Tuesday, September 28, 2004

Halal & Haram Food

Salam buat semua.

My headache for these two-days does not seem to stop. It has been quite sometimes i don't get in such 'situation'. With no reason, tetibe menyerang pulak. Semalam, offis dikejutkan dengan berita one of the AGM's daugther was passed away due to demam denggi. She was just 11 years-old. Innalillahi wa innalillahi rajiun. Sampai semalam sahaja usia Allahyarham.

I received an email today regarding currently hot issue on halal food. If any of you came accross the news on a rushed at kilang sembelihan ayam & itik yg bercamput-aduk dgn anak babi, you will know about this posting. Actually, to the muslim- pork and dog (and any part of them) and alchoholic items (beverage, chocolates, food etc) are not permitable to consume. Even any food or materials that come into contact, being cooked or stored together is also not permitable to be consumed though that food is allowed to be eaten by muslims. If we look into the scientific findings, these type of food pork, dog and alchoholic items are full of bacterias and harmful to human's body. This also indicates that Islam does not allows the followers to harm themselves. To my non-muslim friends out there, if u feel like you want to know more regading this issue you may contact/inform me back ok.

So, to all -just an additional knowledge to you, no offends ok. To the muslims, sekadar berhati2 dgn apa yg kita makan. Wallahu a'lam.

===

Edisi KL: Ayam campur babi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Rudy Fazrunisyam Samarudin

SERDANG: Kerajaan Selangor mengarahkan kilang penyembelihan tanpa lesen di sini ditutup serta-merta kerana mencampuradukkan daging ayam dan itik yang dibungkus dalam plastik berlogo `Halal' diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan beratus-ratus ketul anak babi siap diproses.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, berkata tindakan itu perlu kerana pihak berkenaan secara jelas melanggar peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Katanya, tindakan akan diambil mengikut Kanun Tanah Negara dan Akta Perancang Bandar termasuk merobohkan premis berkenaan atau merampas tanah yang diduduki."

Kerajaan memandang serius perkara ini kerana produk kilang itu untuk pasaran pengguna Islam, sedangkan mereka tidak pedulikan sensitiviti orang Islam.

"Saya percaya Jakim akan mengambil tindakan mengikut bidang kuasanya terhadap kilang berkenaan dan kita akan siasat bagaimana kilang terbabit boleh beroperasi sejak sekian lama," katanya kepada Harian Metro, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) bersama pegawai Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor menyerbu kilang terbabit di Bukit Perindustrian Serdang, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan itu, anggota pasukan operasi berkenaan mendapati kebanyakan daging ayam dan itik yang disimpan bersama anak babi di dalam peti sejuk beku itu diedar kepada pengguna Islam di sekitar Lembah Klang, sejak sekian lama.

Menurut Mohd Mokhtar, beliau sendiri akan melawat kilang berkenaan bagi menyiasat perkara itu, hari ini."Beroperasi tanpa lesen adalah satu kesalahan dan melanggar peraturan yang dikeluarkan Jakim juga lagi kesalahan lain, kita tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini dan akan mengarahkan mereka tutup segera," jelasnya.

Operasi bersama yang diketuai Timbalan Ketua KPDNHEP Kajang, Rosley Abdullah, pada jam 3 pagi itu, syarikat pengilang didakwa melakukan pelbagai kesalahan serius termasuk melakukan penyembelihan ayam secara tidak sah.

Rosley berkata, pengilang dan pemborong daging mentah terbabit dipercayai mendapatkan bekalan itik halal dari Taiping, Perak untuk pasaran tempatan.

"Namun, 150 ekor itik halal terbabit disimpan secara bercampur aduk bersama ratusan kotak berisi daging anak babi mentah yang didakwa hanya berusia dua minggu.

"Daging anak babi mentah itu yang dijual pada harga pasaran RM10 seekor dilihat bertaburan di atas lantai bilik beku berkenaan bersama daging ayam dan itik yang siap disembelih," katanya.

Menurutnya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang pertama kali dibongkar, membuktikan pemilik kilang tidak sensitif dengan aspek produk halal yang perlu diasingkan sepenuhnya dengan produk haram.

"Melalui invois yang diteliti, pemborong itu dipercayai menjual ayam dan daging itik berkenaan di beberapa pasar raya besar di ibu kota termasuk kawasan kediaman di Taman Tun Dr Ismail.

"Daging anak babi yang diimport dari Vietnam itu pula dikesan untuk memenuhi permintaan pengusaha restoran dan peniaga pasar besar," katanya.Menurutnya, pengilang yang tidak mendapatkan lesen beroperasi daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu enggan mendedahkan pemilik sebenar premis berkenaan ketika disoal siasat.

"Kebanyakan mereka hanya mengaku sebagai kerani atau pekerja bawahan manakala enam pekerja warga asing Indonesia yang diupah bekerja di premis itu hanya berdiam diri.

"Malah mereka mendakwa tidak tahu bahawa mencampurkan babi dandaging lain di dalam satu peti sebagai kesalahan serius," katanya.

Menurutnya, siasatan pegawai Jakim juga mendapati ayam yangdisembelih di kilang terbabit turut melanggar hukum syarak hinggamenyebabkan ia 'haram' dimakan umat Islam.

"Pekerja Indonesia terbabit hanya melipat leher ayam sebelummenghirisnya dengan pisau tajam. Teknik ini yang dianggap sebagai 'sembelihcucuk' tidak memutuskan sepenuhnya urat di bahagian leher ayam sebaliknyaayam terbabit mati akibat direndam dalam air panas atau faktor lain.

"Cara penyembelihan itu hanya dijadikan sebagai `syarat'sampingan bagi membolehkan ia dianggap sebagai ayam halal untuk dijualkepada pengguna Islam," katanya.Menurutnya, penyembelihan ayam yang dilakukan oleh pekerjaIndonesia tidak bertauliah itu amat dikesalkan.

Rosley berkata, pemilik premis itu boleh dikenakan tindakanmengikut Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan.

Berikutan kejadian itu, beliau menasihati orang ramaiberhati-hati dan tidak membeli ayam atau itik dari pasar raya atau peniagayang diragui.

"Sebaik-baiknya, belilah ayam dari penjual yang kita dapatlihat sendiri cara penyembelihan dan pemprosesan dilakukan," katanya.

No comments: