[Dia 1]
Dia.
Peneraju ke-3 yang terkenal kerana perkahwinannya dengan 2 puteri adik-beradik.
Insan hartawan, namun tetap zuhud dan dermawan,
Diangkat sebagai pemimpin atas mesyuarah dan undian, bukan keturunan
Seringkalinya disalahtafsirkan tentang keberaniannya, tentang sifat lemah-lembutnya, tentang kepimpinannya.
Sedangkan hadirnya di ketika kaumnya memang sudah amat maju dan berjaya
Samada dalam politik ataupun perniagaan
Maka diakah yang harus disalahkan?
Di waktunya hadir fitnah dari kalangan yang mengaku saudara
Hampir-hampir mencetuskan perang saudara
Namun,
Dia itu.. Berkat didikan Penghulu Mulia..
Menolak seruan untuk peperangan bermula
Walau tahu keputusannya itu kelak
Bererti nyawanya di hujung pedang
Maka siapakah pemimpin seberani itu
Menanti ajal tanpa ada keraguan
Dia.. hanya Dia..
[Dia 2]
Dia
Darinya lahir cucu-cucu kesayangan Penghulu Mulia
Dan dia pemilik puteri kesayangan Penghulu Mulia
Peneraju ke-4 kepimpinan yang dipilih
Keberaniannya tidak pernah disanggah
Saat berganti tidur di perbaringan Penghulu Mulia
Bila perancangan musuh ingin membunuh baginda
Pada satu tarikh hijrah Penghulu Mulia dan sahabat yang sentiasa membenarkan
Namun baginya bukanlah keturunan yang menjadi ukuran
Melainkan iman dan taqwa
Kerana
Anak Nuh a.s. itu juga ditelan bumi lantas tiada iman pada Yang Maha Esa
Dan bila angin fitnah menyerbu masuk lintang-pukang dari segenap arah
Mata sudah gelap melihat yang mana saudara yang mana dendam
Dia juga menerima nasib serupa sahabat sebelumnya
Di hujung pedang,
Kembali mengadap Ilahi di ketika sedang sujud menyembahNya
Dia..
[Dia 3]
Dia merupakan salah seorang cucu Penghulu Mulia
Menjadi kesayangan, menjadi cerita dalam hadis dan sunnah
Setelah kewafatan ayahanda tercinta
Dilantik terus atas dasar keturunan
Untuk menjadi pemimpin ke-5
Namun, demi Islam dan perdamaian
Dan mengelak berlaku lagi perang berterusan
Lantas amanah diserahkan kepada yang lebih berkemampuan
Bukan kerana undian, tetapi lantikan turun kepadanya
Kerana dia telah membuktikan
Kemampuan memelihara kawasannya
Hanya 6 bulan memegang pemerintahan
Tapi itu bukanlah ukuran
Lantas kalimah Tauhid itu bukanlah mainan duniawi semata
[Dia 4]
Dia
Yang namanya sering terpesong dari sejarah
Sering diejek dan dibenci
Sedangkan dia adalah antara yang terhebat dalam sejarahnya
Dilantik istimewa sebagai pencatat wahyu Ilahi
Dihadiah anugerah salah seorang penghuni syurga Firdausi
Sejak sebelum masanya menghadap Ilahi
Gabenor Syria yang terkenal berhemat dan berani
Manakan tidak, di sempadannya tentera Romawi berbaris rapi
Jikalau tidak terkena gaya pasti tersungkur jerih-perih
Namun hingga ke akhirnya, dia jua yang mengatur serangan ke situ
Permulaan kejatuhan angkuhnya Romawi
Rapatnya dengan saudara terdahulu ibarat kuku dan jari
Terbunuhnya saudara di Karbala amat ditangisi
Tetapi keluarga saudaranya tidak pernah membenci
Apatah lagi menyalahi kerana memang itu hukum peperangan di waktu itu
Dan dia bukanlah mencuri tampuk pemerintahan secara paksa diri
Namun dipilih dengan rela hati bukti kekuatan jatidiri
Kerana di zamannya jua Islam itu amatlah maju menakluki dunia
Dari segenap aspek rohani, perniagaan hinggalah perkembangan intelek
Maka
Jikalau dia diragui serta dimusuhi
Bukankah yang tercatat di lembaran suci juga bakal dihantui kebenarannya
[Monolog 1]
Manakah yg perlu diikuti?
Catatan sejarah yang diputar-belit untuk menjajah pemikiran secara tidak disedari, tapi perlu untuk mendapat markah yang tinggi..
Atau..
Bukti sebenar yang tercatat pada kewujudan terdahulu….
[Monolog 2]
Demokrasi atau undian
Lantikan melalui keturunan atau pusaka
Tiada salah keduanya, sebab itu ciptaan manusia sebagai penggantinya
Asalkan ketuanya bukanlah porak peranda hidupnya
Bukankah Nakhoda itu ketua ke mana arah kapalnya.
Wallahualam.
*******
Those people mentioned was
1) Saidina Uthman b Affan r.a
2) Saidina Ali b Abi Talib r.a.
3) Hussien b Ali
4) Muayiwah b Abu Suffian
These facts were gathered from a class given by Ustaz Abdul Nasir at IIS Setiawangsa few weeks back. Specially wrote for Araamy. Thanx. ;)
5 comments:
humang aii..
err.. umang2 ke? :P
Kupasan konflik & isu saidina Ali r.a, Hussien r.a, & Mu'awiyah telah diolah menarik dlm cerpen Akhi Masrawi - tersiar dlm Dewan Agama Mac 05. Check it out! ;)
ieka ingat lagi As (FCR)?
just nak tanya, dia yg ke 3 tu, Hussien bin Ali ke? Bukan Hassan bin Ali.
hehehe, lama tak bertegur sapa.
hii As!! mestilah ingat.. haah lama betul tak dgr khabar kan.. erm, yg ni ika gi kelas sirah one of the ustaz kat saba' tu (Allah, terlupa plak nama dia siapa).
Post a Comment