Monday, March 20, 2006

Cerita saya

[1]
Bandung -Puncak - Bogor - Bandung

Agak lewat bercerita. But it's better than never kan.
Tak banyak saya nak cerita tentang Bandung (dan tempat2 lain yang dilalui di sana). Kami bertolak pagi, jam 5 dari rumah ke KLIA. Check-in jam 6.40am. Flight berlepas dari KLIA jam 8.00 pagi. 2 jam lebih kemudian, kami sudah tiba di Bandung, sudah ada kumpulan awal yg pergi dahulu menunggu kami bersama sebuah lagi teksi. Waktu Bandung lewat 1 jam 13 minit berbanding waktu Malaysia.

Sampai2 sahaja kami terus ke Puncak, perjalanan lebih 2-3 jam ke sana. Berhenti seketika di Puncak, kami menuju ke Bogor. Check-in jam 2 petang waktu sana (3.15 ptg). Tapi terasa sgt lapar dah waktu tu, baru perasan rupanya sudah lebih 2 jam lewat dr waktu makan biasa.

Ada juga kami ke zoo safari, menyaksikan hidupan liar tapi tetap berada dalam kenderaan. Pengalaman harimau duduk melintang tepi jalan, atau melihat singa 'bergurau' dlm jarak kurang 2 meter. Juga gajah2 yang menari mendengar lagu. Kalau ada kesempatan saya akan upload gambar.

Esoknya kami menuju ke air panas. Dan kemudian ke Tangkuban Perahu, tempat di mana gunung berapi masih lagi aktif. Petangnya pulang ke Bandung.

Di Bandung, byknya masa habis di shopping kompleks dan tempat membeli belah. Tak banyak yg dpt dibeli.

Mengutip pengalaman di bumi orang, mereka melakukan apa shj dan menjual apa shj untuk mendapatkan wang. Korupsi terserlah, perjalanan dr Bandung ke Bogor teksi kami ditahan beberapa kali oleh polisi mereka walau tiada kesalahan dilakukan. (Nota: Di Indonesia takde speed-trap dan kereta boleh dipandu selaju 160km/sejam tanpa disaman).

Kurang selesa juga untuk berjalan2 dan menikmati pemandangan kerana asyik didesak membeli brg2 jualan. Mereka akan kerumuni kita dan 'memaksa' kita membeli. Harga makanan juga mahal sekali berbanding yg dikenakan pada org tempatan. Bayangkan, harga makanan di shopping kompleks lebih murah berbanding restoran kawasan pedalaman. Hampir semuanya perlu berbayar.

Pangkat dan darjat juga amat kuat di sana. Org kebanyakan tidak singgah duduk di restoran. Shopping kompleks juga kebanyakannya org berada. Bagi mereka di sana, org Malaysia semuanya kaya2. bayangkan gaji di sana 600K rupiah (tukaran sekarang kira2 RM300) adalah paling minimum diperlukan sebulan. 2.5 juta gaji ketua kantor sudah dikira mewah. Gaji kebanyakan buruh 400K rupiah. Gaji kita di sini berjuta2 rupiah tapi sekadar secukupnya sahaja.

Apa2pun, berjalan di bumi orang dapat melihat pelbagai telatah. Walaupun realiti tidaklah seindah khabar. Al-Hamdulillah moyang dahulu datang berhijrah ke Tanah Melayu. Kalaulah mereka masih tetap di sana, nasib kita mungkin serupa juga seperti mereka..

Allahu'alam.

[2]

Saya ingin menjadi:
1. Orang yang memegang janji, apabila berjanji
2. Orang yg menjaga amanah, apabila diberi amanah
3. Orang yg tidak berlebihan dalam marahnya

Malangnya, hati saya masih belum mampu dididik sepenuhnya oleh ilmu pengetahuan saya. Mungkin pada 1 & 2 tidak terlalu sukar untuk saya lekasanakan, tetapi pada 3 saya masih berusaha melembutkan hati dan mendidik jiwa ini.

Tuhan, maafkan saya.
Tidak mampu melaksanakan lagi apa yang saya ketahui.

Jangan menangis kawan.
Ini bukan salah sesiapa. Cuma hati saya yang belum sempurna.
Maafkan saya!

Saya perlukan sedikit ruang & masa, memujuk diri dan mendidik hati.
Insha-Allah tak lama lagi saya akan kembali.
Terima kasih untuk ruang dan masa yang diberikan untuk saya bersendiri.

No comments: