Monday, May 16, 2005

Mathematics & Economics

Bagai aur dan tebing, bagai laut dan pantai, bagai lagu dan irama.
Begitulah Economy dan Mathematic adalah sesuatu yg sukar juga untuk dipisahkan.


"Heh, apa ika merepek ni", mungkin pertanyaan begitu terloncat dlm minda korang semua. Hehe ni lah yg difikirkan dan dikatakan yeah betullll.. apa yg kite nakbuat sekarang? tunggu, diam? terima ajeler dah ke**j*an pun dah sediakan byk kemudahan kat kite... ? heh, ayat kontroversi.. Maapler yer, saya rakyat marhein.. Tak kiralah sape pemimpinnyer, haluan kanan ke kiri ke yg saya tahu saya ada hak bersuara..

Psst.. Kalau gini kite naikkan jugalah nisbah gaji kepada perbelanjaan..dengan ini bolehkah pihak yg berkuasa menurunkan kuasa pembelian (reduction of purchasing power) menaikkan pula gaji2 kami rakyat marhein yang tak berdaya ni kepada sekurang2nya 50%? :P Oh, BTW maybe ada di antara korang dah baca/terima mende ni.. abaikanjeler, atau kasi komen sekali? ;)

~~aku insan biasa yg berpijak di bumi nyata tanpa prasangka dan prejudis.. hanya kerana Dia.. DIA, Tuhan Penguasa Alam!! ~~

====
Ilmu Hisab Darjah Satu
Oleh Dr Ekonomi (Laman M@RHAEN)

Seorang bekas pemimpin berceloteh mengenai kenaikan harga minyak yang dia anggap tersangatlah munasabah dan sungguh masuk akal. Antara lain, dia berhujah dengan hujah yang sudah lapuk lagi mual iaitu harga minyak di Malaysia masih lagi terendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Dia memberi contoh, di Britain harga minyak lebih kurang dalam RM7 seliter, jauh lebih tinggi, berlipat kali ganda daripada harga di Malaysia.

Dalam ilmu hisab, kita ada diajarkan dengan tajuk PERATUS. Naik sekolah menengah, ada tajuk advance sikit: NISBAH DAN KADARAN. Tajuk-tajuk ini adalah tajuk yang paling asas (basic) dalam ilmu hisab. Kalau tajuk-tajuk ini pun kita tak boleh paham, makna kata, memang kita buta ilmu hisab.

Bila kita kata harga minyak kita jauh lebih rendah dengan Britain, kita mesti tanya balik: Berapa NISBAH perbelanjaan minyak seliter orang Britain(British) BERBANDING dengan gaji sebulan mereka? Kemudian, kita kira pula nisbah perbelanjaan minyak seliter orang Malaysia pula (berbanding dengan gaji sebulan). Kemudian, baru kita boleh buat satu perbandingan yang adil dan tidak berat sebelah (fair comparison).

Ambil contoh kelas menengah di Britain dan di Malaysia. Gaji eksekutif muda di Britain lebih kurang dalam £2,000 sebulan. Gaji eksekutif muda di Malaysia pun lebih kurang dalam RM2,000 sebulan. Eksekutif di Britain hanya membayar sebanyak 81 pence (£0.81) seliter. Eksekutif di Malaysia pula kena bayar RM1.48 seliter. Sekarang, tolong kira berapa NISBAH harga minyak seliter dengan gaji sebulan bagi kedua-dua negara? Siapa yang lebih rendah dan siapa pulak yang lebih tinggi?

Itu baru cerita pasal minyak. Belum cerita pasal harga barang makanan lagi.Eksekutif di Britain boleh beli barang-barang dapur dengan harga yang amat murah. Barang-barang makan seperti bijirin sarapan pagi masih boleh dibeli pada harga di bawah £1. Coklat Snickers boleh dibeli pada harga 30 pence satu. Bak kata orang, kalau bawa £50 pergi membeli-belah, jawabnya 2-3 troli kena pakai bawa barang keluar. Banding pula dengan eksekutif di Malaysia. Boleh beli barang makan di bawah harga RM1? Boleh jumpa Snickers pada harga 30 sen? Berapa banyak barang boleh dapat kalau bawa M50???Dengar cerita, sardin cap ayam pun dah dekat RM5 setin, mampus tak makanlah kalau orang takde duit! Memang tak hairan kalau eksekutif muda Britain boleh pakai BMW second-hand, boleh beli tunai (cash) lepas kerja 6 bulan.Eksekutif di Malaysia?? Kancil cabuk pun kena berhutang sampai 7 tahun. Nak beli BMW second-hand?? Kirim salam.......

Jadi, bila campur-campur semua ni, kita boleh dapat NISBAH besar PERBELANJAAN BERBANDING dengan PENDAPATAN. Perbandingan nisbah adalah perbandingan yang lebih munasabah, adil dan masuk akal. Kalau membanding dengan kos yang ditukarkan ke mata wang Malaysia, memang jelas dan terang seolah-olah harga di Malaysia adalah yang terendah dalam dunia, tapi jangan kita lupa pula gaji bulanan kita pun terendah juga! Jangan ambil sekerat-sekerat, jangan highlight satu aspek sahaja, tapi aspek lain cuba disorok-sorokkan.

Kadang-kadang, bila jabatan-jabatan kerajaan dan media-media keluarkan statistik, nampak macam tak pernah pergi sekolah punya orang. Nak kata tak pergi sekolah, tapi di belakangnya bergulung-gulung ijazah dan PhD sana sini, kononnya akulah yang terhebat dalam dunia. Tapi, apa yang diwar-warkan lebih rendah dari taraf hampas kelapa sebab hampas kelapa masih lagi boleh diberi makan kepada ayam.
Dr. Ekonomi - 07.05.2005

3 comments:

Anonymous said...

an economist will always be an economist.. :p

~AzK~

ieka said...

:D

kuang kuang kuang :P

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya setuju tuh. Apa diaorang ingat kita budak-budak ke? bagi cekelat, terus duduk diam...heheh.:)

Nanti2 pulak, tol pulak naik. lepastu minyak. Declare untung tahunan berjuta-juta. Nak tunggang kuda, takde jln utk kuda pulak. Ish ish...