Tuesday, February 24, 2009

Kasih Seluas Semesta 6 (akhir)

*Prolog*
Mula-mula ingat nak perbaiki dan perelokkan lagi kesudahannya.. tapi mcm takde idea, so share dulula idea asal di sini.. :)
Itu aje la..tak panjang pun kan..tapi ada org baca ke yer? :))
Kalau nak tau keseluruhan.. Baca di sini dahulu..

---------------------------------------------------------

”Jadi, kalau kita sakit juga Akak?” tanya saya.


”Bukankah Tuhan itu sangat dekat dengan kita. Dia yang akan menjaga kita, dan pastinya kalau Dia yang menjaga, kita pasti tak jatuh sakit”, balas Kakak.


Sayup-sayup saya mendengar adik memanggil pulang. Sudah hampir gelap langit waktu itu rupanya. Kakak bingkas bangun, teringat yang dia juga perlu memasak untuk makan malam itu. Sekejap lagi emaknya akan pulang, pasti bising anak dara tidak di dapur.


Waktu berjalan pulang, Kakak memeluk bahu saya seraya berbisik, ”Dia yang kasihnya seluas semesta itu adalah baginda Rasulullah S.A.W, penghulu kita, Nabi Muhammad S.A.W.”.


Dalam hati saya menyemat ikrar, ingin tidak mendapat sakit buta supaya masih dapat melihat warna-warna lukisan. Saya akan belajar untuk menjadikan kasih saya seluas semesta, supaya nanti saya juga dapat bertemu dengan dia, yang kasihnya seluas semesta itu...

Friday, February 20, 2009

Tagging Game

*Monolog*
Adehh..tiba2 kena tagged serentak dgn Shelley dan Hany.. bila kena tagged ni, one of the difficult things will be to think the answer of an open-ended questions... fakta atau hobi..? cuba2lah ni lepas dha berapa lama... heheheh

Tag 5

1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda
Yeahh Sudah... (cute kah blog ini? :P)

2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
Ada dua orang yang tagged saya serentak ini.. Mula2 by Shelley; dah kenal lama dah..tak ingat cemana kenal tapi maybe sbb dia satu kelas dengan roomate saya Farrah masa kat pre-u dulu kot.. Aaa ape nak cakap ek.. She gives a unique and wonderful friendship till now laa.. :p

Lepas tu by Hany plak .. Tak ingat cemana kenal, tapi baik dgn dia sbb sama2 join organisasi yang sama, juga sama2 berkembara di bumi Anbiya (DCBA).. bak kata Kak Hany (tau..zainal gelak bila panggil Hany 'Kak' sbb dia lahir beberapa hari sebelum saya :P); kitorang ni byk menda sama dan hampir boleh baca fikiran/karakter masing2 kecuali org yg kami suka la.. so if i say something good about her, taknaklah org kata i ni sebenarnya puji diri sendiri la :P But, truely..to be around with her is comfortable for me and (rindu plak kat dia :P)..



3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)

i. Hobi - Tanya soalan. hahah saya suka 'explore things', experienced new things and high curiosity about life so it is common for me to ask question and reasoning although to some people it was a normal, common thing (or never thought to ask it before). well, after all before it is a norm it was a strange thing right .. so sometimes i guess people feel irritated with the attitude or even annoyed, perhaps.. but usually i follow the flow, and wont ask any questions if said not to do so.


ii. Fakta - boleh ingat pelbagai sejarah, info, cerita, situasi dan mengulang ayat2 yang diucapkan oleh seseorang dengan baik tetapi selalu lupa nama orang. Pernah ada org sedikit terasa saya bertanyakan namanya semula kerana fikir saya sudah lupa dia, tetapi saya hanya lupa nama dan dia terkejut bila saya ingat dan boleh menceritakan perkara2 yg berkaitan dia termasuk jenis makanan yg dia makan dan tak makan.. he he he..


iii. Hobi - Knowledge. So membaca dan berkongsi cerita adalah sesuatu yang saya suka. Kalau tengah berkemas, dan ada sesuatu yg menarik perhatian saya, ada buku, adalah majalah, keratan akbar, mesti kerja mengemas tu terbantut. Dan kalau membaca, selalunya saya akan tenggelam dalam dunia tulisan itu sendiri samada ianya novel/majalah/cerpen fiksyen, seram, romantik, fakta,perubatan, masakan, fesyen atau sains..

iv. Hobi - Kalau Hany suka 'plan rather than implement', i lebih kurang la tu. Saya akan analyse and calculate almost everything. I love to plan and estimate things, added with probability ..and how it is possible to achieve it.. termasuk SWOT analysis in almost every crucial decisions.. :D

v. Hobi / Fakta - dua2 pun boleh kot ni.. Suka tgk rancangan memasak, dan mencuba masakan tersebut..tapi memasak dgn cara saya yang tersendiri.. :)) selalunya akan lupa resipi asal lepas sekali atau dua kali masak shj.. and review drpd ramai org (termasuk husband sendiri now:)) ) saya masak mcm pelik sikit rasanya.. keh keh keh.. masakan melayu selalu juga tak jadi.. dan selalu terima komen "Ini apa?, apa nama makanan ni? ni makanan negara mana?" :P i cook my own recipes :))

vi. Fakta - Tak boleh stay idle too long. Perlukan keadaan interaktif dan dua-hala. Kalau otak saya tak berfikir utk membuatkan saya buat sesuatu atau berhenti berfikir tentang sesuatu, secara automatiknya mata saya akan tutup dan tertidur.. Jadi kalau suruh saya dengar sahaja, atau duduk sahaja (cthnya dalam kereta) tanpa membuat apa2.. dah tahu la apa akan berlaku..

vii. Hobi - Mencuba perkara2 baru atau mengubah kebiasaan.. Saya tak boleh 'stick' dalam keadaan yang sama utk satu masa yang lama.. even tempat duduk pun berubah2, kalau tidak cepat bosan.. he he he

viii. Fakta - Tak suka menunggu.. sama seperti saya tak suka buat org menunggu.. masa paling lama tahan menunggu 10 minit.. masa maksimum utk saya tunggu 30 minit.. lepas tu saya akan start menarik muka atau membebel2 atau minta reasoning kenapa lambat (esp. kalau org janji nak dtg time tu)... atau lain kali saya buat perkara yg sama kat org tu balik.. hahahah

viiii. Fakta - Pernah terfikir mungkin tidak akan/dapat berkahwin. Telah menyenaraikan pelan-30tahun kehidupan untuk dicapai sebelum hari tua dan tak larat bekerja sekiranya mmg betul2 kena hidup sorang utk lagi 30-tahun ini.. So, to my single friends out there, think positive k. It is not the end of the world if u remain single. :)

x. Fakta - Dah kahwin pun sekarang... dengan org yg pernah duduk sebelah saya waktu di pejabat.. :P dan sehingga hari ini, termasuk utk esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan beberapa bulan lagi usia perkenalan kami belum lagi setahun.. :p Sekarang confused sikit sbb kena pelan balik life.. hahahah


4)pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda.
Err.. nak kasi sapa ni eh? sapa yg rajin buat tag, dan tag org? heheheh
Aida, Aini? Zarid? Siti Zurina (walaupun harapannya tipis?)? ntahler kalau korang rajin silalah ek.. hahahha

5) Jangan lupe melawat blog kawan anda yg telah ditag dan menyatakan dia telah telah di tag.
Korang, dah kena tag.. jgn lupe buat :p

Wednesday, February 11, 2009

Kasih Seluas Semesta 5

Sila rujuk kisah terdahulu di sini

p/s: tag tu nanti dulu ya Shelley! :)

Terlintas di fikiran saya, Kakak putus kasihkah? Tiba-tiba berbicara soal hati pula dengan saya.

Kakak senyum sendiri. Kami diam seketika. Memandang lopak-lopak kecil di bawah kami, mungkin terhasil kerana ruang-ruang udara dari dalam tanah atau ada ikan kecil bermain-main di dalam sana.

”Perasaan itu satu rasa yang istimewa. Ia muncul boleh jadi pada nisbah yang kecil, dan dipupuk menjadi besar. Kadang-kadang kita rasa melimpah ruah perasaan itu keluar daripada jiwa kita sehingga menyesakkan dada kerana besarnya perasaan itu”, Kakak berbahasa lagi.

”Macam cerita ayam tadi. Kalau tak sayangkan ayam, mesti kita tidak rasa apa-apa apabila ayam itu disembelih. Sedangkan kalau ayam-ayam lain yang dimasak tentu kita seronok makan, kan..”.

Saya mengiakan sahaja kata-kata Kakak. Sedikit faham. Ada benar juga kata Kakak. Kalau tempoh hari ayam lain yang dimasak, sewaktu siap digoreng garing dan panas-panas diangkat dari kuali tentu saya sudah terliur. Terbau aroma rempah kunyit dan garam semerbak juga sudah membangkitkan selera.

Kakak bercerita lagi. ”Sebab itu apabila rasa itu sudah banyak, kita bagaikan berada dalam khayalan rasa. Rasa itu sudah jadi racun, mengaburi penglihatan dan waras akal. Jadinya, itulah lahir cinta itu buta”.

Berkerut-kerut dahi saya. Bahayanya penyakit ini. Saya tidak boleh membayangkan bagaimanakah kuatnya racun yang boleh membutakan mata saya. Saya sangat suka mewarna lukisan. Saya masih mahu melihat warna-warna pensel untuk melukis dan mewarna. ”Akak, saya tak mahu jadi buta”, kata saya.

Kakak melihat saya. Mengusap rambut saya sambil tersenyum. ”Sebab itu kita harus belajar. Menjadikan kasih kita seluas semesta. Seperti dia”, balas Kakak.

”Macamana?” soal saya lagi.

”Kasihnya dia lebih dalam dari dasar lautan yang paling dalam, setinggi langit yang diciptakan Tuhan, seluas kanan dan kiri kita yang terbentang. Kasihnya dia tidak mengenal siapa kita, tiada batasan jarak juga tiada batasan waktu. Kasihnya dia sehingga ke akhir zaman, sehingga hari kita dibangkitkan semula”, Kakak mula lagi bercerita tentang kasih. Berkelip-kelip mata saya memandangnya.

”Dia membukakan hatinya seluas-luas yang diciptakan Tuhan. Sebab itu dia boleh mengisi sebanyak-banyak kasih dalam jiwanya. Kita tentunya tidak boleh menyamakan tahap dan taraf dia, namun kita boleh belajar dan berusaha membebaskan jiwa kita sehingga menjadikan kasih kita seluas semesta. Membuka perasaan kita seluas-luasnya dan melapangkan dada kita selapang-lapangnya. Tanpa batasan waktu, juga tanpa sempadan jarak”, sambung Kakak.

”Jadi, kalau kita sakit juga Akak?” tanya saya.

..bersambung...

Thursday, February 05, 2009

Satu Purnama


Sebulan dah rupanya. Macam tak percaya..
Rasanya sekejap aje.. :)
Apa nak cerita ya.. Masih tgh 'adjust' diri, jadual hidup, kerjaya dan pelajaran utk status diri yg baru...

Anyway, i just wonder if anyone really read those story on Kasih Seluas Semesta? Should i continuing it or ... :)

Nanti la bila rajin.. Takde idea sekarang nak fikir macam2... :))