Tuesday, March 14, 2006

Epilog Bara

Buat seorang teman..
Usah gusar tak mampu melaksanakan impian..
Sekadar, jangan padamkan bara perjuangan.. ;)

p/s: Panjang sikit, belum cerita pasal Bandung lagi. Cerite lain ttg 'Azam' seseorg dulu:p

Epilog Bara
Permulaan kehidupan
Saat bermula udara berlari memasuki kerongkongan
Kita tidak mengenal apa-apa sempadan
Kecuali..kemahuan diri

Dunia tanpa sempadan
Rumah tak berbumbung
Pagar tak berdinding
Tiangnya langit
Lantainya bumi
Lalu
Kita bergulingan di atas bola kehidupan
Disiram hujan kasih sayang
Dipukul angin pelbagai perasaan
Panas & Sejuk, Pahit & Masin, Masam dan Manis,
Hingga akhirnya mencorak warna peribadi kita

Lantas
Kita sudah bijak
Meletak sempadan antara
Betul & Salah
Benar & Silap
Baik & Buruk
Kita bina bilik-bilik di rumah hati
Membuka tangan menerpa tetamu-tetamu ilmu & pengetahuan
Buat menjadi penyeri istimewa

Kadang2 hadir tetamu
Nyaman menyemai…
Kadang2 mampi menggetar
Hati yang terlena..

Bila ribut semangat melanda,
Serasa dunia mampu diajar seorang diri..

Namun, akal sudah menegur
Mengajak pulang ke alam realiti kehidupan
Panasnya harus berdikit
Supaya ramai menganggap kawan
Dan bila sudah cukup besarnya, barulah melanda
Tak siapa mampu berlawan

Diam-diam membakar impian
Biar selembut mana bayu semangat bertiup
Biar setebal mana kesibukan menggunung di jalan

Jangan padamkan api impian itu..
Jangan padamkan semangat perjuangan itu..

Biar seketika, asalkan masih berbara walau dalam sepi
Kerana bukankah bara juga boleh membakar di dalam tenang… :)

Keramat, Kuala Lumpur
13/3/06

1 comment:

IeNa said...

:)

Tiada kata yg dpt diungkapkan atau menggambarkan rasa di hati.

Barakallahu fiik :)