Tuesday, March 04, 2008

Penyejuk Hati

Buat diri2 yang resah, juga ditimpa pelbagai perkara..
Pengubat jiwa.. Penyejuk hati..

Surah Ali ‘Imran: 14 – 17.

3: 14:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.

3:15:

Katakanlah: ”inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?”. Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurniakan) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah; Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

3:16:

Iaitu orang-orang yang berdoa, ”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka

3:17:

Iaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) dan yang memohon ampun di waktu sahur..

3 comments:

Ummu Auni said...

ieka, i'm readily available insya Allah
meh aa dtg tempat aku

ASaL said...

mekacih cudi berkawan ngan kite :)

selamat mengundi, ngundi di mana? Melaka?

ieka said...

inshaALlah nanti ek aini
sbb sekarang tak cukup kakitgn plak nak bergerak.. huhuhu

as, kasih diterima:p. mengundi di mana lagi, tentulah di melaka.. huuhu rasa tak sabar plak nak tahu keputusan, belum hari mengundi lagi dah fikir lain. he he he