Wednesday, December 01, 2004

Adat Istiadat Perkahwinan Melayu

Langkah Bendul
"Melangkah Bendul" dikaitkan dengan keadaan adik perempuan yang berkahwin terlebih dahulu sebelum kakak (atau kakak-kakak) berkahwin. Sekiranya mengikut adat sebenar, pengantin lelaki perlu menghantar setiap satu hantaran yang sama kepada adik dan kakak. Tujuan sebenar adalah untuk menjaga hati kakak kerana tidak berkahwin dahulu. Semasa dahulu, sekiranya adik yang dipinang dahulu sebelum kakak dianggap kurang manis dan kakaknya mungkin tidak akan dipinang oleh orang lain. Walaubagaimanapun, amalan ini tidak diamalkan lagi (atau kurang diamalkan). Tambahan pula Islam menggalakkan umatnya yang mampu dan telah cukup syarat-syaratnya untuk mendirikan rumahtangga.

Adat Menanam (Melaka)
Jangan terkejut sekiranya anda pergi ke majlis perkahwinan di Melaka dan mendapati seolah-olah ada kaunter pendaftaran untuk tetamu yang hadir. Ini adalah salah satu adat dalam masyarakat Melayu di Melaka dikenali sebagai Adat Menanam. Ianya boleh dikatakan satu pelaburan jangka panjang untuk keluarga tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kerana kebiasaannya keluarga pengantin akan membalas kunjungan perkahwinan ke atas keluarga tetamu yang hadir pada hari tersebut. Hadiah atau wang yang diberikan tetamu kepada pengantin akan diberikan 'balasan' atau 'berkat' seperti telur, pulut kuning dsb.

===
So, here it goes the reason i posted above matter. I am going to take a very long leave starting from tomorrow. Untuk itu saya ingin menjemput sahabat-sahabat yang ada kelapangan untuk menghadiri jamuan rumah terbuka a.k.a. kenduri walimah my sister seperti berikut:

Tarikh: 4hb December 2004
Hari: Sabtu
Masa: 11.00 pagi - 4.00 petang
Alamat: No. 372, Jalan Indah 9, Taman Pengkalan Indah, 78000 Alor Gajah Melaka.

Peta boleh didapati di SINI. Masuk dari Tol Simpang Ampat/Alor Gajah.

So, jemput2lah datang yer. Kedatangan anda amatlah dialu2kan. Tak jumpa jalan silalah telefon. Untuk Aida & Aini dijemput hadir sekali. Kalau dpt extend invitation to your parents as well, my father said die kenal your parents sama2 tempat belajar dulu.

Sampai bertemu kembali okiehs.

No comments: