Ke mana menghilang..?
ramai yang hairan saya kira, blog ini macam tak berminat nak update..
dan yg bertanya , eh terlalu sibuk kah? atau sudah hilang?
kalau kiranya tak salah untuk saya pula bertanya, ada yang rindukah?:P
......
Menulis, menaip, berkongsi idea (ide?) dan pengalaman saya kira adalah sesuatu yang mampu membuatkan otak dan minda saya bergerak lebih efektif. Sebab kehilangan, entahlah. Setiap sedikit faktor bila dimasukkan mungkin nampak macam tak relevan, tapi agak memberi impak kepada saya..
Satu, saya sedari saya kurang gemar dengan blog skin yg lepas. Lepas seminggu dua terasa kurang berminat terus menjenguk... Ya, ada yang bertanya kenapa blog saya semuanya warna2 suram dan gelap..tak berminat dengan warna2 terang dan ceria kah.. sukar nak menjawab.. mungkin saya sendiri yg agak misteri.. (misteri kah? hahaha) atau minda saya bergerak dengan lebih baik jikalau menggunakan warna2 yang 'tenang' (i am at most time a chaotic person..) cuma warna kali ini lebih natural.. harap2 lebih cerah, mungkin? Bagaimana, sukakah dengan wajah baru ini kawan2?
Dua, saya kira kalau dikatakan saya orang nomad.. mungkin saya setuju. Tahun 2007 tahun penghijrahan saya dari satu tempat ke tempat lain... Berpindah ke selatan hampir pertengahan tahun, kemudian masih ada banyak kerja di K.L... hanya selepas hampir 2 bulan baru saya dapat menyusun dgn kemas brg2 saya di pejabat baru.. hampir 3 bulan kemudian, saya dapat notis seminggu untuk berpindah semula ke K.L. agak tertekan juga saya kira dlm masa terdekat perlu mencari tempat tinggal juga pindah pejabat lagi.. alHamdulillah ada kawan yg sudi menumpangkan (i.e. sewakan bilik yang kosong di rumahnya). Cuma agak terasa hati bila emak menangis waktu hantarkan saya ke KL semula...
Tiga, kerana rasa bersalah, saya kerap pulang ke kampung setiap minggu terutama di bulan puasa. jadi semua kerja perlu disiapkan segera.. di bulan puasa, saya pula diterbangkan hampir seminggu ke Kuching untuk audit unit di sana.
Empat, selepas raya.. saya berpindah unit. Bulan November mula rasmi di tempat baru.. Mencari pengalaman baru, kiranya sudah cukup tempoh saya di tempat itu. Rindu juga, sesekali terasa ingin mengajar semula.. Tambahan bila kita sudah cukup mahir dengan kerja itu.. Dan tempat baru terasa sangat mencabar, kerana seolah2 saya baru bekerja semula. It is like 90% different from my previous task. So i have to learn everything especially it involves some technical matters. Juga, bermula November saya berpindah ke rumah lain.. Seharusnya tinggal bersama adik, tetapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan akhirnya saya tinggal bersama rakan2 lama (sudah hampir 10 tahun rupanya kami berkenalan...).
Lima, saya kira cukuplah empat cerita pendek ini dahulu.. kiranya menghilang lagi, saya kira itu adalah semangat dan 'penyakit' baru yang dihadapai sekarang..penyakit malas. sedang berusaha membuang kemalasan dalam diri.. doa2kan.. :)
2 comments:
"Kulit" yang lebih baik, mudah untuk dibaca. Yang dulu tu memang agak suram, tak kena dengan cik Ieka kita yang ceria.
o.. ceria ke? kuang kuang kuang.. kecoh je lebih selalu ni rasanya:p
Post a Comment