Wednesday, June 23, 2004

Time-In: Lonely

Well, I’m back with more words and sentences and topics to discuss about. Al-Hamdulillah, I was given some spare time pula utk tulis panjang2 kali ni. Maybe because I am just settling my works and simple jobs were given for me to do while waiting for my transfer.

Since it seems so hard to see a friend of mine be coming back after a longgg “Timeout”, maybe I should make a move myself to do some Time-In. heeh gurau je yer. Are you lonely? Isn’t it absolutely Lonely? Less lonely? Or not lonely at all? Soalan ni kawan aku kasi. Die suh korang jawab dan explain sendiri. Ekke I have no answer regarding this thing, it just a rhetoric question for you yourself;)

Actually, pasal kuiz tu kan, if U can see I told U that there was ½ hour story that was accidentally UNDO from my writing. Betullah tu sape yg bagi jawapan DAN. :) It was just a joke, don’t take it seriously. Nvm, kalau sempat next time I will throw the ideas again-but yet the ideas was not as fantastic as it seems to be with the quiz. Hahaha

Ha, iklan sat. I received this from alumni newsletter, huhuhu Kak Rudi ni..nampak gaya kena buat appointment dengan dia ni. Iklan tu pasal talk on searching ur soulmate kat MMU: extracted from the newsletter:

02. STILL SEARCHING YOUR SOULMATE?
President Office (PO) is going to organize a special talk on how to choose your ideal soul mate. Those who are still single and available are strongly recommended to join this talk. It will be presented by Puan Rudiah Ahmad, MMU Executive from ISSU Unit Cyberjaya. Below are the details

Title : "Calon Suami Pilihan"
Date : 2hb Julai 2004 (Jumaat)
Time : 3.00 - 5.00 petang
Venue : Cyberjaya - Makmal NMES, Tingkat 1, Bangunan FOE.
Melaka - Makmal NMES, Tingkat 2, Bangunan CLC.

Please RSVP to "lynda@mmu.edu.my" not later 21 June 2004. Seats are limited

**Tepuk tangan utk Kak Rudi**

I was trying to clean up some space in my yahoo mail when I found out about this article. Maybe I can relate it with what this time postage is focusing on: Looking for life partner. It’s worth reading for those who think that why Allah SWT has not lead anyone for you yet (seems like it refers to me best)., yg berbeza cuma aku lebih merasakan kekosongan perlu diisi sbb tuntutan masyarakat . Mungkin itu tanggapan aku buat masa ni kan. Esok lusa, Allahu’alam. (mizie, aku letak footrope dgn betui dah..hehe). Ok, utk semua:

Saatku Istikharah

Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untukku luah... Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kaliku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu... yang hanya menunggu masa untukku muntahkan keluar!

Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya.. hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...!

Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....!

Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan... menemani kesepian hatiku yang merayu minta diisi segera dengan kasih lelaki....!

Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu, menggesa...maka kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu!

Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu... aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku keluarkan di telinga kanan!!!

Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan...sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku!

Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima, Nurul mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!

Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku! Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak... sekadar menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja!

"Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari... perbualan telefon antara aku dan si "A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal!

Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang perlu hentikannya!

Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...di manakah suamiku!

Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa sebelum ini... tapi
dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku! Wajahnya, janggutnya... cahaya di wajahnya... Ya Allah! Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...!

Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!"

Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...! Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya...

kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam... Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap sehingga ke hari ini...

Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini... Moga ia kekal selamanya...

Adab tidur... makan ... dan segalanya masih kuamalkan...! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu... Tahun pertama, dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya dengan sehelai sejadah...

Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku agama "Suami Idaman Isteri Solehah"...

Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna... malah kupercaya, bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana!

Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah....

Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...! Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku... dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..! "Ya Allah...Andai dirinya tercipta untukku... menjadi milikku...Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat... Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!"

Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah ini masih terbina kukuh... masih utuh...

Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!!

No comments: