Tomorrow, I will be leaving for Sabah for Quality Audit, sekaligus pergi bercuti for a week. Next week, baru masuk semula ke ofis. So, if blog ni kembali diam sepi tahulah kenapa yer...
@---
I've created a story i believe no one ever heard before. But I have forgetten for what reason, and what is the moral of the story. It was first wrote on 15/12/2004. Quite sometimes kan. :) So, I guess after reading the story you will have to find it urself what is the hidden messages inside. Give me some of your comments, will ya?
Sampai jumpa lagi.. Doakan saya selamat kembali. :)
Wasalam.
**********
15/12/2004
Have u heard a story about “Si Pembuat Kasut” and “Si Penempah Kasut”? I guess only 1 or 2 just heard about it since cerita ni baru je dpt ‘ilham’ rekaannyer. Ehhe So the next thing is that I am going to convey it in Malay.. Terimalah cerita tentang Si Pembuat Kasut dan Si Penempak Kasut.
Pada satu masa terdapat seorg lelaki Si Pembuat Kasut yang tinggal di pinggir hutan. Si Pembuat Kasut kerjanya sehari-hari adalah membuat kasut dan memperbaiki mutu kasutnya. Daripada menghasilkan kasut-kasut yg biasa sahaja mutunya, lama-kelamaan Si Pembuat Kasut semakin mahir dan hebat membuat kasut. Suatu hari, Si Pembuat Kasut telah berkenalan dengan seorang lelaki. Sahabatnya ini ingin menempah sepasang kasut yang cantik untuk isteri kesayangannya. Lantas dia berkata kepada Si Pembuat Kasut:
“Wahai sahabatku Si Pembuat Kasut, ciptakan aku sepasang kasut yg paling indah dan cantik sekali mutunya yang tidak pernah engkau buat untuk wanita lain sebelum ini”.
Maka si Pembuat Kasut itu pun memulakan tugasnya dengan tekun dan bersungguh-sunguh membuat sepasang kasut istimewa yang paling cantik dan indah mutunya, yg belum pernah dibuatnya sebelum ini. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, masa berganti masa.. Akhirnya setelah bertungkus-lumus si Pembuat Kasut pun telah berjaya menyiapkan sepasang kasut impian dengan hati yg sangat gembira. Lantas pada hari yg dijanji-janjikan, sahabatnya itu pun dtglah utk melihat hasil ciptaan si Pembuat Kasut ini.
Si Pembuat Kasut dengan bangganya menujukkan hasil ciptaannya yg teristimewa itu. Apabila sahaja sahabatnya itu melihat kasut tersebut, di dalam hatinya terselit rasa kekaguman ke atas kecantikan dan keindahan kasut yg tidak pernah dilihatnya di mana2 rekaan itu… Dan ketika itu syaitan pun masuk menyelinapkan janji-janji bersulam durinya. Tiba2 Si Penempah Kasut berasa iri hati atas kepandaian sahabatnya itu. Dalam fikirannya terfikir, “Aaah, kalau kelak aku tunjukkan kasut ini kepada isteriku sudah tentu dia akan memuji kehebatan Si Pembuat Kasut itu, lantas pujian demi pujian akan menyebabkan hatinya teringin untuk bertemu Si Pembuat Kasut. Kemudian isteriku akan memaksa aku untuk membawanya sekali bertemu Si Pembuat Kasut dan bila kesempatan itu ada isteriku pasti kagum dengan hasil tangan Si Pembuat Kasut yang lain. Akhirnya, isteriku jatuh cinta dengan Si Pembuat Kasut dan kemudian sanggup meninggalkan aku keseorangan??? Ini tidak boleh jadi..terlalu banyak risiko yang akan aku hadapi.. Aku marah!! Aku benci!!”
Lantas, kata Si Penempah Kasut:
Ahh, hasil apa ini. Sungguh, tidak pernah aku lihat mana2 pembuat kasut yang hasilnya sehodoh kamu. Ini yang kamu katakana hasil terbaikmu? Jadi, kamu katakana aku harus menjadikan ini sebagai hadiah istimewa buat isteri tersayangku? Tidak..terima kasih sahaja.
Marahnya hati Si Pembuat Kasut:
Ahh, kamu menghina aku sedemikian rupa. Apakah kasutku yg hodoh atau kamu itu yg cemburu buta memandangkan kerjamu hari2 hanyalah duduk2 sahaja tidak punya kepandaian seperti aku. Sudah , sudah.. Pergi kamu, aku tak ingin bertemu lagi dengan orang sepertimu ini!!
Mudahnya prasangka bersarang… Sehingga persahabatan bertukar permusuhan panjang… Remuk sudah hati Si Pembuat Kasut dengan sahabat baiknya sehinggakan remuk yang sukar dipadam.. Dia bagaikan berikrar di dalam diam tidak akan menjualkan kasut kepada mana-mana lagi lelaki yang ingin membelikan isterinya kasut buatannya.
Hinggalah pada satu hari, datang seorang lelaki berulang-alik di kedainya beberapa kali. Kehairanan Si Pembuat Kasut. Bimbang jika dia dirompak, apalah yang ada dalam kemiskinan hidup ini. Jika diambil peralatannya, maka apa lagi yg ada demi mencari rezeki sesuap nasi. Tapi, bila ditelitinya pakaian lelaki itu nampaknya baik2 belaka lalu diteruskan kerjanya tanpa menghiraukan lagi perlakuan pelik lelaki itu.
Akhirnya, setelah beberapa kali mundar-mandir lelaki itu berhenti. Melihat-lihat hasilnya dan kemudian terpandang pada sepasang kasut ciptaan Si Pembuat Kasut yg teristimewa, hingga terputus persahabatannya. Terfikir si lelaki itu, pasti itu hadiah yang boleh dijadikan sgt istimewa untuk orang kesayangannya.
Si lelaki itu berbasa-basi kepada Si Pembuat Kasut tentang kasut yang bersesuaian untuk orang kesayangannya, kemudian terus ditanya tentang kasut istimewa tersebut.. Terkejut sungguh Si Pembuat Kasut, bagaikan teringat kisah lalu. Lalu dikatakannya kepada Si Lelaki itu, “Tidak..tidak, kasut itu kalau sesiapa yang memakainya akan menjadi hodoh. Aku tidak akan jualkan kasut sebegitu. Harganya terlalu tinggi, kamu tidak akan mampu memilikinya. Cari sahaja kasut-kasut lain di kedaiku ini yang lebih cantik dan murah harganya”.
Tersentak Si Lelaki itu. Bagaikan angkuhnya kata-kata Si Pembuat Kasut. Ahhh, kalau seangkuh ini si pemiliknya biarkan saja. Aku punya ramai kenalaan, boleh mencari yang seratus kali lebih baik dari ini. Si Lelaki berlalu pergi dengan perasaan yang berbuku…
Si Pembuat Kasut termenung lagi. Kalaulah tidak tersilap katanya, sudah pasti dia boleh mendapat harga yang baik, rezekinya pasti ada pada hari itu dan paling penting ada seseorang yang menghargai bakatnya. Apakan daya, peluang itu sudah pergi. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah meneruskan kehidupan ini…
*************************
No comments:
Post a Comment