So the weekends has over. Hmm, sabtu ahad bile sibuk tak terasa pun bercutinya. Sabtu, aku sempat juga menjenguk seorang 'kakak' di Shah Alam bersama beberapa kwn dr DCBA yg dah lama tak jumpa. Tgk Anas (anak Kak Lin) dah besar walau baru 3 bulan tak jumpa yg dulu mesti penat bermain kalau jumpa AUntie sorang ni . Since tumpang Kak Sarah & Ismail ke rumah Kak Fari, dpt juga main2 dengan anak sedara DCBA yg pertama ni, Raudhatul Jannah yg dah berusia 2 thn lebih. Dulu jumpa masih baby lagi, sekarang dah pandai pun bercakap. Semalam kenduri Walimah Abg Jas & Kak As selamat dijalankan. Al-Hamdulillah. Kawin juga abg Jas akhirnya. hehe And semalam pun menyaksikan perkumpulan kanak2 (anak2 kawan) yg ada tu tak sempat jenguk sejak lahir. *Speechless* Rezeki masing-masing:)
Pagi ni, agak terasa sedikit dengan headline yg ke udara melalui buletin pagi TV3/ MHI. "Kerajaan terpaksa membelanjakan lebih separuh (RM 800 juta) dr jumlah perbelanjaan setahun untuk belanja perubatan rakyat".
Hairan, kenapa perlu gunakan perkataan terpaksa sedangkan mmg itu tugas kerajaan untuk mengadakan basic facilities kepada rakyat marhein. Kenapa tak gunakan saja perkataan harus atau perlu sedangkan memang itu tugas yg memimpin, melakukan sesuatu utk kemudahan yg dipimpin. Macam tak ikhlas bekerja sahaja. Rakyat bukan hidup percuma di negara ini, atau dibayar oleh negara utk hidup di sini. Kita berkerja, bayar itu ini termasuk jalan raya dan perkhidmatan lain.. Tapi dlm masa yg sama seringkali terdengar kerajaan terpaksa membelanjakan RM RM untuk kemudahan rakyat, subsidi rakyat.
Hmm, kalau saya tak setuju je terus dicap pembangkang ek walau sebenarnyer itu adalah luahan hati saya sebagai rakyat marhaein? Kalau macam tu kite jadi lagak Hang Tuah yg hanya membabi-buta setia pada raja yg zalim. Sedangkan sekarang sejarah membuktikan sebenarnyer Hang Jebatlah hero zaman dulu... Walaupun nama Hang Jebat seolah2 jadi keramat yg harus dielakkan di bumi Melaka sebelum ni, tp sekarang baru sahaja tercatat dlm sejarah tempat di Melaka sejak nama stadium baru di Melaka dinamakan sebagai Stadium Hang Jebat. Hmm mungkin juga saya menjadi lebih perasa sekarang (bak kata seorg kawan, sensitif sgt yer sekarang.. ). Ntahlah.
Hairan sungguh dengan hidup ini.. Hairan hairan..
No comments:
Post a Comment