Tuesday, January 23, 2007

Luas Pandangan 2007

Salam buat semua.

Lembaran 2007...

Lewat sedikit saya menulisnya. Kerana perancangan agak kelam-kabut (masih) di sini. Tetapi saya juga tidak mahu perancangan kehidupan saya sekelam keadaan yang sedang dihadapai di sini.

Permulaan 2007..
Juga hampir serentak permulaan 1428H..
Moga2 lebih banyak kebaikan yang akan saya terokai tahun ini. Untuk menjadi penghuni kehidupan dunia yang baik, moga2 dapatlah sedikit sebanyak bekal dibawa ke sana nanti..

Tahun ini seperti tahun untuk saya berjalan meluaskan pandangan melihat muka bumi ciptaan Allah SWT dan mempelajari sesuatu darinya. Ada perancangan untuk pergi ke Korea Selatan (Seoul) insha-Allah jika diizinkan ALlah SWT; juga perancangan untuk perhimpunan alumni sekolah menengah atas dan dinner sekolah menengah rendah; perancangan bercuti ke Pulau Lang Tengah (ada sesapa nak join lagi?); dan mungkin ambil cuti sedikit lama untuk merancang perjalanan sendiri dari KL - Macau - Beijing - KL semula.

Minggu hadapan insha-Allah bercuti bersama keluarga ke PD untuk beberapa malam. (alasan mak saya: Iqbal, anak buah saya nak mandi di sana. Sedangkan Iqbal bercakap pun belum pandai. hehe nenek dia yang nak gi sangat ni kot). Tempat telah pun ditempah. Tak sabar nak jumpa anak buah dan mandi di sana juga.

Saya kira saya sudahpun memulakan acara percutian ini.
Bermula minggu lepas. Sehingga semalam. Di Ipoh.
Nak tahu ceritanya? Tungguu.. antara cerita itu ialah Cerita bertemu Prince Dowma (nama gelaran untuk seseorang yang kami tak tahu namanya:P) yang tiba2 muncul di celah2 masa akhir kami di sana.

Cuma bersedia, untuk membaca catatan panjang lebar itu.. :P

Untuk waktu sekarang, saya perlu melihat dulu apa2 yang belum dibereskan kerja. Minggu depan seminggu tiada di pejabat kerana kursus DAN SEMESTINYA kerana bercuti...

No comments: