Bercuti 2 hari kerana raya haji.
Balik sahaja bercuti, terus dimaklumkan perlu melaksanakan kerja baru serta-merta. Tugas sediada juga diserahkan serta-merta kepada pengganti. Pengganti pun rasanya terkejut sebab memang langsung tidak dijangka.
Bercerita dengan rakan-rakan sekerja; tentang permainan catur.
Tentang mereka masing-masing menjadi ‘askar’, ditolak-tolak sahaja ke hadapan tanpa mengetahui apa yang menunggu. Kalau nasib baik, dapatlah ke ‘Haji’ menukar status lebih elok. Kalau tidak, terkeluarlah dari papan permainan (chessboard).
Yang di belakang pun bergerak juga, tapi yang berada di atas papan permainan tidak tahu apa yang berlaku. Cuma pemain2nya sahaja yang tahu mana hala tuju.
Yang paling kurang bernasib baik, tentulah chessboard. Nampak sahaja, tapi juga tak boleh berbuat apa2 walau mengetahui sesuatu juga. Dan kata mereka, sayalah chessboard itu. *senyum sahajalah, kan ainul*
Seminggu tidak di pejabat, menjalani latihan-latihan untuk tugas baru. Hari ini pulang ke bakal pejabat lama, mengemas-ngemas semua perkara. Minggu hadapan sudah tidak mahu melihat saya di sini. Orang-orang di ibu pejabat pula sedang pergi berkursus hari ini, mungkin menjadi kurang gangguan. Nota serah-tugas pun masih belum nampak bayang, perlu disiapkan hari ini. Hai, tak tidur seminggulah nak siapkan nota serah-tugas ini.
Bakal bekas ketua (future former boss) pernah memberitahu, “Kita datang sini untuk apa? Untuk bekerja”. Susah juga membina minat untuk memegang jawatan terdahulu, nampaknya bila minat sudah bercambah dan kerja semakin seronok tiba-tiba ditukarkan pula. Takpalah, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Believing and still believing that God has His own planning on me.
Lord, grant me peace at heart for that I love more; for that I can do better; for that I will accept everything calmly; for that I will never stop trusting You.
(Tuhan, kurniakan saya hati yang tenang kerana itu lebih saya sukai; untuk saya melakukan yang lebih baik dan menerima dengan rela hati dan terus menggantung kepercayaan kepadaMu…)
New job is going to consume a lot of my time, I am going to miss sharing info and knowledge and my thoughts with my blog-readers, especially my friends who knew me inside and outside. I am going to do new job, wish me luck, pray that I will be able to love my new tasks and responsibility, and pls pray that I am and will be doing good in my new job. Amiinn.
P/s: who says I can’t type good Malays? I wrote more in Malays in this posting. Hiihihih:P
6 comments:
ika, tahu dah ika dah tukar. farah (wahidah) call ari tu bgtau dia kena ganti tmpt ika. eheks. tapi sedih gak. dulu ika pindah. lps nih farra (aiza) pulak pindah. uhuk...uhuk...nak mkn ngan saper :(
hany, saya pindah ke tempat yg takde pilihan tempat makan la..uhuh kena jalan jauh nak beli makanan.. :((
hehe takpeler..siti kan ada lagi..aida pun ada kan?:P kurang saorang, tambah sorang lagi..
ieka, pindah mana..tiba2 jer
sbb tiba2 tu lah tajuk posting ialah drastik.. heheh pindah ke Cygal la sekarang aini. :)
Hatiku bimbang dengan tetap pikirkanmu
selalu... slalu dalam hatiku
kumelangkah sejauh apapun itu
selalu... kau di dalam hatiku
kuberjalan berjalan memutar waktu
berharap temukan sisa hatimu
mengertilah ku ingin engkau begitu
mengerti... kau di di dalam hatiku
tak bisakah kau menungguku
hingga nanti kita menunggu
tak bisakah kau menungguku
menemani dalam hidupku
kuberjalan berjalan memutar waktu
berharap temukan sisa hatimu
mengertilah ku ingin engkau begitu
mengerti... kau di dalam hatiku
karna kau menjadi hidupku
kemana kau tahu isi hatiku
tung... gu sejenak aku disitu u
jalanku... jalan menemukanmu
PP- Tak bisakah
Ananymous, terima kasihler nyanyikan lagu peterpan utk blog saya... ada hajat nak suruh sesiapa tunggu kat jalan mana2 ke? heheheheh
Post a Comment