Mungkin agaknya kerana tekanan yg aku hadapi sekarang, debu2 rindu sudah mula berterbangan dlm diri.. pada seorg insan.. Mungkin sebenarnyer tanpa aku sedar aku telah jatuh cinta kepada dia...
Demi Allah, Tuhanku yg menciptakan seluruh semesta ini. Betapa lama utk aku menghidupkan rasa dlm jiwa. Betapa kentalnya dosa2 meliputi seluruh hidup sehingga nikmat utk mencintai dia itu terlalu sukar utk aku lakukan.. Hingga akhirnya pada Zat yang mengajar aku bahawa kecintaan itu seharusnya didambakan pada Allah SWT, itulah yg ku percaya hingga kini dan cuba utk ku pertahankan. Moga masih utuh buat selamanya, hingga ke derap nafas yg terakhir. Amin ya Rabbal 'alamin.
Jika tidak kerana Tuhanku telah mengajar kepadaku erti Cinta kepadaNya, mungkin aku masih tak memahami cinta kepada kekasihNya.. atau mungkin aku telah lama hanyut dgn cinta mainan lidah dan perasaan makhluk2Nya yg sebenarnyer jauh dr erti sebenar... Cuma setelah benar2 memahami istilah keramat itulah, baru aku kenal erti cintaNya, kemudian baru ku dpt lihat cinta RasulNya, dan baru aku menghargai cinta ibubapa, cinta keluarga, cinta kehidupan, cinta agama, dan segala kecintaan di sini.. Ah, bermadah pula aku. Sedangkan hakikatnya mata2 lain melihat aku berlari2 dr satu cinta ke satu cinta, tetapi mungkin ilusi hati atau perasaan yg tidak peka/tidak endah itu tidak nampak semuanya.. Benarkah sekental itu jiwa aku atau sebenarnyer semata2 kerana ego? Entahlah, moga aku bukan dr kalangan yg rugi..
Oh, terlupa pula ttg cintaku. Tak ingat bile berputik, cuma bila ku sedar dia sudah ada dalam hati. Hanya Tuhan Yg Satu itu mampu mereda rindu di hati. Saat aku tertekan dengan hidup ini, saat terlalu sibuk sehingga makin sukar utk bernafas maka saat itu makin melayang jiwa ingin bertemu, sekurang2nya mendengar kate2 yg lemah-lembut atau melihat budi bahasa yg indah itu.. Sekurang2nya jika tidak dpt berhadapan, dpt melihat dr jauh mata yg memberikan ketenangan dan kata2 yg memberikan semangat utk menghidupkan jiwa ku yg semakin mati..
Tapi, entah mengapa jika dia yang aku ingati namun nama Tuhannya pula yg berdetik di hati.. Dia seolah2 benar2 hidup dlm jiwaku, cumanya dia seorg lelaki dan aku pula seorg perempuan.. Dalamnya rasa itu, bagaikan tak mungkin aku berpisah lagi.. Walaupun ada yg dtg kelak, dengan izin Tuhannya insya-Allah aku tidak berganjak dr perasaan itu.. Tak mungkin dia ada dua di dunia ini..
Kalaupun ku tahu kelak di Padang Masyar belum tentu aku di barisan hadapan sebaris dengannya, belumpun ku tahu kelak nasib ku mungkin tidak di syurga berhadapan atau melihat dirinya, biarlah.. biarlah aku terus pendam rasa di hati ini.. Sedangkan aku sungguh takut menyebut namanya kini, tetapi aku pergi jauh dr apa yg disukainya. Takut kalau2 aku lalai dr apa yg diajarkannya, kalau2 aku leka dari apa yg diingatkannya.. Kalau2 hati aku kelak menjadi buruk dan hodoh di muka bumi ini.. Nauzubillah..
Rindu sungguh rasanya, padamu ya Habiballah.. Muhammad S.A.W.
"Ya Tuhanku, aku hambaMu yg terlalu hina dan dhaif..
Tidak mampu mengawal pahala dan dosa sendiri..
Ampunkan aku ya Allah, ampunkan aku..
Ampunkan juga mereka yang bersama dengan ku ya Allah..
Janganlah dilalaikan hati-hati kami hingga dosa kami melayakkan kami ke nerakaMu.."
~~Bukan insan sempurna, bukan cuba utk menjadi sempurna..sekadar aku seorg insan yg sedar tapi masih hidup dalam kelalaian itu...
No comments:
Post a Comment