Thursday, April 29, 2004

Sepi

Makin lama aku tgk makin blog aku ni terbiat sepi.. Hai, sedih plak ler gitu kan.. Bukan niat di hati, tapi takkanlah nak cerita merapu ajer ttg personal life kat sini when all the time this is supposed to be 'something' to the readers isn't it.. Furthermore, I have talked about myself so much ..

Ok..rahimi is getting married this weekend. So does pepsiti/azrin.. Tak lama lagi, makin bertambah org akan kawin. Esp. time cuti sekolah ni. Hmm, tekanan semakin hebat terasa. Tapi tak mengapalah, jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Biarlah Dia juga yg tentukan, sbb Dia pun tahu aku bukan org yg boleh meneruskan sesuatu utk menjadi milik aku kalau aku dah tak suka..

Al-Hamdulillah, lately kerja tak terlalu membebankan. Maybe I was said to be floated a while (post maybe ade, tapi tak confirm lagi.. Thus i can't feel excited too, because thou the post for me might be there but the responsibilities are a lot as well)..

By the way, I found out this article is quite interesting.. Ttg adab2 menerima tetamu. Tapi, kite rasa kalau ajak tetamu mesti sampai 3 kali. Sbb mana tahu the first 2 tu sebenarnyer diorang malu2 ajer. Kalau dah 3 kali masih menolak, usually saya tak pakse dah:).

Ok selamat membaca!!
===================

Desak tetamu makan tergolong perbuatan tercela


APABILA seseorang berziarah, mereka wajib melakukan empat perkara iaitu duduk di tempat yang ditentukan, rela dengan makanan yang disajikan, tidak berdiri kecuali selepas diizinkan dan mendoakan tuan rumah di waktu keluar.

Nabi Muhammad pernah bersabda mengenai kebaikan tuan rumah yang melayan tetamu dengan baik dalam hadis yang bermaksud: “Orang yang berpuasa berbuka di tempat kamu, orang soleh memakan makanan kamu dan malaikat mendoakan kalian serta turun rahmat kepada kalian.”

Namun, tetamu juga ada adab yang perlu diikuti ketika berziarah. Antaranya,
tidak boleh meminta sesuatu yang disukainya kepada tuan rumah kecuali garam dan air.

Mereka tidak boleh mencela makanan tuan rumah tetapi makan makanan yang
diberikan itu dan mengucapkan Alhamdulillah. Itulah sopan santunnya.

Pepatah mengatakan bahawa tetamu tidak boleh makan semua yang disukainya dan meminta yang dihidangkan kepadanya.

Jika di dalam satu jamuan ada orang yang lebih tua umurnya maka jangan
mendahuluinya. Dikatakan bahawa baris depan adalah untuk pemuda dan ia dimulai dengan orang yang tertua.

Diceritakan bahawa seorang bijak pernah diundang makan. Beliau berkata: “Saya setuju memenuhi undangan kamu dengan tiga syarat, pertama jangan memaksa diri, kedua jangan khianat dan ketiga jangan berbuat zalim.”

Orang yang mengundang bertanya: “Apa maksudnya memaksa diri?”

Jawab orang bijak itu: “Jika kamu memaksakan apa yang tidak ada pada kamu.”

Tanya beliau lagi: “Apa yang dimaksudkan dengan khianat?”

Jelasnya: “Jika kamu kikir dengan apa yang ada pada kamu hingga tidak kamu
hidangkan kepada tamu kamu itu.”

Tanya lagi orang yang mengundang: “Apa yang dimaksudkan dengan kezaliman?”

Jawabnya: “Jika kamu tidak memberi anak-anakmu, tetapi kamu berikan kepada
tetamu kamu.”

Orang bijak itu berkata: “Jika kamu mengundang orang untuk makan sedangkan jumlah mereka sedikit, maka jika kamu duduk bersama mereka, tidak mengapa sekiranya engkau melayan mereka. Ini kerana layananmu dalam jamuan itu terhadap mereka termasuk harga diri.

“Namun, jika mereka ramai jumlahnya, maka jangan duduk bersama dan layani mereka sendirian. Ini sebab menghormati tetamu itu adalah apabila kamu melayaninya sendirian.”

Turut disebutkan dalam firman Allah di dalam al-Quran mengenai tetamu Nabi
Ibrahim yang dimuliakan.

Menghormati mereka adalah dengan melayani mereka sendiri. Tuan rumah dianjurkan untuk mengatakan sekali-kali kepada tetamunya, ‘makanlah’ tanpa mendesak.

Jika kamu katakan demikian kepada tetamu, makannya akan lebih nyaman dan jangan mendesaknya kerana perbuatan itu tercela.

Jangan banyak berdiam diri di hadapan tetamu supaya mereka tidak gelisah dan
jangan meninggalkan mereka kerana perbuatan itu tidak sopan.

Jangan memarahi pelayan di hadapan tetamu kerana sebaik-baik penghormatan
untuknya adalah wajah yang berseri-seri dan perkataan yang bagus.

Jangan memberatkan tetamu ketika duduk bersama mereka kerana hal itu mengurangi nikmat makanan. Apabila mereka selesai dan minta izin, jangan dicegah kerana hal itu termasuk yang memberatkan mereka.

Muhammad bin Sirin berkata: “Janganlah memuliakan saudaramu dengan apa yang tidak disukainya.”

Diceritakan bahawa seorang bijak menjadi tetamu kepada seorang lelaki. Orang
bijak itu berkata: “Aku penuhi undangan kamu dengan tiga syarat iaitu jangan
memberi aku makanan beracun, jangan dudukkan bersama aku orang yang paling kamu cintai dan orang yang paling aku benci dan jangan mengurung aku di dalam penjara.

Orang yang mengundang itu menjawab: “Ya.”

Ketika orang bijak itu masuk, tuan rumah itu mendudukkan seorang anak kecil
bersamanya. Tatkala dihidangkan makanan kepadanya dan selesai makan, tetamu itu terus didesak supaya makan dan tidak mahu keluar.

Dia berkata: “Tinggallah sesaat!” Orang bijak itu berkata: “Engkau melanggar
semua syarat itu.”

Apabila sebahagian daripada orang hadir dan yang lain terlambat, maka yang hadir lebih berhak untuk didahulukan. Tuan rumah hendaknya tidak menghidangkan makanan sampai ia menghidangkan air supaya mereka mencuci tangan mereka kerana hal itu termasuk harga diri.

Jika ia ingin menghidangkan air untuk cuci tangan sebelum makan, kiasnya ialah
mulai dengan orang yang ada di akhir majlis dan menunda yang di depan, sedangkan kebajikan itu wujud pada akhir majlis.

Namun, orang lebih suka mendahulukan pemuka majlis sebelum makanan dan
menganggapnya termasuk kebajikan. Jika ia melakukan itu, maka tidak ada masalah dengannya.

Apabila mereka cuci tangan sebelum mereka makan, kiasnya adalah si pencuci tidak mengusap kedua tangannya dengan sapu tangan kerana ia membasuh kedua tangannya untuk menghindari sentuhan, sedangkan ia tidak menyentuh sesudah mencucinya.

Namun, orang lebih suka mengusap tangan dengan sapu tangan. Jika ia lakukan itu, maka tidak ada masalah dengannya.

Apabila mereka ingin membasuh tangan mereka sesudah makan, sebahagian ulama tidak suka mengosongkan bejana setiap kali. Mereka berpegangan pada khabar yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad dalam satu hadis yang bermaksud: “Penuhilah bejana dan jangan meniru kaum Majusi.”

Dalam riwayat lain disebutkan: “Kumpulkan air wuduk kamu, semoga Allah
menyatukan kalian.”

Ada yang mengatakan bahawa menuangkan isi bejana setiap kali mencuci tangan termasuk perbuatan kaum Ajam (Parsi dan Romawi). Sebahagian ulama mengatakan tidak ada masalah dengannya.

Perbuatan itu termasuk harga diri kerana lemak yang mengalir di dalam bejana
akan mengotori baju tetamu.

Pada zaman dulu, kebanyakan makanan adalah roti dan kurma atau makanan yang mengandungi sedikit lemak.

Sekarang mereka memakan pelbagai jenis makanan dan mengenai tangan mereka. Maka tidak mengapa apabila menuangkan bejana setiap kali mencuci tangan.

Makruh memandang makanan orang lain kerana hal itu menunjukkan perilaku yang buruk. Tamu tidak patut banyak menoleh ke tempat dari mana makanan itu didatangkan kerana hal itu makruh menurut ulama.
=====

Saturday, April 24, 2004

Maksud tersirat..

Assalamualaikum wbt.

Salam buat semua. Apa kabar yer.. Lama tak update kat blog.. Seolah2 dah berhenti terus kan.. Hmm..itulah yg susah nak diperkatakan. Tugas itu tanggungjawab yg diamanahkan juga kan.. Kdg2 tersekat juga di situ. Lama sungguh tak jumpa kwn2 semalam al-Hamdulillah dpt berkumpul juga. Siti, Jie, SIha, Laili, Sok.. Tak sangka ramai juga yg dpt berjumpa.. Sempat juga bertemu seorang kenalan, menerima sesuatu dari dia.. Kdg2 manusia memberi sesuatu yg ade maksud tersirat.. Nampaknyer kena pasang kuda2 bersedia balik.. :)

I think that is not what i want to discuss over here... Know that i have been promising so many things to discuss over here, yet i can't fulfill them right now. Just a short story today.. WHen this thing suddenly came to my mind this morning..

IF we see people around us, at the shopping complex, at the offices, schools, organizations, on the road etc etc even in our own wardrobe.. Kite tgk macam2 pakaian dan fashion yg org pakai.. Macam2 gaya, macam2 style..

Terfikir, kalau dah tiba ajal kite bila2 masa sahaja kita akan 'pergi' nanti.. dan di mana2 sahaja kita akan 'rebah' menyembah bumi.. Terfikir juga, agak2 nanti gaya terakhir yg macam mana kite nak berjumpa dengan Tuhan kite yer..

Sedih mendengar ttg saudara2 kita di bumi Palestin dan Iraq.. Tapi, selain bantuan wang ringgit dan doa apakah lagi yg mampu kite lakukan..? Terasa terkongkong seketika perasaan kite.. Sarat menanggung rasa yg tak tahu nak dikata ape.. betul tak..

Hai..apa nak dikata..Dunia..Akhir Zaman..
Moga kite semua masih dlm satu saf yg benar.. Bukan yg mencampur-adukkan kebenaran dan kemungkaran. Wa'allahualam.

~

Tuesday, April 20, 2004

Kalau Mampu

Surah Al hasyr
---------------
[20] Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).

[21] Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

[22] Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

--------------------------------------------
Buat yg memberi tafsiran ayat2 di atas, terima kasih diucapkan. Walau tiada kena mengena dengan apa yg aku hadapi, tapi seolah2 ayat itu mampu menjadi penyejuk hati dan memberikan ketenangan seketika..

Letih nak bercerita, cukuplah kalau aku dpt buat serangkai kata. Bagi yg tidak memahami, tak mengapa. Bagi yg memahami terima kasih. Entahlah, aku yg terlalu byk meletak batu di setiap jalan atau mmg benar jalan itu penuh dengan batu2 yg menghalang..

Sabarlah, sabarlah, sabarlah..



" Dunia ini sudah penuh sudah sesak
Dunia ini sudah terlalu bingit
Tak cukup langkah utk aku berlari
Tak cukup tempat utk aku berpijak
Tak cukup udara utk aku bernafas
Terlalu serabut utk aku berfikir


Jika kamu tak cukup tgn, aku juga begitu
Jika kamu terdesak, aku juga begitu
Jika kamu kesuntukan waktu, aku juga begitu
Tak perlu lemparkan semua wajah2 di mata aku
Tak perlu gegaskan semua rencana yg berteraburan di kakiku
Tak perlu gegar gempitakan meja2 kerjaku yg telah cukup berselerakan
Sedangkan di waktu yg sama di cupingmu suaraku bagaikan angin lalu sahaja
Dan waktuku kau anggap mainan semata


Larikan saja aku dr sini
Dari dunia yg telah mencambahkan kebencianku
Biar ku cabut sisa2 sembilu yg masih melekat di tangkai2 hati
Biar ku sapa jauh2 hujan masin yg tergantung di jentayu mata
Biar .._.. biar ..
Asal jiwa ini tak melarat sakitnya..
Asal jantung ini bukan berdegup kejahatan
Asal hati tidak beku lagi melihat kebenaran

Kalau mampu aku lakukan …………………. Kalau mampu ....
"

Thursday, April 15, 2004

Fuhh

Adding another day to my life, it's already 15th April..
2004 some more..

Yesterday, i had a strange dream.. Ttg pertembungan kuasa baik dan kuasa jahat.. Dlm mimpi aku hafal bace semua ayat2 Allah yg lazim utk menghindarkan mimpi buruk macam surah 3 qul.. Dan aku sampai kepada satu pihak utk meminta pertolongan, tapi seolah2 mereka tak mampu membantu aku. Terdengar bunyi org mandi dan sapu sampah di hadapan rumah.. Hmm, tak tahulah org atau tidak kalau jam menunjukkan pukul 3-4 pagi.. Mungkin petunjuk Allah, moga2 hati masih belum jauh. Ya Allah, kuatkanlah hatiku lagi di bawah naungan kekuasaanMu.

Ada cerita yg hendak aku kupas pasal perkara ni.. Tapi macam tak sempat pula. Masih sibuk dengan urusan dunia.. Tak boleh kata juga, sbb di sini tempat aku mencari rezeki.. Insya-Allah ade rezeki aku akan cerita. Apa2 pun, esok sepanjang hari bermesyuarat di Menara Telekom.. Malamnya, ada dinner pula di PJ Hilton.. Crystal Ballroom.. Tak pening2 dah, baju dah siap..tudung kasut.. simple je tak perlu terlalu berlebihan kan. Bukannya nak masuk bertanding utk menang. Moga2 nasib masih baik lagi, boleh dpt hadiah cabutan bertuah.. hehe Aminn..

Aha, cerite ttg kwn2.. Laili pula pergi ke Cameron Highlands.. Balik nanti jgn lupe bawak sesuatu dr sana.. hehe Org yg pulang dr sarawak nampaknyer tenggelam terus dgn kesibukan di dunianya. Yg dah ade laptop, hmm having a wonderful life isn;t it? Takkan terus menyepi.. ;) Yg bakal jadi ibu tak lama lagi, hmm.. kalau menang 100K jgn lupe teman seblogger yer!:D Lama betul tak jumpa org kat fraud, bakal ibu yg sebangunan dan lama juga tak dgr kabar bakal pengantin dr seberang laut china selatan nun.. Hai..penatlah nak berjalan pasni, ikut kwn2 semua yg kawin almost serentak tarikh.. takpelah, moga bahagia dunia akhirat..

Ok, it's getting late.. Sekarang ade org jaga dok rumah.. Import Mak dr kampung.. so, dah dok telefon nape anak die tak balik2 padahal dah malam.. :) Ah, rasa bagusnya kalau sekali hembus dah leh sampai depan pintu rumah.. Fuhh!!

Pulang marilah pulang, bersama2..

Thursday, April 08, 2004

Merepek

Hai..ntah ape2lah yg aku buat ni. Lain aku nak buat lain plak yg jadinya. Takpelah, biasalah merepek2 tu kan.. Al-Hamdulillah hari ni permulaan kat ofis agak tenang. Tak tahulah kejap lagi plak huru-hara tu kan..

Aku rasa ngantuk. Semalam tidur lewat sbb pergi jalan2 amik angin dan pemandangan kat KLCC. Cantik tgk kat tgh kolam air terjun macam2 style pancuran dengan simbahan cahaya dr dalam kolam. Lepas tu pemadangan keliling dan suasana kat taman2 tu sunyi dan tenang je.. Petang tu hujan, so suasana agak sejuk sedikit. Macam seolah2 takde masalah pun dekat sekeliling tu, macam bukan kat tgh2 kotaraya yg sentiasa dengan bising, jam dan sibuk...

By the way, seorg adik ada hantar something kat aku. Die ckp tu betul juga, rasa macam perlu utk kasi paste kat sini. Die ni pun baru je beberapa bulan keje kat TMB ni.. Cerite pasal kite semua la yg dah keje esp. Bila tak sibuk, kita rasa bosan dan menyibukkan diri. Tapi, bila dah sibuk, kita rasa bosan dan cuba utk tak menyibukkan diri plak.. kan.. Diknon, kalau tak suke ckpler kat akak ek. Nanti akak keluarkan. Oklah utk semua, hayatilah sajak Bosan-Sibuk, Sibuk-Bosan.. ehhe

Bosan sibuk.. Sibuk bosan...
Bosan.. tak sibuk... memang bosan...
Tapi..
Bila sudah sibuk...
Sibuk itu tidak pernah nak hilang..
Dan bila dah sibuk..
Pasti ia akan bosan jua akhirnya...
Hurm...
Bosan itu tidak pernah hilang
Sebab bosan dan sibuk..
Memang tidak dapat dipisahkan...
kalu dah bosan. musti nak cuba2 sibuk...
kalu dah sibuk...
sememangnya lah akan bosan.. arghhhhhhhhhhhhhhhh.......



Tuesday, April 06, 2004

Epilog..

Mungkin agaknya kerana tekanan yg aku hadapi sekarang, debu2 rindu sudah mula berterbangan dlm diri.. pada seorg insan.. Mungkin sebenarnyer tanpa aku sedar aku telah jatuh cinta kepada dia...

Demi Allah, Tuhanku yg menciptakan seluruh semesta ini. Betapa lama utk aku menghidupkan rasa dlm jiwa. Betapa kentalnya dosa2 meliputi seluruh hidup sehingga nikmat utk mencintai dia itu terlalu sukar utk aku lakukan.. Hingga akhirnya pada Zat yang mengajar aku bahawa kecintaan itu seharusnya didambakan pada Allah SWT, itulah yg ku percaya hingga kini dan cuba utk ku pertahankan. Moga masih utuh buat selamanya, hingga ke derap nafas yg terakhir. Amin ya Rabbal 'alamin.

Jika tidak kerana Tuhanku telah mengajar kepadaku erti Cinta kepadaNya, mungkin aku masih tak memahami cinta kepada kekasihNya.. atau mungkin aku telah lama hanyut dgn cinta mainan lidah dan perasaan makhluk2Nya yg sebenarnyer jauh dr erti sebenar... Cuma setelah benar2 memahami istilah keramat itulah, baru aku kenal erti cintaNya, kemudian baru ku dpt lihat cinta RasulNya, dan baru aku menghargai cinta ibubapa, cinta keluarga, cinta kehidupan, cinta agama, dan segala kecintaan di sini.. Ah, bermadah pula aku. Sedangkan hakikatnya mata2 lain melihat aku berlari2 dr satu cinta ke satu cinta, tetapi mungkin ilusi hati atau perasaan yg tidak peka/tidak endah itu tidak nampak semuanya.. Benarkah sekental itu jiwa aku atau sebenarnyer semata2 kerana ego? Entahlah, moga aku bukan dr kalangan yg rugi..

Oh, terlupa pula ttg cintaku. Tak ingat bile berputik, cuma bila ku sedar dia sudah ada dalam hati. Hanya Tuhan Yg Satu itu mampu mereda rindu di hati. Saat aku tertekan dengan hidup ini, saat terlalu sibuk sehingga makin sukar utk bernafas maka saat itu makin melayang jiwa ingin bertemu, sekurang2nya mendengar kate2 yg lemah-lembut atau melihat budi bahasa yg indah itu.. Sekurang2nya jika tidak dpt berhadapan, dpt melihat dr jauh mata yg memberikan ketenangan dan kata2 yg memberikan semangat utk menghidupkan jiwa ku yg semakin mati..

Tapi, entah mengapa jika dia yang aku ingati namun nama Tuhannya pula yg berdetik di hati.. Dia seolah2 benar2 hidup dlm jiwaku, cumanya dia seorg lelaki dan aku pula seorg perempuan.. Dalamnya rasa itu, bagaikan tak mungkin aku berpisah lagi.. Walaupun ada yg dtg kelak, dengan izin Tuhannya insya-Allah aku tidak berganjak dr perasaan itu.. Tak mungkin dia ada dua di dunia ini..

Kalaupun ku tahu kelak di Padang Masyar belum tentu aku di barisan hadapan sebaris dengannya, belumpun ku tahu kelak nasib ku mungkin tidak di syurga berhadapan atau melihat dirinya, biarlah.. biarlah aku terus pendam rasa di hati ini.. Sedangkan aku sungguh takut menyebut namanya kini, tetapi aku pergi jauh dr apa yg disukainya. Takut kalau2 aku lalai dr apa yg diajarkannya, kalau2 aku leka dari apa yg diingatkannya.. Kalau2 hati aku kelak menjadi buruk dan hodoh di muka bumi ini.. Nauzubillah..

Rindu sungguh rasanya, padamu ya Habiballah.. Muhammad S.A.W.

"Ya Tuhanku, aku hambaMu yg terlalu hina dan dhaif..
Tidak mampu mengawal pahala dan dosa sendiri..
Ampunkan aku ya Allah, ampunkan aku..
Ampunkan juga mereka yang bersama dengan ku ya Allah..
Janganlah dilalaikan hati-hati kami hingga dosa kami melayakkan kami ke nerakaMu.."


~~Bukan insan sempurna, bukan cuba utk menjadi sempurna..sekadar aku seorg insan yg sedar tapi masih hidup dalam kelalaian itu...