Alhamdulillah, so far her development is so good.
Cumanya kadang2 terasa dia punya keinginan yang sangat kuat dan cepat untuk explore the world. Umur 3 bulan, Humaira sudah terlonjak2 minta diangkat untuk melihat keliling. Bila diletak dia menangis, bila diangkat dia berbunyi2 macam bercakap.. Umur 6 bulan setengah, sewaktu pergi makan di sebuah kedai Humaira memegang bekas sudu/garfu dan menterbalikkan keseluruhan isi dalamnya. Sewaktu umurnya 7 bulan, dan sehingga sekarang kerjanya di restoran adalah bermain sudu. Umur 8 bulan, Humaira cuba2 untuk makan sendiri. Yang berlaku akhirnya adalah bermain dengan makanan sendiri, habis seluruh tubuh dan skirt yang dipakai berlumur dengan bubur. Yang masuk mulut? Hanya suapan pertama dan kedua sahaja.. itupun sebab ibu yang suapkan.. huhuh
Humaira belum pandai merangkak. Walau sudah boleh duduk, dia malas nak bergerak sendiri. Semuanya dipanggil2 orang mengangkat.. Tetapi dia memang suka makan, dan merajuk bila kita makan tak bagi dia sama... Oh anakku yang bulat sekali...

"Ibu, saya sudah habis main dengan makanan... Ops, habis makan dah"
Bulan lalu Humaira tumbuh dua batang gigi hadapan bahagian bawah. Seminggu dua sebelumnya, agaknya kerana gatal gusi dia menggigit sahaja di sana sini. Penyebabnya – nipples cracked kedua2 belah sampai berdarah – even gunakan pam susu. Akhirnya gunalah tangan itupun tak boleh nak kumpul sebab ada darah bercampur2 juga. Kesian tengok dia merengek2 tidak dapat susu badan, menangis beria2 tetapi nak buat macamana mak dia pun sakit tak tahan dan takkan nak kasi air susu berdarah pula kan… Akhirnya dia redha juga kot.. malam ke-2 dan ke-3 tak merengek2 lagi.. lepas malam ke-4 , bila dah sembuh dan boleh beri semula secara terus, Humaira macam melepaskan gian..

Minggu lepas Humaira demam panas. Panas sungguh. Terkejut juga rasa. Pukul 9 malam, bila periksa suhu badan Humaira 37.7 Celcius, kami berikan ubat demam. Pukul 2 pagi, terasa tangan panas sangat. Ibu bangun periksa suhu badan Humaira sudah lebih 39C. Ibu ambil tuala dan tuamkan badan Humaira, beri lebih air kosong dan susu badan. Sejam lepas itu suhunya sudah turun ke bawah 38C semula. Ingatkan esok pagi sempat la sebelum ke tempat kerja singgah sebentar berjumpa doctor. Pukul 5 pagi, sekali lagi suhu badan Humaira naik balik lebih 39C. Kejut Abah, dan kami pun bersiap2 membawa Humaira ke klinik. Keluar dari klinik, kami dengar azan subuh… Agaknya tidak dapat tidur lena malam itu, Humaira tidur sebaik sahaja sampai ke rumah.
Ibu terus bersiap2 ke tempat kerja. Kebetulan untuk 2 hari itu, isnin dan selasa ada mesyuarat penting dengan pihak atasan setiap pagi bagi 2 perkara berbeza. Jadinya tak dapatlah nak ambil cuti seluruh hari, nasib baik team partner memahami. Selepas waktu makan tengahari, ibu bawa Humaira balik untuk lihat sendiri keadaan dia. Lebih lega Humaira depan mata. Dan seperti biasa manjanya menjadi2 la.. Pantang nampak ibu bangun je, pasti merengek2. Dek kerana tak cukup tidur 2 malam berturut2, hari ke-3 ibu pulak yang tak boleh bangung waktu pagi. Yeahh akhirnya berehat sahaja di rumah sambil melihat budak kecil yang semakin sembuh itu.
Selang beberapa hari kemudian, kami lihat ada tunas 4 batang gigi hadapan bahagian atas pula nak keluar. Wahh cepat nya.. Agaknya itu lah sebab nak demam, nak dapat gigi-gigi baru.. patutlah, budak ni rajin betul bercakap. "Ab-bah" , panggil Humaira pagi2. "agigugugaga...", dia sudah bercerita pada Abahnya. "A-bu, bu" panggil Humaira. Sampai bersembur2 air liur sebut "Bu". Selagi tak menyahut, selagi tu dia panggil.. Humaira belum pandai sebut 'Ibu' betul2.. "Agigugugaga laala.." entah apa dia cerita dalam bahasa Jerman.. memang bunyi betul2 macam Jerman.
Semalam dia menjerit2 nak makan pasta beef chilies with coconut milk (pasta daging masak lemak cili api) di SweetChat Mid Valley. Bila diberi bubur ubi manis yang dilecek (sweet potatoes), dia geleng2 kepala sambil kata "na, na, na, na, na"... Aiks, sudah bijak membuat pilihan? Humaira, humaira... Kalau dah ada kaki ni entah apa pula ceritanya.
4 comments:
owh...die duduk dolu ek..
muaz plak merangkak dulu..punya lama merangkak baru dpt skill duduk tu eheheh
hmm..dhia plaks baru sekarang nak angkat2 punggong, silap2 terjunan ke depan..hehe..skrg tau duduk sbb didudukkan je, duduk sendiri xtau lagi...
waa humaira dah ada gigi..dhia belum lagi...manje je lebih..hehe..
fara, muaz tu dia tak turut development list.. keke advance advance..
shell, budak kecik tu sudah ada 7 batang gigi.. huhuhu baru je pandai merangkak sehari dua ni..selalu golek2 aje.. : )) takpe, budak2 mmg macam tu.. kalau dia sihat inshaAllah takde masalah..cuma lambat cepat je la kan :)
comel :)
Post a Comment