Erks..tiba2 di sekeliling kita ditimbulkan banyak sungguh desas-desus tentang hari asyura dan 10 muharram. ada org suruh puasa, suruh buat itu ini... Mm ape sebenarnyer yer tentang 10 Muharram ni sampai semua org bercerita sok sek sok sek.. :) So sekadar refresh our memory, here the copy and paste from this blog:
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. Wallahu A'lam.
=======
Ok fine. Dah tahu tentang sejarah 10 Muharram. Hmm, banyak juga yer kisah2 menarik dalam sejarah Islam pada tanggal ni. So, apa yg kita boleh buat?
(Another copy & paste from a friend's email)
===
Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Sabtu, 19 Februari, 2005)
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala" ( Sebelum waktu Subuh )
9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
===
Bagaimanapun, maaflah kerana kesahihannya tidak dapat saya rujuk semula. Sbb cthnya no. 12 tu if mmg telah ditakdirkan ajal sesorg, tetaplah ia pergi walaupun membaca apa2 sekali pun kan. Sudah termaktub dlm firmanNya bhw apabila tiba masa anak Adam itu tidaklah cepat dan tidaklah lambat walau sesaat sekalipun. Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment