Tuesday, October 02, 2007

Ramadhan 20

Salam buat semua.
Saya tahu terlalu lama tidak menulis. Terima kasih buat teman2 yang menghantar msg mengharap saya menulis. Sungguh, terharu....

Sejak pulang ke kuala lumpur, hidup saya agak sibuk. Belum habis kelam-kabut berpindah, kerja2 sudah menanti. Hari ini alHamdulillah saya berjaya juga menukar 'kulit' sebyk 80%. Lagi 20% mungkin nanti, nanti.. Untuk yang menanti2kan skin yg baru, semoga sukakannya..

Cerita saya lagi, kerana terlalu sibuk dengan kerja dan peribadi, saya lupa membayar bil telefon. So hanya boleh terima call and sms sahaja buat waktu ini, sehinggalah saya punya kesempatan untuk membuat bayaran.

Minggu lepas saya baru pulang dari Kuching, mengendalikan audit di sana (saya sudah ada sijil lead auditor ISO..ehhehe). minggu ini sambung audit di KL dan closing meeting. Juga ada berita baru diterima, inshaAllah saya bakal bertukar (lagi?) . Kali ini ke division lain pula. Biar dulu cerita ini, sehingga surat tiba ke tangan. Ingin mencuba sesuatu yg baru, tapi rasa sedikit nervous. Maklumlah lebih 5 thn duduk di sini sudah jadi master dgn seluruh unit dan kerja, tiba2 nak tukar buat sesuatu yg baru ... Still, i think it is a high time for me already. Afraid i may unable to handle change in future shall i remain here.

Lagi cerita, comment farrah..tentang dodol. tahun ini kebetulan ibu saya rajin pula untuk membuat semula dodol resipi keluarga. Dimasak secara manual (bukan menggunakan mesin) selama berjam2, menggunakan kuali besar dan unggun api, dan dibungkus dalam daun mengkuang .. Macam dulu2.. A really tradisional concept. Hajatnya nak buat sedikit sahaja, sbb ada beberapa orang yg 2-3 thn mendesak supaya saya menjualnya. Cuma saya yang malas... hehe so kalau sesiapa berminat, boleh sahaja. Harganya tak mahal, hanya Rm21 sahaja. Rasanya, inshaAllah berpuas hati. Selain sedap, tidak berbau hapak (guna mesin akan ada sedikit rasa ini), juga tahan lama sehingga lebih 6 bulan tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tempahan kalau nak diterima last sekali hari jumaat ini..

apa2 pun pagi tadi saya teringat sesuatu. saya asyik berfikir tarikh 25 September. Apa yang ada, mcm ada sesuatu tapi tidak teringat. Sudah seminggu saya fikir kalau2 ada hari lahir rakan2 rapat pada tarikh itu, tidak ada. Kemudian saya teringatkan beberapa org rakan rapat serta anak2 mereka, tiba2 saya terfikir umur mereka.. baru saya perasan rupanya kisah perjalanan kami sudah menjangkau 6 thn. Mungkin tak ramai yg perasan/ingat kerana ..... byk sbbnya, tapi apa2 pun selamat hari ulang tahun DCBA. Tinggal beberapa kerat sahaja ahli DCBA yg masih single.. :)

Malam ini, malam ke 21 Ramadhan. Bererti, sudah 10 malam terakhir. Sudah tiba masa yang dinanti2kan mencari Lailatul Qadar. Untuk semua rakan2, harap tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat menghidupkan ramadhan.

Utk itu saya berhenti dahulu di sini.
Semoga selepas ini saya lebih rajin lagi.. :)
Salam hormat buat semua..

2 comments:

Anonymous said...

hah... ini baru betul!

selamat kembali ke alam blog, harap lepas ini boleh update selalu.

Salam Ramadhan! :)

ieka said...

:D hehe mekasih. inshaAllah tgh cuba ni..hehe