(1) Air Hujan/Rain
Early this morning, on the way to the office with my housemate. We listened to radio IKIM at about 7.40am. There was a recorded talks by one of the Prof. Dr. (i forget his name) on 'Water'. This morning, the Prof. Dr. was talking about rain and its relation to Allah SWT.
I will be writing in Malays. It is difficult for me to explain in ENglish here as the talks was in Malay.
Antara 5 perkara yang disebut oleh Prof. Dr. sebagai perkara2 yang menjadi rahsia Allah SWT ialah (1) Hari berlakunya kiamat; (2) Hujan yang turun, di mana, bila waktunya dan berapa kadarnya (3) bayi yang di dalam kandungan (4) Apa yang akan berlaku kepada seseorang pada esok harinya (5) Bila, bagaimana dan di mana seseorang itu akan mati.
Walaupun ada pendapat mengatakan bahawa manusia boleh menciptakan hujan, namun manusia bukan melakukannya dari peringkat awal yakni pemeluwapan wap ke udara. Manusia menanam benih awan di mana pergantungan masih lagi kepada sumber2 asli yang berada di sekitarnya.
Prof. Dr. ini juga menyebut tentang ayat2 alQuran yang menerangkan mengenai warna2 gunung2, tanah2 dan batu2 serta tumbuh-tumbuhan adalah ditentukan oleh air. begitu juga dengan manusia, yang mempunyai bermacam warna kulit juga kemungkinan kerana air yang diminum. Saya terlupa dari surah mana dan ayat berapa. Kajian geologi sekarang ini berpendapat bahawa warna-warna alam dipengaruhi oleh angin yang membentuk batu2 dengan warna2 gelap, terang atau bersinar. Walaubagaimanapun, jika merujuk kepada ayat ini, mungkin kita (baca: saintis) juga boleh membuat kajian berkenaan ini kerana selain unsur2 yg lain, air adalah unsur utama yang mempengaruhi warna pada sesuatu itu.
Juga, ada disebut sifat manusia yang tinggal berdekatan dengan air dan jauh dari air (tempat yang banyak air dan tempat yang airnya terhad) adalah berbeza. Mereka yang tinggal berdekatan sungai akan jadi kurang agresif berbanding mereka yang tinggal jauh dari sungai.
(p/s: kalau budak2 agresif, kita kasi byk2 mandi la diorang lepas ni ek..ehehhe)
Itulah serba sedikit yang saya ingat.... Banyaknya yang boleh dikaji. So agakanya kalau nak kulit warna putih merah kena minum banyak2 air dr tempat yg org2nya ramai warna kulit itu. Kalau nak jiwa kental, kena minum air banyak2 dr tempat orang2 yg berjuang.. Allahu'alam.
(2) Dodol akan tiba hari ini. Siapa cepat dia dapat. Cuma ada beberapa sahaja yg lebih. Sapa mahu, cepat bitau utk reserve. Lepas hari ni takde dah:)
(3) Saya lupa nak cakap apa.. nantilah kalau ingat...
No comments:
Post a Comment