Monday, September 25, 2006

2nd Ramadhan: DCBA 5th Anniversary

Salam buat semua.
Moga berada dalam rahmatNya selalu. Harini dah masuk hari ke-2 berpuasa, dan saya sudah terasa masa sangat cepat berlalu. Nak buat annoucement: tahun ini kalau ada sape2 rancang nak buat berbuka puasa ramai2 sila2lah buat cepat2 (kalau nak jemput saya la:P) sebab saya akan bercuti awal. Hanya 3 minggu di sini.

DCBA dah genap 5 tahun semalam. Happy Birthday DCBA!!
Semalam ada some flashback inside my memory.. CUma flashback tu bukan setakat kisah 24hb September 2001, Isnin - delegasi ke timur tengah yang mana kami tengah sibuk berkemas2 waktu ini. Gantung banner pukul 2 nanti di susur gajah, waktu tengok students lain balik kampus utk start semester baru dan kami pula nak berlepas mengembara ke sana.. Tapi yang paling saya ingat ialah, malam harinya.. Bila kami akan berlepas, di KLIA..selain sanak saudara dan kaum keluarga, dan of course a press from TV3 dan escorts of VVIP.. saya lihat kawan2 saya yang ramai sekali.. saya sangat terharu.. cuma saya kira saya tak punya kesempatan untuk mengucapkan terima kasih untuk mereka2 yang hadir menghantar kami. Bila saya katakan ramai, maksud saya memang sangat ramai. Sampaikan staff bahagian MARCOM MMU pun terkejut melihat orang2 yang turut datang menghantar delegasi 25 orang termasuk 17 pelajar itu.

KLIA penuh masa tu. Kalau ada pakaian seragam macam pakaian keluar masuk ke asrama dulu, saya pasti warna2 tersebut dahpun memenuhi kawasan KLIA. Terima kasih kawan2.. walaupun production didn't turn out to be like what we wished and planned, tapi alHamdulillah berkat doa2 kawan2 juga kami selamat pulang ke Malaysia.

Saya rasa kadang2 saya agak 'mengabaikan' kawan2 saya. Mungkin sebab saya ni jenis yang tak pandai menyuarakan atau menunjukkan apa yang di dalam hati.. Tapi saya bersyukur sangat dapat kawan2 yang baik. :)

Insha-Allah tengah cuba nak selesaikan kerja2 yang patut buat sejak 5 tahun dulu, i.e. biografi perjalanan DCBA.. Erp..ada training kena handle.. that's all for now!

p/s: AlHamdulillah Allah permudahkan urusan saya hari ini atas doa semalam. Alhamdulillah, rasa macam cepat betul Allah dengar doa ini..
p/s2: Saiful Azni (also DCBAian) a.k.a. Sam it's ur birthday as well kan? Happy Birthday! May Allah bless you and you got what you want in life:)

3 comments:

IeNa said...

:)

ASaL said...

Eika, salam Ramadhan el Mubarak
Moga dilimpahi maghfirah, dikurniakan berkah, dipertemukan dengan Al Qadar.

ieka said...

:) siti apesal senyum je .. cenggitu plak.. ehehe

As, amin..aminn. moga awak juga mendapat doa yang sama. :)