I met someone yesterday when the question that came out from her was : "Bila nak balik dr bercuti?". And I was, "ha?" . In which she replied, "yelah, kate bercuti dr buat blog kan".. hehe Oklah, since there is a request for me to share some info here so I'll break the -break-away-mode a while. Tak banyak nak ckp, some of you ma already received this while some may not. So to those who already received it, take it as a revision while to those who haven't its worth reading so.
By the way, I apologize for my previous posting if it sounds like blamming people for what they did. Saya pun terlupa menyatakan tentang hakikat bahawa Nabi2 juga didatangkan ujian bukanlah untuk menghukum mereka tetapi untuk menguatkan jiwa mereka. As what was written in a poem in Mingguan Malaysia last week, we might see the disaster as terrible but for the muslims that dead maybe actually they are swimming in the river of paradise while the children that were dead are running here and there in the paradise waiting for their parents. Wallahualam. Memula dulu ada katekan maybe nak tulis something about this, tapi tak sempat. Dlm byk kejadian mmg ada pro and kontra cuma kdg2 kite nampak kdg2 tak nampak, hanya Allah yg Lebih Mengetahui. And I guess sebahagian apa yg saya nak tulis dah pun ditulis oleh the writer.
So, this is a little bit late sharing. Quite lengthy, from Bro Hafiz Firdaus, a well-known writer in islamic books and also a pilot to MAS. Thanx to those who sent me the emails, this posting was also posted in Shelley's blog. Another copy & paste from her. :)
====
Tuhan Terlepas Satu Hari?
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)
"All aircraft this is Medan Control. We just had an earthquake. All systems seems to be normal and Medan airport is still open."
Demikianlah kata-kata pengawal lalulintas udara pada lebih kurang pukul lapan setengah pagi pada 26 Disember 2004. Pada ketika itu penulis sedang berada pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara kawalan Medan Control dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Istanbul.
Mengganggap ia hanyalah gempa bumi yang kecil, perkara tersebut terlepas daripada ingatan penulis sehingga esok hari ketika menontot BBC World News di bilik hotel di Istanbul. Jelas bahawa anggapan penulis adalah salah. Gempa bumi tersebut yang sebenarnya berpusat di dasar lautan di sebelah Barat kepulauan Sumatra sebenarnya telah melahirkan ombak besar "Tsunami" yang menghempas tebing hampir semua negara di sekeliling Lautan India. Malah ombak besar ini juga mencecah sehingga ke tebing negara Somalia di pantai Timur benua Afrika.
Jumlah kehilangan nyawa amatlah besar sehingga mencapai lebih 100,000. Dalam suasana memikirkan kedahsyatan malapetaka tersebut, tiba-tiba talifon bimbit penulis berbunyi, menandakan ada sebuah SMS. Ia berbunyi:
Al-Qur'an, surah Mayram, ayat 88-91: "Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah (Tsunami 26 Disember), serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak (Hari Natal 25 Disember)." Sila sebarkan kepada orang ramai.
Penulis tersentak seketika. Dalam suasana manusia seluruh dunia sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa ombak besar, ada umat Islam yang sibuk mencari ayat sebagai "dalil" bagi peristiwa tersebut. Dalam suasana manusia seluruh dunia bergegas mensedekahkan harta membantu mangsa, ada umat Islam yang bergegas mencari ayat sebagai dalil untuk menjustifikasikan peristiwa tersebut.
Penulis menjawab balik SMS tersebut:Tuhan menunggu lebih 1400 tahun untuk melaksanakan ayat-Nya. Namun apabila dilaksanakan, Tuhan terlepas satu hari! Sila sebarkan kepada orang ramai agar kita sama-sama ketawa.
Sebenarnya SMS di atas bukanlah perkara yang terpencil. Ramai umat Islam yang memiliki sifat angkuh di dalam diri mereka di mana dengan keangkuhan tersebut mereka berkata "padan muka" kepada mana-mana kaum yang ditimpa musibah, sekalipun kaum tersebut seagama dengan mereka. Sebelum ini apabila berlaku banjir besar di Bangladesh, penulis pernah mendengar di antara umat Islam ada yang berkata: "Itulah azab Allah yang melanda. Orang Bangla tu banyak yang tak betul Islam mereka!" Apabila berlaku gempa bumi di bandar Bam di Iran yang mengorbankan puluhan ribu nyawa, ada di antara umat Islam yang berkata: "Azab Allah turun kerana mereka itu orang Syi'ah yang sesat!"
Semua ini adalah penyakit umat Islam yang perlu diubati segera. Mencari-cari ayat bagi menjustifikasikan sesuatu musibah dan/atau menuduh sesuatu musibah adalah azab Allah kerana keburukan sesuatu kaum merupakan satu kesalahan yang amat besar. Ini kerana:
1. Mereka menyalahgunakan ayat-ayat Allah dengan memaksa tafsirannya. Mereka tidak menjadikan al-Qur'an sebagai pemimpin, sebaliknya merekalah yang memimpin al-Qur'an agar secocok dengan apa yang mereka kehendaki.
2. Mereka menuduh sekian-sekian kaum dengan sesuatu keburukan tanpa sebarang bukti yang kukuh di sebaliknya. Asalkan sesuatu kaum ditimpa musibah, mereka menuduh kaum tersebut sebagai telah melakukan keburukan.
3. Mereka telah memperkatakan sesuatu terhadap Allah tanpa ilmu. Apabila mereka berkata "Itulah azab Allah", seolah-olah mereka mewakili Allah dalam menerangkan apa dan kenapa sesuatu musibah itu berlaku. Memang, semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Akan tetapi kehendak Allah dipenuhi dengan pelbagai sebab dan hikmah di sebaliknya, jauh berbeza dengan kehendak manusia.
Untuk lebih mendalami poin ketiga di atas, perlu diketahui bahawa apabila sesuatu musibah melanda sesuatu kaum, ia memiliki beberapa kemungkinan di sebaliknya. Di antara kemungkinan tersebut adalah:
1. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi mereka satu peringatan agar kembali kepada kebenaran.
2. Allah mengasihi kaum tersebut dan musibah itu sebenarnya sesuatu yang baik bagi mereka dari pelbagai sudut lain yang hanya diketahui oleh Allah. Ini kerana manusia hanya mampu menilai sesuatu perkara secara zahir. Apa yang manusia pandang sebagai buruk mungkin sebenarnya baik di sisi Allah dan apa yang manusia pandang sebagai baik mungkin sebenarnya buruk di sisi Allah.
3. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi mereka kehidupan akhirat yang mereka idam-idamkan. Musibah yang menimpa merupakan syahid kecil sebagai ganti kepada syahid besar yang diidam-idamkan oleh para mujahidin.
4. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut sebagai penghapus kepada kesalahan yang mereka lakukan. Kadar musibah adalah selari dengan kadar dosa mereka. Namun selepas itu di Alam Barzakh dan seterusnya, kaum tersebut terbebas daripada apa-apa azab.
5. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut sebagai azab yang membalas kesalahan yang mereka lakukan. Oleh kerana kadar kesalahan yang mereka lakukan adalah besar, maka azab tersebut berlanjutan sehingga ke Alam Barzakh dan seterusnya.
6. Allah ingin menguatkan kaum tersebut, lalu diberikan musibah sebagai sesuatu yang dapat membina jatidiri mereka.
7. Allah ingin menguji kaum yang terselamat daripada musibah, sama ada mereka mensyukuri keselamatan yang mereka peroleh atau bersifat angkuh terhadapnya. Sesiapa yang mensyukurinya maka dia lulus ujian, sesiapa yang bersikap angkuh maka dia gagal ujian.
Apabila sesuau musibah menimpa sesuatu kaum yang lain, kita tidak dapat pastikan sama ada ia disebabkan oleh kemungkinan 1, 2, 3, 4, 5 atau 6 kerana semua ituadalah hak Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita juga tidak boleh berkata bahawa kemungkinan tersebut terhad kepada 7 yang tersenarai di atas sahaja. Apa yang pasti ialah kemungkinan yang ke-7 jatuh kepada kita yang terselamat daripada musibah, sama ada kita mensyukurinya atau bersikap angkuh terhadapnya.
Mensyukuri yang dimaksudkan ialah bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa dia terselamat daripada musibah tersebut. Kesyukuran ini dilanjutkan kepada membantu kaum yang ditimpa musibah dengan apa jua cara yang boleh seperti bantuan kewangan, bantuan harta benda, bantuan kepakaran dan sebagainya.
Keangkuhan yang dimaksudkan ialah bersifat angkuh kononnya dia dipenuhi dengan kebaikan sehingga menganggap Allah telah mengecualikan dia daripada ditimpa musibah. Keangkuhan ini dilanjutkan kepada menuduh bahawa kaum yang ditimpa musibah tersebut memang layak menerimanya kerana salah laku yang mereka perbuat. Bahkan ini mungkin dilanjutkan kepada mengemukakan ayat-ayat tertentu yang dipaksa tafsirannya agar menepati sebaik mungkin suasana musibah yang menimpa.
Melalui penulisan yang ringkas ini penulis ingin mengajak diri penulis sendiri dan para pembaca sekalian agar menganalisa diri kita sendiri. Marilah kita berfikir, adakah kita tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur kepada Allah kerana terselamat daripada musibah? Sudahkah kita menterjemahkan kesyukuran tersebut kepada menghulurkan bantuan kepada mangsa yang ditimpa musibah?
Marilah kita membanding diri kita dengan umat-umat daripada agama selain Islam. Dalam suasana kita berkata: "Itulah kaum yang diturunkan azab Allah", umat-umat agama lain berkata: "Itulah kaum yang sangat-sangat memerlukan pertolongan". Dalam suasana kita berkata: "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh kaum tersebut sehingga ditimpa musibah?", umat-umat agama lain berkata: "Apakah yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka?" Dalam suasana kita sibuk mencari ayat untuk menjustifikasikan musibah yang menimpa satu kaum, umat-umat agama lain sibuk mencari peralatan Search and Rescue untuk dibawa bersama dalam misi penyelamat.
Sungguh, sangat berbeza sikap umat Islam berbanding umat-umat agama lain. Marilah dari saat ini kita berubah sikap. Berubah bukan sahaja ke tahap yang menyamai umat-umat lain tetapi melebihi mereka. Bukankah berlumba-lumba membuat kebaikan sesuatu yang dituntut oleh Islam:
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Baqarah 2:148]
Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apayang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akanmemberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. [al-Maidah 5:48]
====
Check out for volunteers to Acheh @ Siti/Iena Blog [http://zunnurain.blogspot.com]
No comments:
Post a Comment