Lately, macam2 berlaku... Kira2 byk pula dugaan untuk membersihkan jiwa dan dosa2 dari diri. Walaupun tak kena direct pada diri sendiri, tapi pada org2 di sekeliling cukup membuatkan kita rasa risau sepanjang masa juga.. :)
jadi itulah penyebab siaran tergendala dari sambungan kisah lepas.
Sebenarnya tujuan saya tulis tentang Micro Economy adalah atas sebab2 berikut:
1. Komoditi Malaysia dan bahan asas keperluan rakyat Malaysia - keluaran domestik hanya boleh menampung 40%-60% sahaja keperluan. Lagi separuh perlu import.
2. Import eksport kita menggunakan USD.
3. Pengukuhan ringgit Malaysia daripada RM3.80 dua tahun lalu kepada RM3.09 beberapa hari lalu, secara kasar bermaksud penurunan sekurang2nya 18.7% untuk harga bahan mentah masuk ke Malaysia.
4. Secara kasarnya harga barang asas sepatutnya boleh turun sekurang2nya 10%. Sebab apa? Bahan mentah berkurangan 18.7% harga, kadar kos pengeluaran juga sepatutnya berkurangan 18.7%.
tapi, apakah realitinya begitu?
lihat statistik bank negara di sini, National Summary Data Page..
Bila scroll ke bawah sedikit, kita lihat Index Pengguna (Consumer Price Index) dan Index Pengeluar (Producer Price Index)..
Pada tarikh ini 14-02-2011, CPI ialah 115 dan PPI ialah 119.
Apekah maksudnya?
Secara bahasa kasarnya, bagi satu2 barang, secara purata (average) pengguna sanggup membayar sebanyak RM1.15; tetapi kos pengeluar bagi barang tersebut ialah RM1.19.
Apakah yg akan berlaku?
Jawapannya.. Inflasi.
Ya, harga barang akan naik lagi..
tapi.. bukankah kos bahan mentah telah turun secara purata 9% setahun (dan terkumpul 18% untuk 2 tahun ini)..
Persoalannya, begini:
1. Siaran berita di TV1 minggu lepas mengeluarkan satu segmen khas tentang pengukuhan nilai ringgit dan ekonomi Malaysia. Statement berbunyi - pengukuhan nilai ringgit menguntungkan rakyat Malaysia.. saya tak tahu di mana untungnya?
2. Kadar inflasi yang tinggi terutamanya untuk makanan (google sahaja food inflation rate malaysia.. contohnya macam di sini ).
Ada org ckp apa boleh buat (selain tukar kerajaan la kan)... saya pun tidak tahu. yang saya tahu ada dua perkara; pertama polisi kerajaan (fiscal policy) dan polisi bank negara (monetary policy) tak seimbang.. dlm ekonomi, kalau dua2 ini seimbang barulah mencapai tahap kemajuan yg baik.. so, kat mana yg lebih dan kurangnya? saya rasa dah nampak sgt.. bank negara mampu kekalkan byk statistik negara dengan bermain dnegan polisi matawang dan overnight interest rate untuk bank2 malaysia. tapi, yg satu lagi rasanya sibuk sgt menda lain kot.. (pilihanraya kecil byk sgt, so byk nak kena fikir? hehe). saya bukan perlu menjadi pembangkang, tapi saya rasa byk sgt mismanagement atau lack of management dlm polisi2 kerajaan.. cth.nya harga barang kawal atau tidak kawal, harga minyak kawal atau tidak kawal..polisi tidak tetap yg hanya bertahan 2 bulan, lepas tu tukar balik.. tax 5% dah jadi 6% (ni sbb nak naik gaji kakitangan awam), tapi tax ni tak boleh pulak tolak income tax yg juga dah dibayar kepada kerajaan? heheh
yang kedua adalah.. siapakah sebenarnya yg jadi pengedar barangan? maksud saya ini org2 yg import export kan brg2 keperluan asas la.. siapakah yg control? bukan setakat org2 yg menjual kepada pengguna aje.. kesian juga pd mereka, brg jual kat mereka pun dah cukup mahal kan..
yg sub-kedua (point dari yg kedua hehehe).. inflasi keperluan hidup kita sebenarnya kalau dikira secara benar2nya mmg membuatkan ramai mengeluh kan? gaji naik 3%-5%, barang naik 7%-10%; hatta tol pun naik 10% setahun.. tapi tahun ini ditangguhkan (kan?), maksudnya apa? maksudnya rakyat dah hampir tahap tak mampu..
jadi nak mencapai tahap negara berpendapatan tinggi..apa perlu buat? kalau trend semasa suka naik barang hampir 10%, gaji mesti naik kurang2 15% - 20%.. ada berani? ahhahahah kalau boleh ckp macam tu suka suki pada HR dan finance kan.. ahhaha
2 comments:
semua nak jimat kos..haha. tak sedar makin lama kita ni miskin kan...
hahha huhu itu la.. tak faham sebenarnya.. ada org buat statement kalau kat US/Europe tu kapitalisma/capitalisme dijalankan oleh org2 kaya yg berkuasa.. kalau kat malaysia ni, rakyat dikapitalismakan oleh penguasa a.k.a. pemimpin huuh Allahu'alam.
Post a Comment