, Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu Pengorbanan
Hijrah itu Perjuangan
Hijrah itu Persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat, Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Pagi2 tengah mengadap cermin bersiap ke ofis tetiba teringat lagu yg pernah dinyanyikan masa pertandingan nasyid kat sekolah rendah kebangsaan tmn melawati; darjah 5 dulu. Isk, dah ingat2 lupa la plak lirik yg sebetulnya. Nasib baik ada Momay (http://kronikite.blogspot.com) membantu.. tenkiu yer awak:)

Esok, lebih kurang pada pukul 7.28 malam (waktu Kuala Lumpur) menandakan permulaan tahun baru islam (Ma’al Hijrah) 1426. Moga tahun ni kite semua dapat berhijrah ke arah sesuatu yg lebih baik. Jgn lupa yer membaca doa akhir tahun pd waktu terakhir asar dan doa awal tahun.

Bercerita tentang doa ini, teringat kisah2 yg saya dengar ketika tiba di bumi Al-Haram (Mekah) tentang pentingnya berdoa dengan bahasa yang betul. Ada kisah seorang jemaah yang sungguh2 ingin beribadat telah berdoa supaya Allah lupakan dirinya dengan dunia. Lantas dia memang terlupa langsung utk makan, minum dan berehat sehinggakan beberapa hari kemudian orang melihat dia keletihan tidak bermaya.

Betul, kalau kita tak berdoa supaya Allah tetapkan hati untuk beribadah banyak yang kita akan ingat. Keluarga di kampung, kelas-kelas yang tertinggal, perang Amerika-Afghanistan (kami pergi ke Timur Tengah untuk 2 minggu sewaktu kelas semester baru shj bermula dan baru 2 minggu peristiwa 11 September; hari terakhir di Timur Tengah perang baru bermula), barang apa yang nak dibeli, pesan2 orang sekeliling, permintaan doa rakan2, duit yang sekadarnya. Tak tambah lagi dengan rasa excited kami anak2 muda dengan pengalaman baru. Masa tu saya cukup risau kalau tersalah berdoa, meminta kepada Allah diberikan saya Ilham doa yang terbaik. Dan al-Hamdulillah terlintas di hati untuk berdoa, “Ya Allah rehatkanlah aku seketika dari dunia ini untuk beribadat kepadaMu”. Al-Hamdulillah, saya menikmati sepenuhnya kehidupan di Tanah Mekah : sempat makan aiskrim Arab, minum Pepsi Twist yg hanya tiba di Malaysia 6 bulan kemudian, makan roti + ayam golek Arab, berjalan2 di Hilton Mekah (hotel 5 bintang), merasa kebab Arab, beli-belah di pasar berdekatan (byk juga yang saya beli, walau asalnya tidaklah berniat nak membeli sgt) , memberi makanan kepada burung-burung merpati, ‘mandi hujan’ ketika membuat tawaf sunat (walaupun masa tu tergerak nak buat tawaf sbb nak rasa hari hujan..keke)..

Masih teringat pesanan Kak Fari (salah seorang consultant kami yang ikut serta ke Timur Tengah), tentang cara kami berdoa supaya Allah jadikan kami di antara hambaNya yang sabar dan kuat menghadapi dugaan. Katanya, “Kalau kamu berdoa meminta menjadi sabar dan kuat (tabah), maka Allah akan berikan kamu ujian-ujian yang mengajarkan kepada kamu untuk menjadi sabar dan tabah. Ujian itu pastilah ujian-ujian yang besar, untuk menjadikan kita sabar dan tabah. Adakah itu sebenarnyer yang kita mahukan?”

Sahut hati terdetik, haah lah… Dalam minda terfikir, betul juga.

Seperti lagak anak-anak, kami bertanya “Abis tu nak doa macamana yg OK?”.

Pesan Kak Fari, “Doa kepada Allah supaya jadikan kita sebagai hambaNya yang bersyukur sebab bukankah sudah janji bahawa sesiapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat & rahmat untuknya”.

Al-Hamdulillah, tambah satu ilmu. And dlm pada tu juga, bila difikiran (dan diikutkan juga) terasa macam selalu sahaja dilorongkan dan dipermudahkan urusan (tapi kdg2 kalut juga..sebab atas kesilapan diri sendiri hehe). Kdg2 kite takut juga atas nikmat ketenangan itu, bimbang nanti tak bersedia langsung nak hadapi apa2. Bimbang juga nikmat tu sebenarnyer balasan di dunia atas kebaikan yg pernah kita buat dan bila di akhirat kelak, kita tak bawa apa2 kecuali dosa sahaja.

Pesanan untuk diri dan sahabat2 lain, belajarlah untuk berlapang dada dengan kehidupan di dunia (walaupun sukar, dan saya sendiri sedang mencubanya). DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Mulanya mungkin tak serupa, tengahnya pasti berbeza, tapi akhirnya tetap sama..

Oklah, dah sampai waktu untuk berhenti. Esok mula cuti sampai akhir minggu ni. Bagi yg menyambut Thn Baru Cina diucapkan Selamat Thn Baru Cina, may you have a prosperous year. Bagi semua umat Islam diucapkan Selamat Thn Baru @ Maal Hijrah, moga diberkati dan dipelihara Allah SWT sepanjang tahun. Dan bagi yang lain2, selamat bercuti.. :)

Salam sayang buat semua.

Monday, February 07, 2005

Sleepy Eyes


It’s really sleepy Monday. Err, or should I say sleepy working days? Hmm lately I found out myself to always feel sleepy during working hours (esp. early in the morning). Heran plak, nape ek.. naper..naper.. duhai mata, berjagalah.. bukannyer tidur tak cukup.. isk

Yesterday, I went to Jie’s hourse. So at last, dpt merasa masakan jie sendiri (walau hubby die byk tolong sebenarnyer..eheh). The food was delicious.. yummy enough. Sampai bertambah2 ek kami semua. Dpt juga berjumpa dgn anak2 aida yg comel : amni yg manjanyer and fawwaz yg montel. Juga anak aini yg bersuara hebat, mencapai tahap suara soprano.. ekekekke

And the day before, I finished reading Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani. What should I say, such a wonderful story that taught me a lot.. Bila berada dlm keadaan buntu tidak dapat membuat keputusan walau solat hajat dan istikharah sudah byk kali dipohon pd Ilahi, maka tunggu sahajalah pasti ada janjiNya yg pasti. She was a strong woman, the main character: Salsabila Fahim. (Oh, maybe I found out there is some common things happen between salsabila and myself, makes me loves the story much).

Sometimes, I just wonder how this brother can go deep into the heart and mind of a woman? I have to remind myself several times that the writer is a man, not a lady. One thing for sure, I found out that most of his writings is about perjuangan, fighting for the right one. Great stuff I guess. Kalau sesapa rasa patah semangat, his books would be good alternative to heal your soul. Insha-Allah.

The queue is coming for the book. Sape cepat die dapat..eheh:P Malam ni plak, bestnyer akan dpt satu lagi buku utk dibaca.. :) Aaahh still ngantuk, almost lunch time.. I’ll better get a short nap.. tata..

Wednesday, February 02, 2005

Fraud Internet Scam

Just to share with all on the Fraud Internet Scam: High phone bill charged while surfing the net (caj bil telefon yang tinggi kerana menggunakan internet). Sebab utama dia: melayari web dewasa (adult webpage). So sebenarnyer, kdg2 sebagai manusia kite mmgler nak tahu 'macam2' ttg apa yg ada kat dalam internet tu, tapi adalah lebih baik kite menjaga pandangan kan :) . Moga2 dgn menjaga pandangan mata, pandangan hati juga turut terjaga insha-ALlah.

Kongsi2lah ngan sahabat2 lain okieh:)


1.Fraud Internet Scam
The Internet Scam typically associated with adult sites. Happens when these sites offers special software programs to facilitate easy viewing for content, fleece customers through International dialing.

The sites claimed to be ‘free’ or advertise that ‘no credit card is needed’, then prompt the customer to download a ‘viewer’ or ‘dialer’ program.

Whenever the customer access to these adult sites, they are no longer connected to the local Internet Service Provider (TM Net) instead they are connected to an international Internet Service Provider hosting the adult entertainment sites via direct dialing to the server.

Thus, when the customer is connected to the international Internet Service Provider, they are no longer charged per TMNET charges i.e. 1.0 sen for Internet access and 1.5 sen for call charges. This is because they are no longer connected to TM Net’s dial-up service and as a result customer are being charged based on international call charges. The viewing charges will appear in the customer’s telephone bill as international call charges in relations to destination and charge rate of that particular website.