Tuesday, February 08, 2005

Thn Baru / Hijrah / Cuti

MAAL HIJRAH

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yg teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban, Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu Pengorbanan
Hijrah itu Perjuangan
Hijrah itu Persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat, Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Pagi2 tengah mengadap cermin bersiap ke ofis tetiba teringat lagu yg pernah dinyanyikan masa pertandingan nasyid kat sekolah rendah kebangsaan tmn melawati; darjah 5 dulu. Isk, dah ingat2 lupa la plak lirik yg sebetulnya. Nasib baik ada Momay (http://kronikite.blogspot.com) membantu.. tenkiu yer awak:)

Esok, lebih kurang pada pukul 7.28 malam (waktu Kuala Lumpur) menandakan permulaan tahun baru islam (Ma’al Hijrah) 1426. Moga tahun ni kite semua dapat berhijrah ke arah sesuatu yg lebih baik. Jgn lupa yer membaca doa akhir tahun pd waktu terakhir asar dan doa awal tahun.

Bercerita tentang doa ini, teringat kisah2 yg saya dengar ketika tiba di bumi Al-Haram (Mekah) tentang pentingnya berdoa dengan bahasa yang betul. Ada kisah seorang jemaah yang sungguh2 ingin beribadat telah berdoa supaya Allah lupakan dirinya dengan dunia. Lantas dia memang terlupa langsung utk makan, minum dan berehat sehinggakan beberapa hari kemudian orang melihat dia keletihan tidak bermaya.

Betul, kalau kita tak berdoa supaya Allah tetapkan hati untuk beribadah banyak yang kita akan ingat. Keluarga di kampung, kelas-kelas yang tertinggal, perang Amerika-Afghanistan (kami pergi ke Timur Tengah untuk 2 minggu sewaktu kelas semester baru shj bermula dan baru 2 minggu peristiwa 11 September; hari terakhir di Timur Tengah perang baru bermula), barang apa yang nak dibeli, pesan2 orang sekeliling, permintaan doa rakan2, duit yang sekadarnya. Tak tambah lagi dengan rasa excited kami anak2 muda dengan pengalaman baru. Masa tu saya cukup risau kalau tersalah berdoa, meminta kepada Allah diberikan saya Ilham doa yang terbaik. Dan al-Hamdulillah terlintas di hati untuk berdoa, “Ya Allah rehatkanlah aku seketika dari dunia ini untuk beribadat kepadaMu”. Al-Hamdulillah, saya menikmati sepenuhnya kehidupan di Tanah Mekah : sempat makan aiskrim Arab, minum Pepsi Twist yg hanya tiba di Malaysia 6 bulan kemudian, makan roti + ayam golek Arab, berjalan2 di Hilton Mekah (hotel 5 bintang), merasa kebab Arab, beli-belah di pasar berdekatan (byk juga yang saya beli, walau asalnya tidaklah berniat nak membeli sgt) , memberi makanan kepada burung-burung merpati, ‘mandi hujan’ ketika membuat tawaf sunat (walaupun masa tu tergerak nak buat tawaf sbb nak rasa hari hujan..keke)..

Masih teringat pesanan Kak Fari (salah seorang consultant kami yang ikut serta ke Timur Tengah), tentang cara kami berdoa supaya Allah jadikan kami di antara hambaNya yang sabar dan kuat menghadapi dugaan. Katanya, “Kalau kamu berdoa meminta menjadi sabar dan kuat (tabah), maka Allah akan berikan kamu ujian-ujian yang mengajarkan kepada kamu untuk menjadi sabar dan tabah. Ujian itu pastilah ujian-ujian yang besar, untuk menjadikan kita sabar dan tabah. Adakah itu sebenarnyer yang kita mahukan?”

Sahut hati terdetik, haah lah… Dalam minda terfikir, betul juga.

Seperti lagak anak-anak, kami bertanya “Abis tu nak doa macamana yg OK?”.

Pesan Kak Fari, “Doa kepada Allah supaya jadikan kita sebagai hambaNya yang bersyukur sebab bukankah sudah janji bahawa sesiapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat & rahmat untuknya”.

Al-Hamdulillah, tambah satu ilmu. And dlm pada tu juga, bila difikiran (dan diikutkan juga) terasa macam selalu sahaja dilorongkan dan dipermudahkan urusan (tapi kdg2 kalut juga..sebab atas kesilapan diri sendiri hehe). Kdg2 kite takut juga atas nikmat ketenangan itu, bimbang nanti tak bersedia langsung nak hadapi apa2. Bimbang juga nikmat tu sebenarnyer balasan di dunia atas kebaikan yg pernah kita buat dan bila di akhirat kelak, kita tak bawa apa2 kecuali dosa sahaja.

Pesanan untuk diri dan sahabat2 lain, belajarlah untuk berlapang dada dengan kehidupan di dunia (walaupun sukar, dan saya sendiri sedang mencubanya). DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Mulanya mungkin tak serupa, tengahnya pasti berbeza, tapi akhirnya tetap sama..

Oklah, dah sampai waktu untuk berhenti. Esok mula cuti sampai akhir minggu ni. Bagi yg menyambut Thn Baru Cina diucapkan Selamat Thn Baru Cina, may you have a prosperous year. Bagi semua umat Islam diucapkan Selamat Thn Baru @ Maal Hijrah, moga diberkati dan dipelihara Allah SWT sepanjang tahun. Dan bagi yang lain2, selamat bercuti.. :)

Salam sayang buat semua.
Wasalam.

No comments: