Friday, March 25, 2005

[:p]
Err.. hello again..
Rare isn't it for seeing me with 2 posting on the same day. ;) But, can't wait to share this with all of u. Before i forget again.:)

These things do really make me feel Highs! *terbang tinggi di angkasa raya..heheh*. If dlm Bahasa, Siti would say "Hati yang berbunga-bunga" kan siti kan.. ahhahah

Natural Highs...
===========
1. Being in love.
2. Laughing so hard your face hurts.
3. A hot shower.
4. No queues at the supermarket.
5. Taking a drive on a pretty road.
6. Hearing your favourite song on the radio.
7. Lying in bed listening to the rain outside.
8. Hot towels fresh out of the dryer.
9. Chocolate milkshake ... (or vanilla ... or strawberry!)
10. A bubble bath.
11. Giggling.
12. A good conversation.
13. Finding a $20 note in your coat from last winter (or the last time you wore a coat. Malaysia ni kan panas)
14. Running through sprinklers.
15. Laughing for absolutely no reason at all. <--aku mmg selalu buat ni.. hahahah saiko:P
16. Having someone tell you that you're beautiful.
17. Accidentally overhearing someone say something nice about you.
18. Waking up and realising you still have a few hours left to sleep.
19. Making new friends or spending time with old ones.
20. Having someone play with your hair.
21. Sweet dreams.
22. Making eye contact with a cute stranger.
23. Holding hands with someone you care about.
24. Running into an old friend and realising that some things(good or bad) never change.
25. Watching the expression on someone's face as they open amuch-desired present from you.
26. Getting out of bed every morning and being grateful foranother beautiful day.
27. Knowing that somebody misses you. ;)
28. Getting a hug from someone you care about deeply.
29. Knowing you've done the right thing, no matter what other people think.

Doa Hari Ini

[ =) ]
Al-Hamdulillah hari ini masih dikurniakan nikmat lagi utk hidup di bumi Allah SWT. Thanx to Siti for telling me that u miss me. I miss u too, and miss our old times.. hahaha (ops, korang jgn ingat aku ni Lesb**n althou pernah buat statement kurang berperasaan kat lelaki:P). Oh, BTW kena ckp juga kang Siti taknak belanja aku. p/s: Siti, kalau satu tu aku nak belanja makan (for econs subject) and satu lagi nak hadiah (for bday) boleh tak? He He He byk plak demand die..

Oh, al-Hamdulillah as well as i became the winner of previous quiz held by DikNon ini. *wink* dpt hadiah lagi;) . I thought at this age i won;t received any present/gift anymore. ( i know i will received it, but if and only if i get married)


[ O:) ]
Kak Umamah sent me this msg this morning:

"The Messenger (Peace and Blessings Be upon Him) said: "A Dua between Azan and the Iqamat is not refused, so make du'a at that time."
Doa di antara waktu Azan dan Iqamat tidak akan tertolak, maka berdoalah pada waktu itu.

[Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban] The Messenger (Peace and Blessing Be upon Him) said: "Three kinds of du'a are not rejected - or rarely are they rejected - du'a at the time of the call for prayer, and du'a at the time of fighting when the warriors are engaged with each other,and also during rain"
3 doa yang tidak akan tertolak- atau jarang ditolak adalah: 1) Doa di waktu azan 2) Doa di waktu berperang semasa pejuang sedang berjuang 3) Doa di waktu hujan

[Abu Dawud] The Messenger (sallallaahu 'alaihi wa sallam) said: "Three types of du'a are undoubtedly granted: a parent's du'a for his children, du'a of a fasting person, and du'a of the traveller."
3 doa yang pasti dikabulkan: 1) Doa seorang ibu/bapa utk anak-anaknya, 2) Doa org yg berpuasa 3) Doa org yg bermusafir

[Abu Dawud] The Prophet (Peace and Blessings Be upon Him) said: "The servant is closest to his Lord while in sujud, so ask Allah in that time."
Seorang hamba itu sangat dekat kepada Tuhannya sewaktu dia sujud, dan mintalah pada Allah pada waktu itu.

So make Dua. Marilah berdoa pada penghulu segala hari ini. (This doa was copy & paste from a friend's email)

Bismillahirahmanirahim.

Ya Allah hamba berlindung kepadaMu dari kesombongan orang berkuasa, yang berdiri gagah tanpa punya malu kerana merasa diri mereka lebih tinggi dari rakyatnya, padahal rakyatnya itulah yang meletakkannya di kerusi dan membiayai hidup mereka, namun rakyat itu pulalah yang menjadi sasaran dari paluan dan asakkan para penguasa.

Ya Allah hamba berlindung kepadaMu dari kesombongan orang kaya, yang berjalan acuh tak acuh dan mendongakkan kepalanya kerana merasa dirinya lebih penting dibanding orang-orang lainnya, padahal orang banyak itulah sumber penghidupan dan kekayaannya, namun orang banyak itu pulalah yang selalu disuruh siap dibeli kehormatannya dengan wang dan harta mereka.

Ya Allah hamba berlindung kepadaMu dari kesombongan orang pandai, yang selalu merasa lebih hebat dari orang lainnya, sehingga ia membuka mulutnya lebar-lebar dan memuntahkan hujan kata-kata yang berasal dari perasaan pandai dan hebat di dalam dirinya, padahal inti kepandaian adalah kesanggupan untuk mendengarkan serta kerendahan hati untuk tidak banyak membuka mulut, dan puncak tertinggi keterpelajaran berbanding sejajar dengan tingkat kesedaran atas kebodohan diri.

Ya Allah hamba berlindung kepadaMu dari kesombongan orang masyhur yang selalu merasa lebih khusus dibanding orang-orang disekitarnya, yang menyangka bahawa kemasyhuran adalah kelebihan darjat atas orang lainnya, yang mengira bahawa kemasyhuran adalah sama dengan keunggulan dan kehebatan, yang perilakunya mengandalkan ( bersandarkan ) " kerana aku masyhur maka aku hebat ", bukan membuktikan bahawa "kerana aku bermanfaat maka aku ( terpaksa ) masyhur. "

Ya Allah hamba berlindung kepadaMu dari kesombongan orang alim sholeh, yang ke mana-mana sibuk merasa bahawa yang selain dirinya adalah najis, yang tidak punya kemampuan lain kecuali merasa dirinya suci dan selalu benar, yang beranggapan bahawa Tuhan adalah anak buahnya, bahawa para Nabi dan Rasul adalah staf dan bawahannya untuk melaksanakan kepentingan-kepentingan diri dan golongannya.

Wallahualam.

Wednesday, March 23, 2005

The Different

Someone will understands the reason for this posting.. :P

The different between Telecommunication & Telecommunications

Telecommunication
1. The electronic systems used in transmitting messages, as by telegraph, cable, telephone, radio, or television.


Telecommunications
1. The branch of electrical engineering concerned with the technology of electronic communication at a distance.

Dalam bahasa lain, Telecommunication ialah alat yang digunakan utk menyampaikan mesej secara elektronik samada dgn telegraph, kabel, telepon, radio, tv dsb. Manakala, TelecommunicationS adalah salah satu bidang dlm kejuruteraan elektrik yang meliputi teknologi berkaitan komunikasi menggunakan elektronik dari jarak jauh.

Betui tak? :P
yeah yeah, dapat hadiah besh!! ahhahahaha

wasalam..

[p/s: ada org tegur saya dah nampak gelap.. waaaaaaaaaaaa :(( manakan tidak, 5 jam berendam main snorkelling dlm laut:P]

Monday, March 21, 2005

Pelihara Lidah & Hati

[1]
I had a great vacation in KK, esp. when it comes to snorkelling at Pulau Sapi, and am planning to visit there soon if allowed by time & the Boss in June for the Kinabalu Mountain. (OK, actually planning to join Siti’s group for the next visit:P)

The best part is that I found a lot of Nemos there, the water is ice-cooling, the scenery is spectacular (tapi takleh lawan P. Perhentian lagila:D) but it was so tiring. We were floating on the seawater for about 5 hours. Hhehe lama kan? : )) Tapi, ade satu cerite best.. when we arrived at the jetty, we care less to see what type of fishes they have inside there. At time to depart back to KK, only then we found out that they have Killer Shark and some kind of other shark fish inside.. tetibe terasa :GULP: ahahhah sib baik sib baik tak gi dendalam...

Ape2 hal pun, in the end it doesn’t even matter sbb aku dah shopping abis kat sana..ishhh!!

[2]
Oklah, nampaknyer takde sape pun nak komen cerite kat bawah. Tak best ek cerite pasal kasut tu? Ahahahah. So, ade sedikit nak cerite sket kali ni. Maybe sebenarnyer antara kite semua dah biasa kot dengar perkara2 macam ni: Pelihara Lidah & Hati. Tapi bak kata hany, sekadar a refresher.

Pasal apa aku nak sentuh ttg lidah & hati? Sbb kdg2 kite tak sedar kite buat mende ni.. Cthnya? Cthnya kalaulah kite ckp sesuatu tu secara lisan, telinga mendengar kan..dan kesannya secara langsung dekat hati akan dilihat..

Tapi kalau kite chat, kdg2 kite tak sedar kite buat menda2 yg tak sepatutnya.

Mengambil dr ayat al-Quran (ade sesape leh tolong updet verse mana), org perempuan disuruh bercakap dengan baik dengan yg bukan muhrim dan jgn menggunakan suara yg mendayu2 bagi mengelakkan org yg ade penyakit dlm hatinya. Maksudnyer bukanlah dituju kepada org lelaki yg ada Penyakit melibatkan Hati, tapi org lelaki yg ditakuti hatinya berkenan kpd perkara yg dilarang. Ibarat kate peribahasa inggeris, Forbidden Fruits.

Dlm perkara ni, suara tu dah dikire aurat kan.? Dlm surah AnNur pun org lelaki dan perempuan sama2 disuruh menjaga pandangan supaya tak memandang kepada sesuatu yg buruk (perkataan2 dlm chatting pun dikira dengan pandangan kan?) Takut2 nanti dpt penyakit hati. Bak kate pepatah bahayanyer mata “Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati” selain dr pandangan fizikal, pandangan perkataan atau tulisan pun boleh menjadikan ‘Cinta’ yg tidak tahu diberkati atau tidak kelaknya. Moga2 kalau berputik Cinta atau Sayang, adalah kerana Allah bukanlah kerana Nafsu dan Keinginan yg tidak berpenghujung.

Jadinya, kalau perkataan2 yg boleh menyebabkan penyakit hati kerana seringkali digunakan boleh menjuruskan keinginan kepada satu pihak lagi perlulah dielakkan. Dan kalau boleh, dlm setiap perkataan walaupun perkataan yg baik membuatkan kite ingat kepada Allah supaya kite tak tersasar jauh.

Maaf, tidaklah berniat nak menegur sesiapa mahupun menyelar sesiapa kerana saya ini seolahnya menunjuk2kan menjadi baik. Cuma sebenarnye kisah itu lebih utk diri saya sendiri. Bimbang, kerana saya rasa saya masih punya peyakit hati. Bimbang kalau bertambah parah kelak jika tidak kena gaya mengendalikannya. Bak kate pepatah, To prevent is better than to cure atau lain bhs: Mencegah lebih baik dari mengubati. Jujurnya berkata, sayalah yg takut dengan keinginan hati yang tak bertepi.

Wallahualam.

Salam hormat buat semua.

Aku sayang kamu kerana Allah.

Monday, March 14, 2005

Kasut

@---
Tomorrow, I will be leaving for Sabah for Quality Audit, sekaligus pergi bercuti for a week. Next week, baru masuk semula ke ofis. So, if blog ni kembali diam sepi tahulah kenapa yer...

@---
I've created a story i believe no one ever heard before. But I have forgetten for what reason, and what is the moral of the story. It was first wrote on 15/12/2004. Quite sometimes kan. :) So, I guess after reading the story you will have to find it urself what is the hidden messages inside. Give me some of your comments, will ya?

Sampai jumpa lagi.. Doakan saya selamat kembali. :)
Wasalam.

**********
15/12/2004
Have u heard a story about “Si Pembuat Kasut” and “Si Penempah Kasut”? I guess only 1 or 2 just heard about it since cerita ni baru je dpt ‘ilham’ rekaannyer. Ehhe So the next thing is that I am going to convey it in Malay.. Terimalah cerita tentang Si Pembuat Kasut dan Si Penempak Kasut.

Pada satu masa terdapat seorg lelaki Si Pembuat Kasut yang tinggal di pinggir hutan. Si Pembuat Kasut kerjanya sehari-hari adalah membuat kasut dan memperbaiki mutu kasutnya. Daripada menghasilkan kasut-kasut yg biasa sahaja mutunya, lama-kelamaan Si Pembuat Kasut semakin mahir dan hebat membuat kasut. Suatu hari, Si Pembuat Kasut telah berkenalan dengan seorang lelaki. Sahabatnya ini ingin menempah sepasang kasut yang cantik untuk isteri kesayangannya. Lantas dia berkata kepada Si Pembuat Kasut:
“Wahai sahabatku Si Pembuat Kasut, ciptakan aku sepasang kasut yg paling indah dan cantik sekali mutunya yang tidak pernah engkau buat untuk wanita lain sebelum ini”.

Maka si Pembuat Kasut itu pun memulakan tugasnya dengan tekun dan bersungguh-sunguh membuat sepasang kasut istimewa yang paling cantik dan indah mutunya, yg belum pernah dibuatnya sebelum ini. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, masa berganti masa.. Akhirnya setelah bertungkus-lumus si Pembuat Kasut pun telah berjaya menyiapkan sepasang kasut impian dengan hati yg sangat gembira. Lantas pada hari yg dijanji-janjikan, sahabatnya itu pun dtglah utk melihat hasil ciptaan si Pembuat Kasut ini.

Si Pembuat Kasut dengan bangganya menujukkan hasil ciptaannya yg teristimewa itu. Apabila sahaja sahabatnya itu melihat kasut tersebut, di dalam hatinya terselit rasa kekaguman ke atas kecantikan dan keindahan kasut yg tidak pernah dilihatnya di mana2 rekaan itu… Dan ketika itu syaitan pun masuk menyelinapkan janji-janji bersulam durinya. Tiba2 Si Penempah Kasut berasa iri hati atas kepandaian sahabatnya itu. Dalam fikirannya terfikir, “Aaah, kalau kelak aku tunjukkan kasut ini kepada isteriku sudah tentu dia akan memuji kehebatan Si Pembuat Kasut itu, lantas pujian demi pujian akan menyebabkan hatinya teringin untuk bertemu Si Pembuat Kasut. Kemudian isteriku akan memaksa aku untuk membawanya sekali bertemu Si Pembuat Kasut dan bila kesempatan itu ada isteriku pasti kagum dengan hasil tangan Si Pembuat Kasut yang lain. Akhirnya, isteriku jatuh cinta dengan Si Pembuat Kasut dan kemudian sanggup meninggalkan aku keseorangan??? Ini tidak boleh jadi..terlalu banyak risiko yang akan aku hadapi.. Aku marah!! Aku benci!!”

Lantas, kata Si Penempah Kasut:
Ahh, hasil apa ini. Sungguh, tidak pernah aku lihat mana2 pembuat kasut yang hasilnya sehodoh kamu. Ini yang kamu katakana hasil terbaikmu? Jadi, kamu katakana aku harus menjadikan ini sebagai hadiah istimewa buat isteri tersayangku? Tidak..terima kasih sahaja.

Marahnya hati Si Pembuat Kasut:
Ahh, kamu menghina aku sedemikian rupa. Apakah kasutku yg hodoh atau kamu itu yg cemburu buta memandangkan kerjamu hari2 hanyalah duduk2 sahaja tidak punya kepandaian seperti aku. Sudah , sudah.. Pergi kamu, aku tak ingin bertemu lagi dengan orang sepertimu ini!!

Mudahnya prasangka bersarang… Sehingga persahabatan bertukar permusuhan panjang… Remuk sudah hati Si Pembuat Kasut dengan sahabat baiknya sehinggakan remuk yang sukar dipadam.. Dia bagaikan berikrar di dalam diam tidak akan menjualkan kasut kepada mana-mana lagi lelaki yang ingin membelikan isterinya kasut buatannya.

Hinggalah pada satu hari, datang seorang lelaki berulang-alik di kedainya beberapa kali. Kehairanan Si Pembuat Kasut. Bimbang jika dia dirompak, apalah yang ada dalam kemiskinan hidup ini. Jika diambil peralatannya, maka apa lagi yg ada demi mencari rezeki sesuap nasi. Tapi, bila ditelitinya pakaian lelaki itu nampaknya baik2 belaka lalu diteruskan kerjanya tanpa menghiraukan lagi perlakuan pelik lelaki itu.

Akhirnya, setelah beberapa kali mundar-mandir lelaki itu berhenti. Melihat-lihat hasilnya dan kemudian terpandang pada sepasang kasut ciptaan Si Pembuat Kasut yg teristimewa, hingga terputus persahabatannya. Terfikir si lelaki itu, pasti itu hadiah yang boleh dijadikan sgt istimewa untuk orang kesayangannya.

Si lelaki itu berbasa-basi kepada Si Pembuat Kasut tentang kasut yang bersesuaian untuk orang kesayangannya, kemudian terus ditanya tentang kasut istimewa tersebut.. Terkejut sungguh Si Pembuat Kasut, bagaikan teringat kisah lalu. Lalu dikatakannya kepada Si Lelaki itu, “Tidak..tidak, kasut itu kalau sesiapa yang memakainya akan menjadi hodoh. Aku tidak akan jualkan kasut sebegitu. Harganya terlalu tinggi, kamu tidak akan mampu memilikinya. Cari sahaja kasut-kasut lain di kedaiku ini yang lebih cantik dan murah harganya”.

Tersentak Si Lelaki itu. Bagaikan angkuhnya kata-kata Si Pembuat Kasut. Ahhh, kalau seangkuh ini si pemiliknya biarkan saja. Aku punya ramai kenalaan, boleh mencari yang seratus kali lebih baik dari ini. Si Lelaki berlalu pergi dengan perasaan yang berbuku…

Si Pembuat Kasut termenung lagi. Kalaulah tidak tersilap katanya, sudah pasti dia boleh mendapat harga yang baik, rezekinya pasti ada pada hari itu dan paling penting ada seseorang yang menghargai bakatnya. Apakan daya, peluang itu sudah pergi. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah meneruskan kehidupan ini…
*************************



Thursday, March 10, 2005

Wonder

[1]
I feel like running here and there. And membiarkan my blog sejuk kesepian lama2. Harap2 nanti bukanlah terus membeku tersimpan...

I wonder how come some women are married, have children and are outside the house working from 7am to 6pm but seems still manage to have funs with ton of books, stacks of movies, and blogging almost everyday.. hehehe :P

[2]
Lately, melihat perkembangan dalam beragama specifically about Islam/Muslim esp. in the west i do not know whether I should say *bangga* atau *bimbang*.

Bangga: Yes, al-Hamdulillah ramai mendapat hidayah dr Allah SWT. Moga byk juga salah faham tentang Islam dapat dikikis.
Bimbang: Diorang tu ikut cara yg sebenarnyer ke atau sesat jalan?

It seems like the ideology spreads so quickly, so fast to the extend some are blindfully following it knowing their wants to seek the true life and their inabilities to gain knowledge about God and the Religion, so they opt for someone or some organizations that are using "Islam" related name. Sadly, some of this so-called Islamic Ideology is actually far away from the path showed by the Prophet Muhammad (peace be upon him). I am not saying that I have enough knowledge, enough evidence that what I am walking and living on is 100% the one and only path the Prophet SAW showed. But I am thankful to Allah SWT for guiding me that I was given chances to meet knowledgeable and reliable people who teach me and tell me and help me in religious matter.

Teringat catatan Aida tentang cerita tinggi-rendah makam seseorg, juga tentang perkara-perkara yg dikaitkan dengan konsep tareqat. Secara jujurnya saya katekan, betul dlm konsep asalnya adalah baik (niat) tapi bukan semua yg kita boleh ambil secara keseluruhan walaupun pernah ditulis dlm kitab2 lama atau apa2 shj. : Niat tidak menghalalkan cara. Kena juga berpaksi kepada kebenaran Al-Quran dan AsSunnah sebabnya Rasulullah SAW dah berpesan selain drpd kedua2nya, umatnya masih boleh sesat. Wallahualam.

Maaf yer.. saya tak bermaksud nak menyinggung mana2 pihak.. Cuma pendapat saya tentang perkara ini, agak sukar kalau mahu diperjelaskan dengan tulisan di web sbb ianya boleh mengelirukan. Seelok2nya diperbincangkan secara bersemuka. Hukum-hakam yg sudah jelas terpampang pun kalau silap diberi penjelasan kepada yg tidak mengetahui, boleh jadi lain hukumnya. Kalau org itu betul2 memahami, mereka akan faham maksud saya. :)

~~
Kalau kamu memahami, kamu tidak akan dapat mengajarkannya.
Tetapi, kalau kamu dapat mengajarkannya bererti kamu masih lagi tidak memahami..
-Falsafah Tao-
~~

Monday, March 07, 2005

Mereka

[Dia 1]
Dia.
Peneraju ke-3 yang terkenal kerana perkahwinannya dengan 2 puteri adik-beradik.
Insan hartawan, namun tetap zuhud dan dermawan,
Diangkat sebagai pemimpin atas mesyuarah dan undian, bukan keturunan
Seringkalinya disalahtafsirkan tentang keberaniannya, tentang sifat lemah-lembutnya, tentang kepimpinannya.
Sedangkan hadirnya di ketika kaumnya memang sudah amat maju dan berjaya
Samada dalam politik ataupun perniagaan
Maka diakah yang harus disalahkan?
Di waktunya hadir fitnah dari kalangan yang mengaku saudara
Hampir-hampir mencetuskan perang saudara
Namun,
Dia itu.. Berkat didikan Penghulu Mulia..
Menolak seruan untuk peperangan bermula
Walau tahu keputusannya itu kelak
Bererti nyawanya di hujung pedang
Maka siapakah pemimpin seberani itu
Menanti ajal tanpa ada keraguan
Dia.. hanya Dia..


[Dia 2]
Dia
Darinya lahir cucu-cucu kesayangan Penghulu Mulia
Dan dia pemilik puteri kesayangan Penghulu Mulia
Peneraju ke-4 kepimpinan yang dipilih
Keberaniannya tidak pernah disanggah
Saat berganti tidur di perbaringan Penghulu Mulia
Bila perancangan musuh ingin membunuh baginda
Pada satu tarikh hijrah Penghulu Mulia dan sahabat yang sentiasa membenarkan
Namun baginya bukanlah keturunan yang menjadi ukuran
Melainkan iman dan taqwa
Kerana
Anak Nuh a.s. itu juga ditelan bumi lantas tiada iman pada Yang Maha Esa
Dan bila angin fitnah menyerbu masuk lintang-pukang dari segenap arah
Mata sudah gelap melihat yang mana saudara yang mana dendam
Dia juga menerima nasib serupa sahabat sebelumnya
Di hujung pedang,
Kembali mengadap Ilahi di ketika sedang sujud menyembahNya
Dia..


[Dia 3]
Dia merupakan salah seorang cucu Penghulu Mulia
Menjadi kesayangan, menjadi cerita dalam hadis dan sunnah
Setelah kewafatan ayahanda tercinta
Dilantik terus atas dasar keturunan
Untuk menjadi pemimpin ke-5
Namun, demi Islam dan perdamaian
Dan mengelak berlaku lagi perang berterusan
Lantas amanah diserahkan kepada yang lebih berkemampuan
Bukan kerana undian, tetapi lantikan turun kepadanya
Kerana dia telah membuktikan
Kemampuan memelihara kawasannya
Hanya 6 bulan memegang pemerintahan
Tapi itu bukanlah ukuran
Lantas kalimah Tauhid itu bukanlah mainan duniawi semata

[Dia 4]
Dia
Yang namanya sering terpesong dari sejarah
Sering diejek dan dibenci
Sedangkan dia adalah antara yang terhebat dalam sejarahnya
Dilantik istimewa sebagai pencatat wahyu Ilahi
Dihadiah anugerah salah seorang penghuni syurga Firdausi
Sejak sebelum masanya menghadap Ilahi
Gabenor Syria yang terkenal berhemat dan berani
Manakan tidak, di sempadannya tentera Romawi berbaris rapi
Jikalau tidak terkena gaya pasti tersungkur jerih-perih
Namun hingga ke akhirnya, dia jua yang mengatur serangan ke situ
Permulaan kejatuhan angkuhnya Romawi
Rapatnya dengan saudara terdahulu ibarat kuku dan jari
Terbunuhnya saudara di Karbala amat ditangisi
Tetapi keluarga saudaranya tidak pernah membenci
Apatah lagi menyalahi kerana memang itu hukum peperangan di waktu itu
Dan dia bukanlah mencuri tampuk pemerintahan secara paksa diri
Namun dipilih dengan rela hati bukti kekuatan jatidiri
Kerana di zamannya jua Islam itu amatlah maju menakluki dunia
Dari segenap aspek rohani, perniagaan hinggalah perkembangan intelek

Maka
Jikalau dia diragui serta dimusuhi
Bukankah yang tercatat di lembaran suci juga bakal dihantui kebenarannya


[Monolog 1]
Manakah yg perlu diikuti?
Catatan sejarah yang diputar-belit untuk menjajah pemikiran secara tidak disedari, tapi perlu untuk mendapat markah yang tinggi..
Atau..
Bukti sebenar yang tercatat pada kewujudan terdahulu….

[Monolog 2]
Demokrasi atau undian
Lantikan melalui keturunan atau pusaka
Tiada salah keduanya, sebab itu ciptaan manusia sebagai penggantinya
Asalkan ketuanya bukanlah porak peranda hidupnya
Bukankah Nakhoda itu ketua ke mana arah kapalnya.
Wallahualam.

*******
Those people mentioned was
1) Saidina Uthman b Affan r.a
2) Saidina Ali b Abi Talib r.a.
3) Hussien b Ali
4) Muayiwah b Abu Suffian

These facts were gathered from a class given by Ustaz Abdul Nasir at IIS Setiawangsa few weeks back. Specially wrote for Araamy. Thanx. ;)

Thursday, March 03, 2005

Fortnight Wrap-Up

[Pemilik Blog]
Hari ini pemilik blog tak sempat lagi nak update blog dier. Atas sebab tu, dia minta penulis undangan untuk mengisi kekosongan update di sini.

Siapakah dia? Jeng! Jeng! Jeng!

[Editor Undangan]
Ermm...siapakah aku? Yang layak diundang-undang...sedang aku masih cuba mengisi ruangku yang kosong. Kerana kesepian ini adalah ruang yang maha luas.

Errr..apa aku cakap ini.
Ika, anda telah mengundang editor yang ***!!!!

[Pemilik Blog]
.. baca je lah ape yg budak ni taip kat sebelah..
sambil rasa nak tergelak pun ada..
isk, mak org ni.. hahahah :p

[Editor Undangan]
errr...ika! Janji taknak reveal identity!!!
:D

[Pemilik Blog]
**konfius...**
(Dalam hati, cepatler sikit editor undangan ni naip.. jap lagi nak balik dah ni :P)

[Editor Undangan]
Inilah akibatnya, kalau dah sibuk tahap Gaban. Kesatria Baja Hitam pun tak sesebuk nih. Tu lah, kecik-kecik curi-curi tengok Meoro Attack...dah besar nak jadi Chiaki pulak! :D

[Pemilik Blog]
Eh, cerita da-chiang ji dah abis ek.. isk, mana ek nak cari pakwe cam panglima Min tu *wink* (erks, lari topik.. ahhaha)

[Editor Undangan]
aaaa...*konfiussss*
p/s: org tak tengok citer da-chiang ji laaa

[Pemilik Blog]
Aaa.. puan editor, kata akhir? Saya nak balik dah..

[Editor Undangan]
Sewa mana? Sewa pc nih seminit lima kupang tau!

[Pemilik Blog]
Begitulah lintas langsung yg dpt kite saksikan dr atas Menara Kuala Lumpur. Kita juga boleh saksikannya dr Menara Maybank. Sekian, laporan ringkas dr kami.


Credit to:
Araamy : AKu nampak mcm blog ko tu lama dah tak update, ek?
Editor Undangan: Siapakah aku?
Ainul: Err.. limau nipis takde kat sini, yg ade limau bali jer..
Lady CT : So silent in ur place... Hampir aku tertidur lihat kamu membuat kerja*:P*
Aini/Aida: hahahahahahaah.. rajin ek follow-up org:P:P
Given2Fly: Sejak bile ko dah update? :-?
Mudin: Psycho lagi ke? heheheheh
Lain2: Erm.. silent readers nampak:>