A journal about life from personal perspectives, ideas and dimensions with hope to share and exchange knowledge. Agree and disagree are parts of life, hence a proper attitude is always welcome here.
Monday, April 05, 2010
Menjadi Yang Dirindui
:)
Versi 1:
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Versi 2:
''Aku telah merindui kekasih-kekasih aku, maka mereka (para sahabat) berkata padaku.. bukankah kami (sahabat) kekasih-kekasihmu ya Rasulullah? Maka aku berkata, kamu semua sahabatku, dan kekasih-kekasih aku kaum yang datang selepasku, mereka beriman denganku tetapi tiada pernah melihatku''
Versi 3:
Sahih Muslim:
Nabi SAW mengucapkan: 'aku berharap aku dapat bertemu dengan 'ikhwan' ku (saudara-saudaraku)
Para sahabat bertanya tentang 'ikhwan' itu dan Nabi SAW bersabda:Kamu semua adalah sahbat-sahabatku, ikhwanku adalah mereka yang belum datang lagi (mereka umat akan datang).
Maka sahabat-sahabat bertanya lagi tentang cara Rasulullah SAW mengenali mereka (ikhwan) itu di akhirat sedangkan Rasulullah SAW tidak bertemu mereka di dunia. Maka Rasulullah SAW menyatakan Baginda mengenali mereka dari kesan wudhu' mereka.
---
Marilah berusaha.. menjadi yang dirindui oleh perindu yang dirindui..
p/s: tak sempat cari sanad hadis.. sapa ada bolehlah tolong update :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terima kasih atas post ini.
Sungguh, begitu baiknya jika kita ini ikhwannya Rasulullah.
Barangkali, air mata yang bergenang disaksi para sahabat, adalah perasaan tulus seorang manusia paling mulia di bumi dan langit.
Dan alangkah, alangkah jika kitalah itu orang yang dirindu.
Para perindu, yang hatinya sentiasa basah mengingati, bila tidak melihat kelibat, mereka mengingat, bila mengingat hati mereka penuh kasih dan sayang, bila sukma penuh, doa diapungkan. Dalam dada berdoa, moga Tuhan redha, moga dikasihiNya, moga diselamatkan perjalanannya, moga digembirakan hatinya.
Moga kasih sayang Nabi dipertautkan dengan tali yang sama, dan tali itulah, yang menuntun kita ke syurga.
MasyaAllah.
Alangkah beruntung, jika kita ini, ikhwannya Nabi.
Allahumma solli a'la Muhammad wa ali Muhammad.
Terima kasih Eika.
:)
Kasih diterima..
Kalau hati terusik dengan posting ini, bermakna inshaAllah hati itu sudah ada untuk Rasulullah SAW. Cuma tinggal membajainya sahaja setiap hari moga2 terus subur hingga ke akhirnya.. Amiin. :)
Kalau hati belum terusik.. itulah yg perlu kita selidik.. moga2 belum terlambat utk mengasihi dia yang mengajarkan kita jalan mengasihi Nya .. Amiin :)
Post a Comment