Sambungan dari posting terdahulu… Mari Buat Kira2
Jika kita jangkakan pengunaan minyak akan naik 10% berikutan peningkatan jumlah kenderaan pada tahun 2008; jadi jangkaan minyak digunakan dalam Negara adalah lebih kurang 38.17billion liter setahun atau 3.18b sebulan atau lebih kurang 0.74 billion liter seminggu .
Untuk menjimatkan sebanyak RM7billion – RM8billion subsidi tambahan, ini telah dilakukan:
1. Awal Jun 2008: Meningkatkan harga minyak sebanyak 78 sen sekaligus kepada RM2.70 seliter
2. Pertengahan Jun 2008: Memberikan elaun tunai rebat minyak RM150 (motosikal) dan RM625 (kenderaan bawah 2000cc).
3. November 2008: Pengumuman penurunan caruman EPF dari 11% ke 8% bermula tahun 2009 dan suntikan RM7b-RM8b ke dalam pasaran untuk menggalakan rakyat membeli barang untuk menjana ekonomi semula.
Kesan dari tindakan di atas, ini adalah apa yang berlaku:
1. Kenaikan harga barangan pengguna purata sebanyak 30% bagi hampir keseluruhan barang; dengan beras meningkat harga hampir dua kali ganda (70%).
2. Kenaikan nilai inflasi kepada 147% pada setengah tahun pertama
3. Perubahan cara hidup kepada berjimat cermat dengan lebih banyak untuk menampung kos kehidupan yang lebih meningkat, menyebabkan kemalapan ekonomi kerana kurangnya pergerakan nilai wang dalam pasaran.
4. Statistik miskin tegar di kawasan Bandar meningkat daripada pendapat rm650 ke bawah ke pendapatan rm1000 ke bawah.
Sepanjang waktu itu sehingga hari ini, rentetan peristiwa yang berlaku:
1. Penurunan harga minyak dari Ogos 2008 ke November 2008 sebanyak 4 kali berjumlah 70 sen; harga minyak terkini pertengahan November ialah RM2.00 seliter.
2. Kejatuhan ekonomi US yang menyebabkan Negara spekulasi minyak utama ini hampir lumpuh ekonomi, dan tindakan mencetak duit kertas melebihi nilai emas yang ada dalam simpanan.
3. Tukaran Ringgit meningkat berbanding US Dolar selepas dibuka di pasaran bebas dari RM3.20 pada bulan Mei 2008 ke RM3.58 sehingga semalam, 18/11/08.
Dan perkara berikut tidak berlaku (yang sempat fikir sekarang):
1. Penurunan harga kebanyakan barang makanan dan keperluan pengguna.
2. Peningkatan tukaran Ringgit kerana kejatuhan ekonomi US
Jadinya, berapakah jumlah kos yang terlibat dalam usaha ini?
Katakanlah anggaran 25 juta rakyat Malaysia, 5 juta berada di kawasan Bandar.
Katakanlah 1 juta mewakili individu Bujang yang mana perbelanjaan bulanan cukup2 makan ialah RM1,000. setiap keluarga ada lebih kurang 4 orang dalam satu keluarga, memerlukan perbelanjaan bulanan lebih kurang RM3,500; bermaksud untuk 5 juta ini kita perlukan perbelanjaan sebulan sebanyak RM4.5b. Tambahan 30% untuk semua keperluan bererti sekurang2nya tambahan 30% dalam perbelanjaan harian. Jadi RM4.5b akan menjadi RM5.85b, tambahan RM1.35 billion sebulan utk menampung perbelanjaan ini.
1. Peningkatan kos perbelanjaan = RM1.35b sebulan x 6 bulan (Jun – Nov) = RM8.1b
2. Rebat minyak RM625 utk 2 juta kenderaan bawah 2000 cc (anggaran) = RM1.25b
3. Suntikan RM7-8billion ke dalam pasaran = RM7billion
Anggaran Kasar Total: RM16.35 billion diperlukan untuk menjimatkan RM7 billion.
Berbaloi kah?
Bersambung…
1 comment:
jangan guna banyak sangat minyak, nanti aku susah
Post a Comment