Friday, September 08, 2006

Inikah sepatutnya..? Inilah sepatutnya!

Saya terfikir, apa yang perlu saya tulis hari ini?

Agak2nya, kalau kejutkan saya di tgh2 nyenyak tidur nak mengajar apa yang saya ajar sejak 2 bulan lepas mungkin saya boleh sebut satu2 sahaja.
Agak2nya nak suruh saya lukis balik apa yang akan dilihat di skrin untuk topik2 yang saya ajar sepanjang minggu ini, mungkin sepantas kilat saya lakukan.
Agak2nya nak suruh saya cerita lain? Kepala saya rasa blank..

Ke memang nak suruh saya cerita pasal sistem-sistem tu juga? hehehe

Semalam saya baru habis training for people who are supposed to supervise their 'anak buah'; a 4-days-course. Minggu sebelumnya baru habis training untuk a group of people to use the new system.

Sepatutnya minggu depan saya attend kursus stress-relieve di PD selama 4 hari..
Alih2 dapat arahan postpone-kan semua training dan pergi bagi training di Taiping selama seminggu. Kali ini bukan sistem training, tapi skill training. Bertolak hari ahad ini. Waduh2 katanya bukan arahan tahap GM dah, tapi atas lagi.. adoiii .. saya kata pada kawan, kalau bela hantu raya nak suruh yang hantu tu serupa saya pergi taiping biar saya berseronok di PD.. hohohooh tapi takdelah, Nauuzubillah je buat keje tak senonoh ni.. biarlah ada satu sahaja saya, kalau ada lebih nanti saya tak istimewa dah.. kan kan kan:p

Jadi apa yang saya nak kongsi sekarang selain sibuk kerjaya saya?
Sekadar untuk ingatan diri saya yang mudah lupa, bulan Ramadhan yang dirindui insha-ALlah akan tiba dalam masa 2 minggu lagi.. Juga peringatan untuk diri yang selalu lupa ini, moga diri lebih banyak menginsafi kejadian ciptaan Allah SWT. Dan tentunya harapan kali ini, amat mengharapkan dapat memenuhi Ramadhan dengan sebaiknya, dan (tentulah) dapat Malam Seribu Malam (Lailatul Qadar). Insha-Allah.

Salam hormat buat semua. sampai bertemu lagi.

6 comments:

Anonymous said...

asyik cerite pasal kije je ieka. bile nak berumah tangge ni? takkan tak terfikir lagi? ramai yang minat kat ieka tapi takut tengok orang kuat TM ni punye sibuk

Anonymous said...

one more thing, bagi saye ieka ni cantik... cantik sesangat. saye suke ieka dari dulu tapi suke dalam diam aje la

IeNa said...

Hoho tikot,

dah ada peminat dlm senyap ni..apa lagi hik hik..anonymous..tak nak perkenalkan diri kat ieka ker..mana ler dia nk tau awak yg mana satu kalau tak perkenalkan diri (wink wink..niat nk tolong ieka sbb sure dia segan nk jawab your msg ni hehe :D)

ASaL said...

wah, eika sudah ada secret admire
eika, haiku tu apa? hehehe, as tah tahu...boleh kot eika wat entri bercerita tentang haiku




















































































]

ieka said...

huish..citer ape ni..
Anonymous ni, are you the same person from previous postings?

btw, kahwin tu insha-Allah bila sudah sampai ketentuanNya. Kalau muka bulat hidung penyek ni dikatakan sgt cantik, terima kasih lah yer.. tapi rasanya lagi 5 thn dah nampak kedut2 dah.. :)

AlHamdulillah all praises be Allah for He created me in such way, may Allah makes my heart even better.

AlHamdulillah, sibuk bererti saya ada kerja dan dipercayai. Takdelah org kuat sgt, saja je perasankan diri. Harap2 tak jadi orang yg rugi. I hope when i am old enough i am not regretting my younger days for not doing things i am supposed to do.

ieka said...

siti, hai...amboi amboi..dah tukar kerjaya ke sekarang? minat kat tulisan je tu kot.. jgn serkap jarang :)

As, haiku tu mcm puisi/sajak pendek jepun. hmm rasanya my friend Aida paling suka buat haiku kat blog die. Nanti saya semak balik cemana haiku tu:D