Over the weekend, I felt so relax though on Sunday I was illegally smuggled into UIA MBA Economic for Business’ class to be the ‘watcher/pemerhati’. In the end, I turned out to be the tutor to one of the student. :p And yes, it is already in year 2005 (someone learnt how to make a candle-lite dinner yesterday kekek, but then I have to tell that someone we cannot be more than friends.. har har har).
Happy belated birthday to Brother Ahsan. Abg Ahsan dah +7 ek? Wakakak tuanya brother ni:P so, kitorang adik2 ni tak lama lagi macam nak makan nasi minyak yer?;) A junior friend told me few days back regarding how to ensure/certify that someone is our Life Partner.. She said doa/du'a is important, and what did she did was ask Allah SWT if that person is the correct one for her lifetime pls make him approach her. Erk.. (something I never thought before) usually people told us to doa for if that person is the correct one, make clear path and close both of u nearer. And it turn out to be that someone was reciting doa like this, “Ya Allah, make Sami Yusoff mine and make him approach me”. I was.. stunning eyes rolling over the bed. Hahahah tak patut tak patut. Aku pun jeles cemni. Walau dlm keadaan terkedu. Uhuks!!
Oh, forgot to welcome few friends who successfully starting their blogs/new blog’s friend: Abg Ahsan; Kak Saf (http://rinarif.blogspot.com) & Adik Ainul (http://ainul.blogdrive.com). Selamat datang ke dunia blogger dan selamat berkenalan.
It has been 1-year of blogging (this is my 2nd forum. The first one let it be a secret, as it is not good for health hehe). Al-Hamdulillah, I am blogging still. We had bitter and sweet memories, being in up-and-down situations, talking-teasing-and-joking with each other, debate-war with each other thru our own blogs, and still support and encourage each other for life goes on. Thanx to the Junior Sifuu [Hate him so much for his blog's new skin, seems so cool.. :P dengki dengki] for introducing, attracting and competing with us (Me, My So-Long-Friend Siti , My X-Housemate Hany, My X-Sek. Ren. Skol Mate Mizie (thou with the fact he is currently too bz to update his blog) and ‘The Late Her that we miss so much’-Allahyarhamah Kak Qin in bloggings. And along the way I met all those good friends and wonderful friendship that had my link on their blogs (to name few) Aida, Aini, Shelley, Aina, Fizan, Chegu Jayzul, Faizal (Rollie) and not forgetten Asma/Semah. Thanx also for those who silently or visibly visiting my blog from time to time (I hope you don’t ask me to list their name here as it will drag this posting, I know some, and I appreciate that u all are seems to ‘appreciate’ my writings.. hehe thanx a lot), I am so touch with the support given. I had so much fun for writing and sharing knowledge, still having it and hope to have it in the future.
So sempena dgn tahun baru, harap2 kita semua terus bersemangat meneruskan kehidupan hari ini. One nice article I received from few friends, important and it is good actually (Thanx to the writer, may Allah bless him/her for the knowledge shared). Those who have not read it yet, happy reading. Those who already received it before, have a nice day. To all, thanx for visiting, laughing, supporting and sharing my blog, and yes! Please do come back again. :)
wasalam.
====
PUNCA BADAN MENJADI LETIH
Satu diantara perkara yang sering ditanya kepada saya oleh masyarakat dari masa ke semasa ialah mengapa badan mereka sering menjadi letih walaupun mereka merasakan tidur mereka mencukupi. Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memiliki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita.
Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak diperolehi pada hari-hari bekerja.
Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya. Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.
Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.
Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih. Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.
Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam. Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan. Selama lebih kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di penuhi rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran. Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada pada mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur.
Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur di waktu sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu. Lantas andaikata kita bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30 pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan. Kita mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segalah kebaikkan atau hasanah di dunia ataupun di akhirat. Masyaallah kita insan yang special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.
Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita rosakkan di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang, tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih. Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang lima. Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia tidak melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormon kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.
Justeru tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita hayati ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi golongan yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal di waktu sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara berlebihan pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulah formula kepada kerugian dan kehancuran. Semoga insyaallah kita menjadi insan yang berdisiplin dan kita juga insyaallah menjadi insan yang mengambil iktibar daripada ibadah yang dituntut oleh agama islam kita yang suci lagi murni insyaallah.
Sedutan: Artikel dari Internet
===
No comments:
Post a Comment