Continue from the previous posting..
I summarize it again in Bahasa now.. (for the purpose of sharing the info with those who search the net).
Emak saya telah mengalami pembedahan membuang sel-sel kulit mati di kaki berpunca dari kencing manis (diabetes). Asalnya hanyalah luka kecil tetapi dibiarkan berberapa minggu sehingga ditahan di wad selama 3 hari. Hasil pemantauan dan ubat-ubatan yang diberi, emak semakin elok. Tetapi seminggu kemudian keadaan semakin teruk. Emak dimasukkan ke wad semula kerana demam panas, kencing manis dan disyaki masalah jantung. Puncanya adalah kerana makanan2 tambahan MLM yang dibawa orang ke rumah (ku sudah tak percaya.. sila berhati2 kalau makanan MLM itu kata boleh ubat kencing manis, darah tinggi etc.. huhu).
5 hari di wad, emak saya telah dibedah sebanyak 2 kali dan disuntik insulin. Tetapi paras gula dalam darah masih lagi tinggi sekitar 20-17. Paling rendah turun ialah 17 dan kemudian naik semula. Untuk orang yang normal, kadar gula dalam darah adalah pada 4-8 sahaja (jika tidak silap saya).
Setelah melakukan beberapa penyelidikan, kami telah menjalankan 4 perkara kepada emak. Hasilnya, alHamdulillah. 2 hari selepas itu, paras gula sudah berkurangan dan berada di paras terkawal. Catatan hari ke2 adalah 9. Luka juga sudah semakin kering dan sel2 daging baru sudah menampakkan pertumbuhan . Hari ke 4, air bisa keluar dari kaki.. Hari ke-10, emak sudah dibenarkan keluar dari hospital… Itu semua kurang dari 2 minggu bilamana org2 lain yg saya jumpa ada yg terlantar sehingga 3 bulan di hospital dan membuat pembedahan berulang2 kali sebelum dapat sembuh..
4 things that we did to cure the problem: Pray, Food, Medicine and Supplement (Doa, Makanan, Ubat dan Makanan Tambahan).
Pray, I believe do not have to elaborate more. But, it is important. To have faith in your heart makes one feel calm to face the situation. Allah will give strength to all who is facing that, the family and the patient., InshaAllah…
Food.. this is the first thing we googled. What to eat and what to avoid… So here I share what my husband and I found on net:
Food to avoid: Elakkan:
1. All sweets and sugar (including honey) / Makanan Manis dan gula (termasuk madu)
2. Red meats / Daging Merah – lembu, kambing
3. High sugar contained fruits / Buah2an yang mempunyai kadar gula yang tinggi – rambutan, durian, anggur
4. Rice / Nasi – kuantiti 1- setgh senduk shj
5. White bread / Roti Putih
6. Fast food (say no to kfc, McD, pizza etc..)
7. Can drinks (air berkarbonat)
8. Ice-cream
9. Junk food
10. Chocolate
p/s: Salah satu makanan tambahan MLM itu mempunyai kandungan glucose (gula), sebab tu la tak jadi makin elok..tapi teruk
Food to eat more: Lebihkan makanan:
1. Green vegetable / Sayur2 hijau – terutamanya brokoli
2. High fibre food / Makanan berserat tinggi – oat, barley/barli
3. Protein/Soya-based food / makanan berasaskan kacang soya – soon, fucuk, tofu, tauhu
4. Deep Sea Fish / Ikan laut dalam
5. Shitake Mushroom / Cendawan hitam (perlu direndam dulu untuk melembutkan)
6. Herbs / Herba2
7. Plain water / Air kosong – sebaik2nya air zamzam
Rupa ikan dory selepas dinyahbekukan.. Defrost dory fish..
So, jadi lah resipi2 ciptaan sendiri untuk orang kencing manis seperti di bawah ini yang saya masak selama beberapa hari untuk emak:
1. Sup air fucuk, soon, kentang dan cendawan shitake (every day)
2. Brokoli dan cendawan shitake bersos tiram
3. Tofu kukus bersama brokoli dan cendawan shitake
4. Ikan Dory goreng tepung
5. Ikan Dory masak halia (sbb musim CNY dan tak boleh guna gula, gantikan dengan beberapa ulas limau mandarin.. rasanya not bad juga laa..hhehe)
6. Sayur kacang goreng
7. Sayur campur (kacang, cendawan shitake, lobak dan brokoli)
Yang ini salah satu cara masak tumis air ini.. http://kasihasakura.blogspot.com/2009/01/tumis-air-fucuk.html
Kalau cara saya:
1 ulas bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1-2 keping halia - dihiris
sedikit ikan bilis - ditumbuk
tumis bahan2 di atas sehingga garing/naik bau. Masukkan air.
Masukkan:
1 biji kentang dipotong 4
beberapa keping cendawan shitake
(kalau yg kering telah direndam dahulu selama 2-3 jam dan dihiris halus. kalau yg fresh, hiris halus aje)
fucuk (telah direndam dahulu dalam 10-15min)
Apabila kentang telah lembut, masukkan lobak yang telah dipotong serong/ brokoli.
Biar seketika. akhir sekali, masukkan sedikit garam dan soon (juga telah direndam seketika). kacau seketika dan tutup api.
Senang sahaja masak org sakit ni.. Cuma jgn letak gula. Sos, kicap dan sos tiram kalau boleh jgn letak atau kalau perlu letak sedikit sahaja.. So far feedback daripd abah, emak makan semua lauk habis.. kira ok la tu kan hahahha
Yang ketiga, medicine atau ubat2an.. Sila makan ubat yang disediakan doctor sahaja.. jgnla makan ubat2 lain sewaktu dgnnya waktu ini…
Supplement.. ok .. ini la yg saya buat. Kerana dua perkara, pertama kerana supplement ini terletak di bawah kategori makanan yang elok dimakan (sayur/vege and herba/herbs). Yg kedua, kerana hadis2 Rasulullah yang memuji makanan ini.. iaitu bahan dari pokok zaitun (pohon yang paling banyak keberkatan) dan biji hitam habbatus sauda (biji yang menyembuhkan segala penyakit kecuali maut/mati).. Mula2 beli dulu sebab teringin nak anak ku jadi cerdas.. ikut la petua2 mama darwisya/darwish.. Jadi, ku beli extract daun zaitun di sini ; dan minta kak Jawahir belikan minyak habbatus sauda gred A. Harga ekstrak daun zaitun ni di luar adalah RM109 kalau tak silap, tapi beli terus dari pengilang dapat la harga murah sedikit. Kalau sesape mahu, ku ada beberapa botol lagi beli byk haritu utk dpt harga murah + kasi kat beberapa org ahli keluarga.. bolehlah try test cuba.. hehe
Inilah ekstrak daun zaitun tu.. Nama jenama ni Olive Oleo. Yg sebelah tu ialah habbatus sauda (bentuk serbuk), ada jual di menara TM ni.. tak jumpa plak minyak nak beli..
Cara makannya ialah ekstrak daun zaitun dimakan satu sudu teh setiap kali selepas makan (3 kali sehari). Pada waktu malam selepas makan, minum satu sudu teh daun zaitun dicampur 3 titik minyak habbatus sauda.
Oh lupa pula, satu perkara lagi.. Ini terpulang kepada pesakit juga la.. Oleh kerana pembedahan, kaki tidak dapat bergerak seperti selalu. Oleh itu kaki kena diurut setiap hari dengan minyak panas, secara perlahan2 di betis, lutut dan paha supaya darah dapat mengalir dengan baik. Emak pun agak rajin berjalan perlahan2 mundar-mandir di keliling wad di waktu pagi dan petang.
Kita berusaha.. Allah yang menentukan. Alhamdulillah setakat hari ini emak dah boleh berjalan walaupun masih berulang2 alik ke hospital membuat 'dressing' / cucian di luka. Sudah 2 -3 minggu dan daging pun sudah banyak yg tumbuh.. Kalau ada sesapa ada masalah yg sama, cubalah yer.. inshaAllah.
2 comments:
bab makan tu aduh...susah nak avoid tak ambil sos tiram ke kicap ke...buah2 pun suka makan anggur. i should try this
aini, boleh la amik.. cuma kena kurangkan la sementara sakit kencing manis ni.. sebab dlm kicap, sos tiram, sos cili tu kan byk kandungan gula.. cuma kita je tak perasan.. :)
Post a Comment