hari ini satu hari saya dengar orang suruh saya bersabar.
dan beristigfar.
mungkin mereka tak pernah melihat saya semarah & sebising ini (untuk beberapa ketika). tapi saya memang geram yang amat. saya katakan kepada mereka jangan tanya banyak2 dekat saya sebab sekarang saya sedang berada 'di bawah bayu'. oh, ya peribahasa itu sudah ditukar keperluannya. dan memang tidak diiktiraf di mana2 institusi rasmi. biasa dengar orang kata bila marah - 'naik angin' atau 'hangin satu badan'. maka sbb bayu tu ada unsur2 angin (mungkin bayu sbb sejuk aircond atas kepala kot?) so saya gunakan perkataan itu untuk gambarkan tahap angin saya.
Nasib baik ada punch bag yang tergantung di sini. Saya pinjam punching gloves dan pukul punch bag tu kuat2.. lega sikit.
pasal apa? pasal apa lagi.. pasal diorang la..
rupanya bila masuk dunia korporat yang satu lagi ini..
lebih ramai manusia yang tidak boleh dipercayai. lebih ramai yang berbohong dan tidak tahu bekerja, kemudian mengatakan sesuatu yang buruk/tidak benar tentang orang itu semata2 kerana tidak bersengkokol dengan kemahuan mereka. sudah lah begitu, berpura2 baik di hadapan rupanya sekam di dalam api. sedangkan terserlah ketidak-ketahuannya itu. lebih ramai yang hanya tahu untuk permudahkan diri sendiri, say one thing yet not doing it. say it once more and i'm going to quit to be with those people. i will.
sejak 2 bulan ni tahap haba dalam badan saya memang tidak pernah turun. selalu membara. terutama jika berada di pejabat. jadi jangan2 ada yang cuba buat provokasi. nanti takut ada yang terbakar. atau tiba2 terkejut melihat semangat bercakap.
saya minta maaf.
jika keadaan masih belum tenang di sini, masih belum teratur, mungkin jangan cari ketenangan di halaman ini.
apa yang saya nak buat?
saya mungkin masih ada sedikit kesabaran.
tapi saya sudah tidak boleh senyum.
series.
1 comment:
jangan dok lama-lama dah la, sekarang ni musim demam, selesema, batuk! kang sape yang susah, akaakkk jugak!
heheh!
Post a Comment