Tuesday, April 06, 2010

6 & 7 months

Nur Humaira
Esok Nur Humaira akan genap berusia 7 bulan..
Dia masih lagi anak manja ibu yang tidak boleh lihat ibunya hilang dari pandangan mata walaupun sekejap. Bila ibu ada di sekeliling, dia selalu akan menangis bagaikan dipukul waktu abah memegangnya walaupun abah tidak buat apa2. hai anak ibu seorang ini... tapi bila abahnya tidak kelihatan, sibuk memanggil nama abah (oh, yaa dia sudah pandai menyebut 'Ab-Bah' tetapi ibu menjadi ' 'i-bu atau selalunya berbunyi 'a-bu).

Yang pelik, bila ibu betul2 tidak berada di sekitar dan ditinggalkan dengan orang lain boleh pula dia buat hal sendiri.. isk isk isk...

Ini gambar humaira diambil sewaktu dia berusia 6 bulan, waktu ni kami sedang sibuk mencari lampu untuk rumah baru..

Botak sedikit.. rambut dicukur kali ke-2 sewaktu raya cina kerana 'cukur bantal' atau rambut tumbuh di sebahagian kepala sahaja..nampak macam sabut kelapa..

Beberapa kali cubaan mengambil gambar senyuman dia yang cukup sukar.. akhirnya berjaya :D


Pindah Rumah
2 minggu lepas kami telah berjaya mengangkut segala barang dari rumah lama ke rumah baru. Berpeluh2 juga la kiranya.. Skarang rumah masih dalam proses pengemaskinian dan rupanya sudah berubah sedikit baik dari warehouse ke rumah kongsi keh keh keh..

Housewarming? rumah kami memang terasa 'warm' di waktu pagi kerana bilik tidur utama betul2 mengadap matahari terbit.. ya, waktu pilih itu saya memang sengaja memilih matahari terbit dari tingkap bilik kerana saya sukakan waktu pagi.. tapi kini kena fikir2 juga untuk membeli langsir tebal (demi cik abang :P). Jadinya secara official belum terfikir la nak buat housewarming, tapi kalau nak dtg calling2 aje.. takde problem.. hehe


Ha ini gambar humaira dua-tiga hari yang lalu.. waktu pagi ibu sangat sibuk bersiap2 dia juga sibuk memanggil2.. anak ibu ini pun a morning person.. pagi2 sudah bangun daa banyak susah nak siap. jadi bagi melekakannya, inilah yg abah dia buat... jadi sarkis sekejap hehe

Monday, April 05, 2010

Menjadi Yang Dirindui


:)

Versi 1:
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Versi 2:
''Aku telah merindui kekasih-kekasih aku, maka mereka (para sahabat) berkata padaku.. bukankah kami (sahabat) kekasih-kekasihmu ya Rasulullah? Maka aku berkata, kamu semua sahabatku, dan kekasih-kekasih aku kaum yang datang selepasku, mereka beriman denganku tetapi tiada pernah melihatku''

Versi 3:
Sahih Muslim:
Nabi SAW mengucapkan: 'aku berharap aku dapat bertemu dengan 'ikhwan' ku (saudara-saudaraku)

Para sahabat bertanya tentang 'ikhwan' itu dan Nabi SAW bersabda:Kamu semua adalah sahbat-sahabatku, ikhwanku adalah mereka yang belum datang lagi (mereka umat akan datang).

Maka sahabat-sahabat bertanya lagi tentang cara Rasulullah SAW mengenali mereka (ikhwan) itu di akhirat sedangkan Rasulullah SAW tidak bertemu mereka di dunia. Maka Rasulullah SAW menyatakan Baginda mengenali mereka dari kesan wudhu' mereka.

---
Marilah berusaha.. menjadi yang dirindui oleh perindu yang dirindui..

p/s: tak sempat cari sanad hadis.. sapa ada bolehlah tolong update :)